Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

January 14, 2013

Maharaja Lawak 2012-Semangat JOZAN

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Hari Jumaat ini bersamaan 18 Januari 2013 peringkat akhir Maharaja Lawak 2012 bakal diadakan dengan 5 orang peserta iaitu Jozan, Shiro, Jambu, Saywho dan Boboi.  Saya bukan akan memperkatakan tentang perkara lain tetapi lebih kepada semangat Jozan.  Seperti yang kita ketahui bermula minggu ke-7 di Terengganu, Zizan berseorangan membuat persembahan kerana Johan menghadapi masalah kesihatan dan perlu berehat atas arahan doktor.  Jika kita lihat, apabila selalunya membuat persembahan berdua, pasti terasa kelainan apabila terpaksa membuat persembahan berseorangan.  Pasti akan ada rintangan kuat yang memerlukan semangat yang tinggi dan Zizan berjaya membuktikan atas semangat itu untuk terus berjuang. 
Minggu terakhir ini dengan tema Muzikal dan Free Style, kita nantikan sahaja bagaimana mutu persembahan Jozan khususnya dan peserta lain amnya untuk meletakkan diri mereka sebagi Juara.  Johor Bharu Peace Yoo....

January 3, 2013

2012 dan 2013

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Cepat benar masa berlalu..hari ini sudah 3 Januari 2013.  Ramai yang mempunyai azam baru dan ada yang masih belum memenuhi azam 2012.  Biasalah...tidak semua yang kita hajati mampu kita capai.  Tetapi sekurang-kurangnya dengan azam, kita ada arah tujuan untuk melangkah. 
Nampaknya tahun ini anak saya akan menduduki UPSR.  Saya perlu mempersiapkan diri saya sebelum memberi semangat kepada anak.  Saya tidak akan memaksa atau memberi tekanan tetapi setiap tugasan yang diberikan oleh guru perlu disiapkan.  Anak-anak zaman sekarang memang berbeza dengan zaman saya dahulu.  Seingat saya, emak atau abah saya tidak pernah bertanya "ada tak cikgu suruh buat kerja sekolah hari ini?".  Juga tidak pernah memaksa basuh kasut atau baju sekolah, semua dibuat sendiri atas kesedaran sendiri walaupun emak dan abah tidak bersekolah tinggi maklumlah sekarang sudah 70-an dan 80-an.  Semua atas kesedaran melihat keadaan emak dan abah.  Tetapi anak sekarang......hanya yang berpengalaman akan tahu...adoooii la...Semua kena suruh buat itu dan ini....Sabor je lah....
Dalam bidang penulisan pula..saya akan terus memperbanyakkan doa-doa untuk dikongsi.  Bukan saya seorang yang bagus sangat tetapi apa yang saya amalkan itulah yang saya akan kongsikan.  Jika saya tidak mampu berjihad secara besar, saya berjihad dengan cara saya sendiri dan bersama menyebarkan ilmu bermanfaat.  Terasa sebak dan terharu dengan adanya pembaca yang membaca doa-doa yang dikongsikan di dalam blog ini.  Semoga Allah merestu niat saya ini.
Dalam bidang bisnes pula saya mengharapkan sinar mentari terus menyinari kehidupan saya dan terus melangkah untuk terus maju.  Saya juga akan terokai bidang bisnes baru disamping bisnes sampingan.  Saya telah memilih untuk tidak bekerja dengan kerajaan sebaik tamat pengajian jadi saya perlu berusaha gigih untuk berjaya sama seperti rakan-rakan penjawat awam yang lain.  Semoga sama duduk dan sama berdiri.  Itulah pengorbanan saya demi membesarkan anak tanpa pengasuh yang memaksa saya membuka bisnes sendiri.  Jatuh dan bangun saya perlu terus berusaha dan menguatkan hati agar tidak mudah menyerah kalah.
Kepada pembaca semua, terima kasih kerana sudi membaca coretan blog saya yang tidak seberapa ini.  Semoga ilmu bermanfaat dapat dikongsikan bersama.  Semoga kehidupan kita lebih baik untuk tahun 2013.