Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

July 22, 2013

Harapan Ramadhan untuk Bisnes saya.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ini sudah memasuki 13 Ramadhan, bermakna sudah 13 hari juga kita berpuasa.  Nampaknya Ramadhan sudah masuk waktu pertengahan.  Sekejap saja masa berlalu.  Bermakna sudah 9 hari saya memulakan bisnes baru.  Diharapkan sinar Ramadhan dan keberkatannya akan meresap dalam bisnes baru ini.
Pada tahun 2002, saya membuka kedai komputer iaitu hardware dan aksesori.  Ianya berlaku selepas lebih kurang setahun berniaga komputer dari rumah.  Masih ingat lagi waktu itu, keadaan bisnes baru itu.  Selain itu juga saya turut membaiki komputer serta memasangnya untuk dijadikan sistem.  Biarpun pada mulanya ada yang sangsi dengan kebolehan saya, makin lama ianya makin mendapat sambutan dan berkembang maju. Pelanggan datang bukan saja dari Kelantan tetapi juga Besut, Jerteh dan kawasan sekitarnya.  Memang nama perniagaan ini gah dimulut orang ramai.  
Pada tahun 2006, saya membuka langkah membuka cawangan dan juga membuka kafe siber.  Sudah ada juruteknik lelaki yang menguruskan hal berkaitan kerosakan dan lain-lain.  Bermakna sudah ada 3 buah kedai.  Sambutan kafe siber juga amat menggalakan maklumlah masih tiada wifi dan telefon pintar.  
Pada tahun 2008, suami saya bertukar jabatan dan terpaksa berkursus dalam tempoh yang agak lama. Juruteknik saya melanjutkan pelajaran dan saya pula keguguran akibat terlalu sibuk menguruskan perniagaan dan anak-anak.  Bermulalah era kemerosotan.  Saya tidak pernah berputus asa dan bagi saya semua usahawan akan mengalami zaman kejatuhan.  Nama-nama yang gah dalam  dunia sekarang juga pernah mengalami saat-saat kejatuhan.  Semuanya asam garam dalam kehidupan berniaga.
Akhirnya, pada 5 Ramadhan lalu saya telah menukar wajah kedai saya menjadi kedai tudung, pakaian dan tekstil.  Jiwa wanita memang tidak dapat lari dari kecantikan samada wajah atau diri.  Bagi saya, pengalaman selama 13 tahun dalam bisnes komputer amatlah dihargai untuk dijadikan renungan dan pengajaran. Mengapa saya memilih Ramadhan?  Bagi saya jiwa Ramadhan itu begitu suci dan biarlah ia mendapat keberkatan.  Untuk saya berpaling dan bekerja dalam kerajaan adalah tidak mungkin kerana saya adalah orang yang suka bekerja sendiri.  Jika saya ingin bekerja dalam bidang kerajaan, saya akan bekerja sebaik saja tamat pengajian di USM dulu.  Kesal dengan menceburi bidang bisnes yang penuh onak dan duri?  Saya tidak pernah kesal sebaliknya bersyukur kerana mungkin saya adalah antara insan yang kuat untuk menempuhi ranjau dalam perniagaan yang mungkin sesetengah orang tidak mampu untuk bertahan. Sememangnya amat sukar tetapi setiap pekerjaan ada cabaran masing-masing.
Doakan saya agar mampu bertahan dan bersama mewarnai dunia perniagaan ini.  Apa yang paling penting, keikhlasan, kejujuran, tidak pernah putus asa serta tidak iri hati yang boleh merosakkan dunia perniagaan itu kunci segalanya.  Berusaha untuk menjadi berjaya seperti mereka yang berjaya tetapi bukan mendoakan kejatuhan orang lain.  Nantikan saya dalam bisnes online selepas ini.  In Shaa Allah.

July 11, 2013

Bunga Matahari sedang mekar...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ini sudah memasuki 2 hari Ramadhan bermakna sudah 2 hari juga Umat Islam berpuasa.  Selamat berpuasa semua, semoga Ramadhan ini diberkati dan sesungguhnya bersyukur dapat bertemu dengan Ramadhan kali ini.  Macamana dengan puasa semua?  Harap semuanya ok dan dapat menjalani ibadah ini hingga akhir.  
Lama tidak menjenguk blog maklumlah sibuk sedikit.  Kadangkala hingga pening kepala juga...begitulah cabaran meneruskan kehidupan.  Entri kali ini berkisar tentang bunga matahari.  Dulu saya ada menulis tentang Bunga Matahari Part 1.  Dalam lebih kurang 15 biji yang disemai, hanya 3 sahaja yang mampu bertahan sehingga berbunga.  Mula-mula semaian saya alihkan di tanah kerana mengharapkan bunga ini akan membesar dengan lebih sihat tetapi malangnya cik siput yang meratah anak pokok ini..Sedihlah jugak.  Disemai yang lain sehingga habis, ada yang berpenyakit dan mati.  Hanya tinggal 3 sahaja yang masih hidup.  Silalah layan gambar yang disediakan.  Jika menulis entri tentang makanan nanti ada pulak yang terliur.  Baik menulis tentang bunga.  
Ramai yang suruh saya simpan biji benihnya.he..he..sharing is caring..boleh...

Pokok kedua

Pokok ketiga

Jika atas tanah mungkin lebih besar lagi.

Memang ada belalang , tak tahu nak halu macamana.

July 1, 2013

Sepanjang Jalan Kenangan balik dari Piala FA 2013.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Ya, semua orang sudah tahu.  Kelantan ialah Juara kali Kedua Piala FA setelah mengalahkan JDT di Stadium Bukit Jalil 29 Jun 2013.  Rezeki tidak berpihak kepada JDT kerana JDT juga bermain dengan baik.  Cuma hairan sedikit kerana berita kemenangannya tidak berapa dipampangkan sangat dalam akhbar kecuali Sinar Harian.  Tidak mengapa yang penting Kelantan menang.
Saya dan keluarga berada di Kuala Lumpur kerana ada hal yang penting.  Bukan niat untuk menyaksikan perlawanan akhir itu kebetulan berada disana.  
Apa yang sangat saya takuti ialah jalan sesak dengan perjalanan balik penyokong setia The Red Warriors yang khabarnya mencecah puluhan ribu orang.  Sunyi Kelantan pada minggu itu.  
Selalunya saya tidak kisah sangat dengan keadaan sibuk jalanraya tetapi kelmarin saya menjadi prihatin.  Bertolak pukul 11.30 dari Kuala Lumpur, memang banyak sangat kereta dan bermacam ragam penyokong dapat disaksikan.  Apabila tiba di laluan masuk Karak-Bentong, jalan menjadi sesak dan tidak dapat bergerak.  Akhirnya suami mengambil keputusan berpusing balik dan mengikut laluan Sertik-Mempaga-Raub dan Syukur sampai dirumah dengan selamat pada pukul 8.00 malam.  Setiba di Kechau Tui, para penyokong melambai dari tepi jalan setia menanti. Agaknya yang mana penyokong bertolak sejurus selepas perlawanan berakhir tak tahulah macamana.  Apabila melihat ramai yang berdiri di tepi jalan melambai, akak apalagi terus snap gambar.  Dalam pada itu, ada juga yang mengambil gambar kami.  Apabila melihat saya mengambil juga gambar mereka terdengar "eh, orang tu ambik gambar aku"...dah nak buat macamana dik, teruja.  Layan sajalah gambar dibawah.
Laluan dari Kuala Lumpur, agak tenang.

Laluan Karak-Bentong

Laluan Karak-Bentong

Kechau Tui




Semangat diaorang.

Gua Musang

Felda Chiku



Manik Urai