Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

July 28, 2011

Ramadhan bakal menjelma...

Ramadhan akan bertandang lagi InsyaAllah hari Isnin Umat Islam akan mula berpuasa.  Bulan yang penuh rahmat dan barakah.  Saya?  Keadaan macam biasa...cuma saya mengharapkan agar pengisian Ramadhan akan lebih bererti.    Semoga pengisiannya lebih menjurus kepada tuntutan Islam yang sebenarnya.  Begitu juga harapan saya untuk kita semua.  Tetapi dalam diam tak diam ramai  yang dah bersiap untuk Syawal.  Tidak mengapa agar tidak berlebihan dan biarlah  bersederhana dalam setiap perkara.  Orang zuhud dan alim akan menangis apabila Ramadhan melangkah pergi tetapi berbeza dengan kita yang akan lebih suka dengan berlabuhnya tirai Ramadhan. Yelah, apapun kita beransur-ansur untuk menghayatinya. 

July 19, 2011

Babak Pertama-Drama Band (audio & lirik) OST JUVANA TV3


Babak pertama bermula saat ku terlihat mu
Waktu seakan terhenti terpinga mencari
Rasa yang takkan terungkap tak pernah ku alami
Cuba aku mengerti

(korus)
Teruja aku mengejar mu
Bermimpi memiliki mu
Tanpa perlu ku endahkan dunia, dunia
Biarkan ku terus berlari
Cuba merajai mimpi
Tiap bayang mu akan ku jejaki nanti

Oh…

Takkan ku menoleh lagi walau gelapnya hari
Ku yakin akan temui semuanya di sini
Walau ke mana kau pergi tetap akan ku cari
Ku tak akan berhenti

(ulang korus)

Oh…

(ulang korus)

Oh…


Ulasan untuk Juvana TV3 episod akhir....

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua...
Ramai yang sudah menyaksikan kesudahan Juvana TV3 yang menyedihkan...Tahniah untuk Faizal Ishak dan Filmscape yang mengetengahkan kisah seperti ini...Kisah remaja yang terjebak dengan pelbagai kisah sosial dan kelonggaran sistem  kekeluargaan  yang mengakibatkan mereka dihantar ke Sekolah Wira Bakti.  Malam tadi kita meyaksikan bagaimana penyelewengan dan salah guna kuasa yang dilakukan akhirnya tumpas dan berjaya didedahkan.  Kisah semangat remaja yang sudah hilang berjaya dipulihkan dan mengenali diri serta tujuan hidup mereka.
Sebenarnya banyak fungsi masyarakat yang boleh mendorong samaada ke arah kebaikan atau  keburukan.  Setiap manusia melakukan kesilapan dan tidak pernah lepas daripada melakukan kesilapan tetapi peluang kedua masih ada untuk kita memperbaiki kesilapan dan tidak melakukannya untuk kali kedua.
Konflik dalaman Botak yang berjaya di pulihkan oleh Cikgu Zakiah dan kemaafan untuk Botak yang telah menikam Daim.  Sahabat setia seperti Apek yang banyak membantu Daim dan tidak meninggalkan Daim dalam kesusahan berseorangan.  Semangat berkumpulan dan bekerjasama yang membawa kejayaan. 
Sebagai ibu memang cerita ini banyak menyentuh perasaan.  Anak-anak saya juga merah matanya menonton cerita ini.  Tidak dinafikan medium seperti ini tidak boleh kita "tidakkan" fungsi untuk memberi pengajaran bagi mereka yang berfikir. 
Apakah perasaan penonton yang mempunyai anak-anak remaja seperti dalam cerita ini serta apakah penerimaan masyarakat terhadap mereka?  Kadang-kadang mereka tidak minta untuk menjadi seperti itu tetapi akibat desakan hidup dan tekanan mereka menjadi begitu.  Sebenarnya fungsi sekolah seperti Sekolah Wira Bakti dalam cerita ini adalah untuk membetulkan keadaan dan memulihkan semangat bukannya mereka dihukum.  Mengadakan debat seperti saranan Cikgu Zakiah banyak memberi peluang dan membuka mata pelajar itu sendiri tentang peluang dan ruang yang mereka ada.  
Waa...panjang juga ya ulasan saya.  Ini adalah ulasan peribadi saya dan tidak semestinya sama dengan pandangan orang lain.  Kadang-kadang dalam hidup kita akan berlaku perkara yang kita sendiri tidak minta atau sangka seperti yang berlaku kepada Daim yang dituduh membunuh ibunya sendiri tetapi kita lihat hasilnya dimana Daim bercampur dengan pesalah juvana yang lain yang menginsafkan mereka..Kita tidak boleh menidakkan setiap apa yang Allah aturkan untuk kita mempunyai hikmah yang cukup manis jika kita renungkannya...Allah Maha Mengetahui...Semoga lebih banyak kisah yang menjadi pengajaran dapat disiarkan.  Syabas....

July 13, 2011

Sofazr-Sesuatu yang Berbeza (lirik & Audio)


Ada sesuatu yang berbeza,
Saat ku lihat senyum manis mu
Ada sesuatu yang tak bisa ku ungkapkan
Saat ku bertemu dengan dirimu

Satu keinginan terpendam di hati

Bermain di dalam rahasia cinta ku
Ku berharap tulus cinta ini
Akan jadi kenyataan dalam hidupku
Bukan hanya mimpi dalam tidurku
Semoga tuhan mendengar doa ku
untuk cinta ini


Mungkin ini semua hanyalah perasaan
yang singgah dan pergi meninggalkan ku
Satu keinginan terpendam di hati
Bermain di dalam rahasia cinta ku


Ku berharap tulus cinta ini
Akan jadi kenyataan dalam hidupku
Bukan hanya mimpi dalam tidurku
Semoga tuhan mendengar doa ku
untuk cinta ini


July 12, 2011

Jangan Kau Pergi-Erry Putra, Shajiry & Reen Rahim (audio&lirik)


Tak pernah kurasa begini
kumenyintaimu sepenuh hatiku
ternyata hanyalah dirimu
yang mengerti aku sepenuh hatimu

Ku inginkan selalu terhentinya waktu
supaya kita terus bersama

Jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku

Ternyata hanyalah dirimu yang amat ku rindu
kurindu selalu
kuinginkan selalu terhentinya waktu
supaya kita terus bersama

Jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku

Janganlah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh

Jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku
janganlah kau pergi

July 11, 2011

Erry Putra & Reen Rahim-Berubah (lirik & Audio)

Berikan ku waktu
Untuk bersamamu meniti hari
Tak puas bagiku dan kau pun berlalu
Tinggal ku sendiri
Gelap seluruh jiwaku

Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh
Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku
Kau yang ku kenali
Dan kini menjadi insan yang lain
Dulu kau berjanji
Kan hidup semati meniti hari
Semuanya telah berakhir
Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh
Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku
Semuanya telah berakhir
Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh
Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku
Oh kasih

July 10, 2011

Sarah Aqilah-Biar Hati Mencintai (Lirik& Audio)


Kau yang membuat ku buntu
Membuat ku tak tentu
Terus memikirkan mu
Biar tiada jalanku, jalan ku

Telah ku cuba tuk nyatakan
Rasa di hati ini
Yang makin menghantui
Perasaan jiwa ku, jiwa ku
Biar hati ini mencintakanmu
Dalam hayat ku kan merindumu
Biar pedih sakit memilikimu
Namun hati takkan tuk berubah
Selamanya
Kau yang menjadikan cinta
Selalu menjadi rindu
Seperti waktu itu
Yang mengharung hidupku, hidupku
Ku yang bisa memerlukan
Selalu jadi mimpiku
Menjadi pemilikmu
Biar tak pernah tahu, kasihku
Biar hati ini mencintakanmu
Dalam hayat ku kan merindumu
Biar pedih sakit memilikimu
Namun hati takkan tuk berubah
Selamanya
Biar hati ini mencintakanmu
Dalam hayat ku kan merindumu
Biar hati ini mencintakanmu
Dalam hayat ku kan merindumu




Asfan-Terhenti Disini OST Nora Elena (lirik & audio)

Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu
Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini
Andai kau dapat memahami
Bahawa ku menangung semua ini
Bukan niatku ingin kau pergi
kerna ku masih terhenti di sini
Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

July 7, 2011

Universiti Sains Sosial.

Kenyataan Menteri Pengajian Tinggi yang akan mewujudkan Universiti Sains Sosial amatlah saya sokong.  Sudah semestinya ia akan memberikan impak yang lebih baik untuk pembangunan Malaysia.  Sebagai graduan Sains Sosial dari USM saya berpendapat ia akan sedikit sebanyak membuka ruang dan mata masyarakat bahawa pengajian dalam bidang Sains Sosial yang juga diiringi dengan Ilmu Kemanusiaan adalah penting kerana ia akan mencorakkan keadaan masyarakat dan struktur pentadbiran negara.  Sebenarnya dalam kehidupan manusia, kita tidak boleh menolak sains sosial yang beriringan dengan sains tulen.  Selalunya,  bidang sains sosial dianggap kelas bawahan padahal ia adalah pengajian yang penting melihat masyarakat, norma dan nilai untuk kehidupan ini. 
Sains Sosial adalah bidang yang meneliti tingkah laku sosial dan budaya manusia serta hubungan dengan persekitaran fizikal.  ia meneliti bagaimana hubungan sesama kelompok, etnik, kepercayaan, politik dan lain-lain yang berkait rapat dengan manusia.  Saya memetik kenyataan Timbalan Pengarah institut Alam dan Tamadun Melayu UKM Dr  Teo Kok Seong  (maafkan saya jika gelaran tersalah) dalam Berita Harian kelmarin bahawa sains sosial menjadi satu bidang yang amat diperlukan untuk memberi arah selain panduan golongan pentadbir dan profesional dalam urus tadbir organisasi masing-masing.  Ia juga mampu berusaha membantu ummah memperbaiki kehidupan meraka dengan merangsangkan kemajuan.
Oleh itu, kita tidak boleh menidakkan kepentingan sains sosial dalam kehidupan serta mencorakkan hala tuju negara pada masa akan datang.  Universiti Sains Sosial, kutunggu kewujudanmu...