Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

October 31, 2010

Piala Malaysia 2010 milik Kelantan

Assalammualaikum...
Apa nak dikata???semua sudah tahu, kejayaan milik pasukan Kelantan yang membawa balik Piala Malaysia ke Kota Bharu untuk tahun ini.  Mereka menang dengan 2-1.  Walaupun pada awalnya NS yang menyumbat gol, tetapi ketiadaan Aidil pada masa kedua mencacatkan permainan NS yang tidak mempunyai pelapis pertahanan seperti Aidil.  Akhirnya 2 gol Kelantan disumbatkan akibat kesilapan percaturan NS sendiri.  Syabas kapada kedua-dua pasukan yang bermain dengan semangat kesukanan begitu juga dengan penyokong yang dapat mengawal emosi.
Saya akan menunggu Piala Malaysia yang akan dibawa balik ke Kota Bharu pada hari ini.  Sejarah tercipta.  Tetapi memang ramai yang meramalkan Kelantan juara untuk tahun ini.  Apa-apapun sangat berpuashati walaupun pasukan NS kalah.  Berusahalah pula untuk tahun depan.  Hari ini hujan di Kelantan seperti terharu dengan Piala Malaysia yang akan dibawa balik.  Dari pagi lagi hujan turun. Bola oh Bola.... 

October 28, 2010

Debaran menjelang Perlawanan Akhir Piala Malaysia NS vs Kelantan 2010

Assalammualaikum...
Ramai yang dah tidak sabar untuk menunggu 30 Okt 2010, sabtu ini di Bukit Jalil, menyaksikan perlawanan semula NS vs Kelantan dalam mencari kejuaraan Piala Malaysia 2010.  Tahun lepas, NS menang 3-0 dengan diikuti pelbagai insiden yang tidak sepatutnya dan akhirnya Persatuan bolasepakyang  terpaksa menangung segalanya...
                                                               






Bagi saya, mestilah saya menyokong NS, tetapi jika kemenangan milik Kelantan, saya terima dengan hati terbuka..itu sudah nasib...Hari ini di Kelantan, sudah ada yang bertolak ke KL kerana hari ini hari terakhir bekerja dan bersekolah dalam minggu ini.  Saya masih ingat tahun lepas, perlawanan dalam musim banjir di Kelantan tetapi tidak menghalang semangat mereka menyokong pasuka Red Warrior, ramai yang keluar ke KL meskipun banjir.  Sehingga ada yang menyebut banjir di Kelantan dan banjir merah di Bukit Jalil.  Memang lucu dan menarik. 
Tiket untuk tahun ini naik harganya, RM 30 dan RM 50, tetapi tetap laku seperti goreng pisang panas.  Kasihan kepada yang tidak boleh membeli.  Larangan menjual makanan dan minuman juga sudah ditarik balik.  Memanglah tidak patut kerana perlu ada makanan dan minuman disaat seperti itu, jika tidak kasihanlah yang kelaparan terpaksa menunggu perlawnan habis...
Saya???Seperti tahun lepas akan menonton TV sahaja bersama keluarga tetapi tetap meriah...Tetap ada baju merah dan baju kuning...Biasalah nak sokong negeri masing-masing...Hmmm....tapi tetap menerima dengan terbuka setiap keputusan. 
Untuk tahun ini saya tidaklah boleh nak jangka siapa tetapi kalau menang mungkin 1-0, 2-1 itu sahaja.  Mungkin juga Kelantan akan merampas Piala Malaysia dan mungkin NS tetap mempertahankan Piala Malaysia...Apa-apapun biarlah semangat kesukanan dan keharmonian ditonjolkan..Kepada penyokong, jagalah diri dan jangan emosi mengawal segalanya....
Hoben Jang Hoben dan Gomo Kelate Gomo....

October 26, 2010

Widget untuk Track Visitor...

Assalammualaikum...
Hari ni rasa nak demam ...sekarang ramai yang tidak berapa sihat..
Untuk topik hari ini saya ingin bercerita tentang track visitor..Untuk blog dan lain-lain, banyak disediakan widget untuk track visitor yang pergi ke blog kita...memang banyak disediakan dan kita kena pandai memilih..Ada yang mengenakan bayaran dan ada yang percuma.  Untuk apa kita track visitor??Ianya untuk mengenalpasti sejauhmana blog atau laman web kita dilawati oleh pengunjung...dengan adanya statistik ini, akan membolehkan kita menambahbaikan lagi blog kita...Pengunjung boleh terdiri dari dalam negeri atau luar negeri....Di antara yang popular ialah:
1.  Feddjit
2.  Widget o net
3.  Who's online
4.  Stat Counter
5.  Neopod
6.  Wowzio
 Itu adalah antara widget yang selalu digunakan...kita dapat melihat aliran traffic serta dari mana pelawat itu datang...Mungkin kita mudah untuk menganalisis blog kita...Itu sajalah untuk kali ini..tak boleh nak menulis banyak...lain kali kita sambung lagi....

October 25, 2010

Kemiskinan Bandar

Assalammualaikum....
Hari ini satu lagi topik yang akan saya sentuh...kemiskinan bandar...mungkin akan ada yang tertanya, benarkah wujud kemiskinan bandar?Tidakkah hanya dikampung wujudnya kemiskinan?Jawapannya ada...memang wujud kemiskinan bandar dan ianya akan lebih teruk dari kemiskinan kampung..
Kemiskinan bandar terjadi apabila isi rumah tidak lagi mampu untuk menampung perbelanjaan atau kehidupan mereka dibandar.  Keadaan hidup dibandar yang memerlukan wang untuk segal-galanya.  Tidak ada yang percuma..Lalu apabila keadan tidak mampu untuk ditangani akan berlakulah kemiskinan bandar. 
Kelmarin berita menyiarkan tentang kehidupan sebuah keluarga yang tinggal dibawah jambatan di Kuala Lumpur.. Inilah contoh kemiskinan bandar yang nyata dan banyak lagi...
Kehidupan dikampung jika tiada wang untuk membeli keperluan, mereka boleh mencari ubi kayu, pucuk paku dan bermacam lagi untuk dijadikan lauk, menjala ikan disungai atau memancing, menangkap ayam kampung yang dipelihara..mereka masih boleh berikhtiar untuk kelangsungan hidup walaupun tiada wang tetapi di bandar, jika tiada wang, makanan pun tidak boleh dibeli..
Sebenarnya banyak lagi contoh yang berlaku tetapi tidak disiarkan sahaja..Oleh itu, perlulah ditangani segera kerana  kita tidak mahu menjadi seperti Indonesia yang mana hidup dibawah jambatan adalah perkara biasa...

October 23, 2010

Link Exchange

Jika ada sesiapa yang berminat nak tukar link, dipersilakan...
Ini ialah  link saya Mazana NS.  Saya akan menambahkannya dari semasa ke semasa...

1.Blogger wanita
2.Singa Laut Metro
3.IluvIslam
4.Sweet Baju Kurung Collection
5.My adha
6.Kerja oh Kerja
7.blog ariff
8.Que
9.Blogger Aktif
10.Mangga Ads

Adsfly

Hari ini try dengan perkara baru..tak tahu lagi macamana...kalu nak try silalah pergi ke adsfly..Kalau ada yang dah join dan tahu silalah beritahu saya lebih lanjut mengenainya....Thanks...

Doa dari Darul Syifa

October 21, 2010

Putaran Ganas Kemiskinan

Assalammualaikum...
Mungkin ada yang pelik mengapa lain macam topik yang ingin saya perkatakan pada hari ini..Tiada yang pelik tetapi melihat kepada keadaan semasa dan sekitaran tercetusnya topik ini.  Dulu saya mengambil Subjek Teori Pembangunan  oleh pensyarah saya iaitu Dr Halim.  Memang menarik subjek itu...kita melihat kedalam realiti alam sebenar...mula-mula memang pening untuk mengingat nama tokoh-tokoh yang banyak tetapi apabila terus diikuti ia menjadi menarik....teringat pulak masa mengaji dulu..dah lama tinggal walaupun ada hasrat untuk menyambung pengajian tetapi terpaksa ditangguhkan dulu..biarlah sehingga ada rezeki lebih...

Teori Putaran Ganas Kemiskinan ini secara umumnya ialah satu keadaan dimana apabila sesuatu masyarakat itu hidup dalam keadaan miskin, ia akan diwarisi oleh anak-anaknya dan begitulah seterusnya sehingga ada yang berusaha untuk keluar dari putaran ganas kemiskinan itu...Itu untuk kita faham dengan lebih mudah.
Apabila kita melihat kedalam kehidupan yang sebenar, memang ia berlaku.  Jika kita lihat sendiri kehidupan kita dahulu mungkin ayah kita hanyalah penoreh getah, hidup dengan serba kekurangan, jika tidak ada motivasi dalam hidup dan tanpa bantuan, mungkin kita akan mengalami nasib yang sama akan menjadi penoreh getah juga dan begitulah juga anak-anak kita..Tetapi keadaan akan berlainan jika ayah kita seorang penoreh getah dan dengan azabnya untuk membesarkan anak, beliau akan memberi semangat untuk anak-anaknya supaya belajar dengan tekun agar kemiskinan tidak diwarisi dan akhirnya anak-anak berjaya dan mempunyai pekerjaan yang baik bermakna dia telah keluar dari putaran ganas kemiskinan itu..

Paling penting adalah semangat untuk terus hidup dan berusaha untuk mengubah nasib keluarga.  Jika kita tidak berusaha memang tiada jalan yang akan kita temui, tetapi jika kita berusaha, Insyaallah lambat laun Allah akan memberikan jalan keluar kepada kita...Diwaktu susahlah kita lebih banyak mengingati Allah  daripada waktu kita senang. 

Walaupun masih wujud keadaan seumpama itu tetapi jumlahnya sudah berkurangan dengan adanya pelbagai bantuan.  Tetapi janganlah kita mengharap orang memberi kita ikan setiap masa tetapi kita perlu belajar untuk memancing sendiri agar lebih banayk pancingan yang akan kita dapat.   Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima...Kudrat ada dan usahalah yang penting.  Susah tidak akan susah selamanya dan senang tidak akan senang selamanya...hidup umpama roda....setiap keadaan yang mendatang kita perlu bersedia dari sekarang.  

October 20, 2010

Facebook: Kebaikan dan Keburukan..

Assalammualaikum...
Hari ini topik yang saya tulis pasti menarik..Sebut sahaja Facebook..setiap dari kita mempunyai akaun facebook...memang tidak semuanya ada tetapi kebanyakan pasti ada...mengapa kita ada akaun facebook? ada yang akan menjawab untuk menambah kenalan, mencari kembali kenalan yang entah dimana dan bermacam lagi...
Jaringan sosial ini mempunyai ramai pelanggannya..Sudah tentu Mark Zukenberg suka kerana berjaya dan kaya dengan facebook.  Saya sendiri mempunyai facebook...memang ramai kenalan saya dari sekolah rendah hingga U yang ada dalam akaun facebook saya.. Gembira melihat kehidupan teman-teman yang berjaya dan berkarier..ada juga teman yang merantau di luar negara dapat dihubungi semula...Perubahan wajah sudah pasti maklumlah dulu sekolah rendah sekarang sudah menjadi emak dan bapak orang..Wajah anak yang kebanyakan sama..macam fotostat...Tetapi adakah kita sedar ada kebaikan dan keburukannya?  Sudah tentulah kerana ciptaan manusia tidak sesempurna ciptaan ALLAH..
Saya tidak akan menyebut kebaikan facebook tetapi keburukan yang akan saya sebutkan disini.:

Masa mengadap komputer akan menjadi lebih lama.
Maklumlah bila excited, lama tidak bersembang, kita akan menghabiskan masa yang banyak di depan        komputer...akhirnya kerja lain tidak dapat diselesaikan dan mungkin waktu solat juga akan lalai..

Mengabaikan  tanggungjawab
Apabila sudah terlalu asyik dengan facebook, jika bekerja, kerja tertangguh, prestasi menurun, kerja    
separuh hati dan produktiviti terjejas.  Jika Ketua atau Bos suruh buat itu ini tidak akan diendah...Bagi  
golongan ibu bapa pula tanggungjawab kepada anak-anak atau rumahtangga akan terjejas....pasti  
bergolak, masak tidak,  kain baju tidak dibasuh jika sudah terlalu asyik

Anak-anak tidak memberi perhatian untuk persekolahan
Jika tidak dikawal, anak-anak akan lupa untuk membuat kerja sekolah, membaca buku kerana facebook. 
Peperiksaan tidak mempunyai persiapan dan ini menjejaskan pembelajaran anak-anak.. Yang sedih ada   
anak-anak dan ibu bapa sama naik mengadap komputer.

Suami isteri bertelingkah.
Mungkin dalam senarai teman itu ada bekas kekasih dan jika perasaan tidak dikawal, akan berlaku  
pergolakan terhadap kekasih lama.  Bagi yang tidak mempunyai kekuatan semangat, yang berlalu biarlah 
berlalu..semalam kenangan dan yang penting waktu sekarang dan akan datang...biarlah ia berlalu...
Percayalah kepada takdir Tuhan.

Bil akan meningkat.
Facebook juga boleh dilayari secara mobil..Applikasinya boleh dibuat dalam handphone, so bil akan 
meningkat kerana penggunaannya.

Berlaku penyalahgunaan kepada gambar yg diupload.
Yang ini paling ditakuti terjadi..Dengan kemudahan dan kecanggihan teknologi masakini, gambar boleh di salahgunakan..Oleh itu kita perlu berhati-hati dengan gambar yang diupload dan privasi akaun hendaklah ditetapkan.  Perkara ini sudah ada yang terjadi. Ada pula yang sengaja mengupload gambar dalam keadaan yang tidak sepatutunya untuk tontonan ramai...Hilang harga diri..
    
    Oleh itu, setiap perkara perlu ada hadnya.  Apapun jua yang kita lakukan berhati-hati dan yang penting akaun privasi perlu ditetapkan agar kita tidak teraniaya...tetapi bagi saya, lama-lama mengadap facebook boleh mendatangkan kebosanan.  Oleh itu sehari sekali dua sahajaboleh dilayari...jika tidak tertunggaklah kerja yang ada...Semoga ia akan memberi manfaat kepada kita semua...Janganlah pula ada yang marah saya kerana penulisan ini...kita saling ingat-mengingatkan pada perkara yang perlu diberi keutamaan..

  
     

October 18, 2010

Shareaholic: satu kemudahan untuk sharing

Assalammualaikum...
Hari ini saya ingin berkongsi satu perkara yang saya baru tahu iaitu Shareaholic.  Ia adalah satu perkhidmatan adds on yang membolehkan kita share apa-apa pun samaada facebook, twitter, blog dan lain-lain.  Jika kita membuat entry dalam blog, orang yg tidak mempunyai blog akan mengetahui entry kita yang baru...Sharing is caring but sometimes it's scary....so ini adalah perkara baru yang bagus untuk kita...


Shareaholic is the simplest way to share, spread, and save interesting webpages via your social networks, email, blogs, IM, and more. Shareaholic makes it easy – over 1.5 million downloads:

* Keeps your bookmark bar nice & tidy
No more toolbars, buttons or bookmarklets piling up in your browser for every site you use, and no more looking for web publisher provided buttons. Shareaholic is the only tool you need to share.
*100% customizable, lightweight, lightning fast
Use Shareaholic on your terms. Quick, clean, and to the point. Shareaholic does not slow down your browser.
* Keep a finger on the pulse of the web
With Shareaholic you'll be able to find the freshest news, videos and blogs as they emerge on the real-time web and easily share them on any of your social networks.
*Award winning; 
highly rated & recommended We're fanatical about user experience, design, and improving Shareaholic. Shareaholic is highly rated by users, and recommended by:
Microsoft,Google. Mozilla Foundation.
*No adware, spyware, or malware
Your privacy is critically important to us. Shareaholic protects and maintains your online security and peace of mind. This means that we will not display unwanted and intrusive advertising, or allow any malware or spyware to operate - period. We hate spam too.

So, jika berpuashati dengan penerangan diatas, bolehlah klik disini untuk menggunakan Shareaholic.
Selamat mencuba....dan jika ada antara rakan-rakan yang telah menggunakannya sharelah pendapat.....


October 17, 2010

Lirik Inshaallah-Maher Zain


Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost and that you’re so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless you can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Coz Allah is always by your side
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way
Every time you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that it’s way too late
You’re so confuse
Wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Coz Allah is always by your side
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Oohh Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one who can show me the way
Show me the way
Show me the way
Show me the way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
We’ll find our way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
We’ll find our way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way

October 13, 2010

Putus asa

Assalammualaikum...
Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa topik ini pula yang dibangkitkan...maaflah...untuk hari ini terasa ingin meluahkan apa dalam hati...
Hidup ini penuh dugaan..semua orang tahu dan pernah mengalaminya...tambahan jika menceburi bidang bisnes..MasyaAllah memanglah banyak..bukan senang untuk jadi senang dan memang senang untuk jadi susah..Cabaran demi cabaran yang dihadapi, rempuhi setakat ini Alhamdullillah berjaya diharungi tetapi kadangkala terasa seperti orang sedang memijak kepala kita...terlampau toleransi sangat...bukannya malas untuk bertegas tetapi jika terlalu tegas lain jadinya..tetapi manusia apabila diberi betis hendak peha, tidak pernah hendak menghargai pengorbanan orang lain...sekarang dalam dilema, perlukah bersabar atau mengambil tindakan...makin lama makin parah...Hanya pada Allah minta petunjuk...dah tak sanggup lagi rasanya menanggung beban yang banyak ini...Semoga Allah berikan petunjuk pada saya hamba yang lemah....Janganlah terlalu mancabar....jika satu keputusan sudah nekad, saya tidak akan menoleh ke belakang lagi...

October 10, 2010

Bunga: mengapa diminati???

Bila sebut tentang bunga, ramai terutama wanita jarang yang tidak meminatinya...kecantikannya, keindahannya, keharumananya...ohh sungguh cantik ciptaan Tuhan...tapi ini bukan tentang Bunga Cinta Lestari..ya,  dia pun bunga juga tetapi ini tentang tumbuhan...
Saya memang meminati bunga....entahlah rasa tenang bila menatap bunga indah yang berkembang...Sebenarnya banyak kegunaan bunga..ada yang menjadi hiasan meja, menjadi bunga rampai dan ada digunakan untuk mandi bunga, perubatan dan lain-lain...tetapi ada kajian menunjukkan jika kita menghidu bau bunga yang wangi, ia seakan satu aroma terapi kepada kita...Sebenarnya kejadian Tuhan memang ada kegunaannya...Jadi, jika ada yang ingin memanggil saya hantu bunga saya tidak kisah kerana memang itu minat saya...                

    
 bunga raya








bunga sakura         







Virus Komputer

Assalammualaikum...
Hari ini saya ingin bercerita tentang virus komputer yang pernah kita alami yang menyebabkan komputer lembap dan mungkin akan rosak jika tidak dicegah. Virus komputer adalah nama yang diambil dari virus biologi, merupakan program komputer yang berupaya menyalin dirinya sendiri dan menjangkiti komputer tanpa kebenaran ataupun pengetahuan pengguna. Bagaimanapun perkataan virus biasanya digunakan bagi merujuk kepada pelbagai jenis perisian perosak yang berlainan. Virus yang asal mungkin mengubah suai salinannya atau salinan itu sendiri yang mengubah suai dirinya, seperti dalam virus metamorf. Virus hanya boleh tersebar apabila hosnya sampai ke komputer lain, contohnya melalui rangkaian atau perantara mudah alih seperti cakera liut, cakera padat atau pemacu kilat USB. Selain itu, virus juga boleh merebak dengan menjangkiti fail pada sistem fail rangkaian atau mana-mana sistem fail yang dicapai komputer lain.


Sesetengah virus direka untuk menjejaskan komputer dengan merosakkan atur cara, menghapuskan fail, atau memformat semula cakera keras, manakala virus-virus yang lain direka bukan untuk merosakkan apa-apa, tetapi hanya untuk menyalin diri dan mungkin untuk menonjolkan kewujudannya melalui pemaparan teks, video, atau pesanan audio. Walaupun virus yang kedua ini tidak berbahaya, ia juga boleh menimbulkan masalah kepada pengguna komputer kerana ia menelan ingatan komputer yang digunakan oleh atur cara yang sah. Oleh yang demikian, ia seringnya mengakibatkan tindakan yang tidak menentu dan boleh mengakibatkan kerosakan sistem. Selain itu, banyak virus juga mengandungi pepijat yang boleh mengakibatkan kerosakan sistem dan kehilangan data.

Virus komputer kekadangnya dikelirukan dengan cecacing komputer dan kuda Trojan. Kedua-dua ini berbeza dari segi bahawa cecacing boleh merebak ke komputer yang lain tanpa memerlukannya dipindahkan sebagai sebahagian fail perumah, manakala kuda Trojan adalah fail yang kelihatan tidak berbahaya sehingga dilaksanakan. Berbeza dengan virus, kuda Trojan juga tidak memasukkan kodnya ke dalam fail-fail komputer yang lain.
Banyak komputer peribadi kini dihubungkan dengan internet serta rangkaian kawasan setempat dan dengan itu, memudahkan perebakan virus. Ia mengambil kesempatan yang diberikan oleh perkhidmatan rangkaian seperti sistem-sistem Jaringan Sejagat, e-mel, dan pengongsian fail untuk merebak dan dengan itu, mengaburi perbezaan antara virus dengan cecacing komputer. Tambahan pula, sesetengah sumber menggunakan istilah alternatif yang mentakrifkan virus sebagai mana-mana bentuk perisian jahat penyalinan diri.
Mengapa orang mencipta virus???
Para pencipta virus mempunyai berbagai-bagai alasan untuk mencipta dan menyebarkan perisian jahat. Virus-virus telah dicipta sebagai projek penyelidikan, usikan, dan laku musnah, serta juga untuk menyerang produk syarikat-syarikat tertentu, menyebarkan pesanan politik, dan memperoleh keuntungan daripada pencurian identiti, perisian pengintipan (spyware), dan pemerasan kriptovirus.
Sesetengah penulis virus menganggap ciptaan mereka sebagai seni, dan melihat penulisan atur cara virus sebagai suatu hobi yang kreatif. Tambahan pula, banyak penulis virus menentang rutin-rutin yang ditulis semata-mata untuk melakukan pemusnahan. Selain itu, banyak penulis virus juga menganggap sistem-sistem yang diserang oleh mereka sebagai suatu cabaran intelektual atau satu masalah logik untuk diselesaikan. Ini berganda apabila permainan kucing dengan tikus itu terhadap perisian anti-virus dijangka.

Kaedah untuk mengelakkan pengesanan

Untuk mengelakkan pengesanan oleh pengguna, sesetengah virus menggunakan berbagai-bagai jenis penipuan. Sesetengah virus yang lama, khususnya untuk pelantar MS-DOS, memastikan bahawa tarikh "pengubahsuaian terakhir" untuk fail perumah dikekalkan apabila fail itu dijangkiti oleh virus. Bagaimanapun, pendekatan ini tidak dapat menipu perisian anti-virus, khususnya perisian anti-virus yang mengekalkan dan mentarikhkan Kod Lewahan Sekitar apabila fail diubah.
Bagaimana mengesan virus???
Sesetengah virus juga boleh menjangkiti fail tanpa menambah saiz fail atau merosakkannya. Virus ini yang digelar "virus rongga" dapat mencapai perbuatan tersebut dengan menulis ganti kawasan-kawasan fail boleh laku yang tidak digunakan. Misalnya, virus CIH atau Virus Chernobyl boleh menjangkiti fail Boleh Laku Mudah Alih. Oleh sebab fail-fail itu mempunyai banyak sela, virus yang 1 KB panjangnya tidak akan menambah saiz fail yang dijangkiti. Sesetengah virus mencuba mengelakkan pengesanan dengan menghapuskan tugas-tugas yang dikaitkan dengan perisian anti-virus sebelum ia dapat mengesannya.
Ketika komputer-komputer dan sistem-sistem pengendalian berkembang menjadi lebih besar dan lebih rumit, teknik-teknik penyembunyian yang lebih lama perlu dikemas kini dan digantikan. Melindungi komputer anda daripada virus mungkin memerlukan sistem fail anda untuk berhijrah kepada kebenaran yang terperinci dan eksplisit bagi setiap jenis capaian fail.
Cara mengatasinya
Antara langkah-langkah yang perlu kita lakukan adalah:
1.  Memasukkan antivirus
2.  Scan media sebelum digunakan
3.  Jangan membuka autorun kerana ianya akan memudahkan virus masuk.
4.  Jangan buka emel sebarangan dan jika boleh jangan dedahkan terlalu banyak data peribadi terutama akaun bank dan lain-lain...




So..semoga info ini memberikan manfaat untuk kita semua... Jika ada waktu kita akan berkongsi ilmu lagi...
Sumber:Wikipedia

October 9, 2010

Menukar template blog..

Assalammualaikum....
Sejak hari khamis lagi blog ini ingin berwajah baru...dengan Template Designer, segalanya mudah dan cepat..tetapi ada satu perkara yang tidak berapa diminati iaitu blog post akan keluar di sidebar selain di post tengah..hu..hu...tidaklah disukai..hari ini akan mencuba lagi untuk di buang...jadi hari ini akan dicari jalan untuk mengindahkan lagi rupa blog ini...sebab kalau asyik yang serupa agak bosan juga ye tak??selain itu bila lagi nak cuba template yang lain....banyak di pasaran..rugi pula kalau tidak mencuba..he..he....

October 7, 2010

Musim hujan kembali lagi...

Assalammualaikum....
Sudah 2 hari hujan melanda tidak berhenti..nampaknya musim hujan kembali lagi...itu adalah kebiasaan di Malaysia ini...tetapi pada waktu ini, terkenang kepada orang kampung dan penoreh getah..Waktu ini pendapatan akan terjejas...Kesiankan..Perbelanjaan seperti elektrik, air, lain-lain tidak pernah mengenal musim..ia perlu dibayar...kepada yang tidak mempunyai pencarian lain selain daripada itu kepala akan berpusing ligat untuk mencari wang..jika ada alternatif lain tidak mengapa...inilah kehidupan...oleh itu, jika ada pendapatan lebih memang tabungan itu penting...kita tidak tahu masa akan datang apakah dugaannya...dan di waktu inilah juga terkenangkan ubi rebus sambil menghirup kopi o..aahh..alangkah nikmatnya..... bersabarlah wahai orang kampung dan penoreh getah.....

October 4, 2010

Blogger: Mengapa Nama Samaran?

Assalammualaikum....
Hari ini saya ingin membincangkan topik yang agak menarik..Nama Samaran.  Mengapa???
Mungkin para Blogger mempunyai sebab tersendiri mengapa mereka menggunakan nama samaran bukan nama sebenar...
Bagi saya sendiri,  saya menggunakan Mazana NS kerana nama itulah nama pena saya dari saya sekolah rendah hingga sekarang.  Ia adalah cantuman nama..Dulu saya hanya menggunakan Mazana sahaja dalam apa jua pun karya saya tak kiralah puisi atau apa-apa saja.  NS ditambah sejak saya menetap di Kelantan pada 1999.  Oleh itu, apa saja yang saya gunakan saya gunakan Mazana NS yang sudah sebati dengan diri saya...dan saya serasi menggunakan nama itu...
Ada sesetengah Blogger yang menggunakan nama sebenar...itu lebih baik kerana mereka  bersikap telus...Tetapi bagi yang menggunakan nama selain itu mungkin ada sebab-sebab tersendiri untuk mereka berbuat begitu...so..kita fikirlah apa yang terbaik dan wajar untuk diri kita...
Semua itu terpulang untuk diri kita sendiri...Selamat berblogging semua.....

October 3, 2010

Meningkatkan Traffik Blog

Assalammualaikum..
Hari ini saya nak menulis sedikit tentang meningkatkan traffik ke blog kita...dulu pun ada dah tulis tapi takpa tulis lagi...heh..heh...sebenarnya saya pun bukanlah pro sangat tapi apa yang saya tahu saya share dgn korang semua....

1:  Blogwalking.
     Yang ini kena rajin...kita kena singgah ke blog orang lain terutama yang dah tinggi trffiknya dan kita komenlah sikit apa yang patut..ini ibarat salam perkenalanlah...tapi apa yang penting....... kerjasama.(macam wonderpet plak)...dan kerajinan....sure traffik akan tinggi.

2.  Link.
     Ada yang tak faham pasal link..link ni kita tinggalkan link kat blog yang kita kunjungi....lepas tu, empunya blog pasti akan letak link kita kat blog diaorang...jadi makin banyak link..makin masyhuklah blog kita....

3Ping.
     Kita update posting kita pada tool yang ada contohnya pingler, ping o matic..dan lain-lain...ini akan memudahkan senaraian untuk orang jumpa blog kita...

4.  Keyword.
     Memang tidak dapat dinafikan ini memang penting...kalu keyword kita strong and power...ia akan memudahkan orang untuk jumpa posting kita...kalu tidak power memang agak susah untuk orang jumpa blog dan post kita...

5.  Menjadi ahli blog
     Maksudnya, banyak persatuan blog yg ada seperti Blogger Aktif, Blog Gempaq, Blogger Malaysia, Bloglah blog dan lain-lain lagi  Kita daftarlah untuk jadi ahli..tapi ada yang perlu diigat..ada persatuan blog ini hanya untuk yang domain berbayar dan ada untuk domain free macam saya..kita akan diberitahu apabila kita hendak mendaftar..

6.  Letak pada enjin carian..
     Lepas kita buat satu-satu post, kita letaklah pada enjin carian seperti Google, Yahoo, Bing dan lain-lain...makin kerap kita buat, makin tinggi senaraian dalam enjin pencarian itu...
 
7.   Letak pada Feedjit, Page Rank, Alexa  dan lain-lain..
      Kalau kita nak visitor dari luar negara, kita letaklah benda diatas..banyak lagi seperti  Twiends, Blogtop site, Alexa dan lain-lain...Lepas ni sure boommm blog korang...kalu nak letak ads jugak boleh...itu kalu ada yang nak buat duit dari blog...

itulah antara kaedah yang pernah saya buat...tidaklah ia mengikut susunan sebenarnya...secara rawak. Memang ada improvement..Traffik pun adalah dlm 20 keatas untuk sehari....Kita bukan hanya sasarkan blog untuk dalam Malaysia tetapi juga luar negeri...tapi kita perlu berhati-hati jangan sampai kita sasarkan virus dalam blog kita....Selamat mencuba semua..dan tidak salah kita share ilmu yang baik untuk kebaikan bersama......lain kali kalu ada apa-apa ilmu yang akak dapat, kita share lagi....ini hanyalah secebis daripada  ratusan cara....