Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Ya, semua orang sudah tahu. Kelantan ialah Juara kali Kedua Piala FA setelah mengalahkan JDT di Stadium Bukit Jalil 29 Jun 2013. Rezeki tidak berpihak kepada JDT kerana JDT juga bermain dengan baik. Cuma hairan sedikit kerana berita kemenangannya tidak berapa dipampangkan sangat dalam akhbar kecuali Sinar Harian. Tidak mengapa yang penting Kelantan menang.
Saya dan keluarga berada di Kuala Lumpur kerana ada hal yang penting. Bukan niat untuk menyaksikan perlawanan akhir itu kebetulan berada disana.
Apa yang sangat saya takuti ialah jalan sesak dengan perjalanan balik penyokong setia The Red Warriors yang khabarnya mencecah puluhan ribu orang. Sunyi Kelantan pada minggu itu.
Selalunya saya tidak kisah sangat dengan keadaan sibuk jalanraya tetapi kelmarin saya menjadi prihatin. Bertolak pukul 11.30 dari Kuala Lumpur, memang banyak sangat kereta dan bermacam ragam penyokong dapat disaksikan. Apabila tiba di laluan masuk Karak-Bentong, jalan menjadi sesak dan tidak dapat bergerak. Akhirnya suami mengambil keputusan berpusing balik dan mengikut laluan Sertik-Mempaga-Raub dan Syukur sampai dirumah dengan selamat pada pukul 8.00 malam. Setiba di Kechau Tui, para penyokong melambai dari tepi jalan setia menanti. Agaknya yang mana penyokong bertolak sejurus selepas perlawanan berakhir tak tahulah macamana. Apabila melihat ramai yang berdiri di tepi jalan melambai, akak apalagi terus snap gambar. Dalam pada itu, ada juga yang mengambil gambar kami. Apabila melihat saya mengambil juga gambar mereka terdengar "eh, orang tu ambik gambar aku"...dah nak buat macamana dik, teruja. Layan sajalah gambar dibawah.
|
Laluan dari Kuala Lumpur, agak tenang. |
|
Laluan Karak-Bentong |
|
Laluan Karak-Bentong |
|
Kechau Tui |
|
Semangat diaorang. |
|
Gua Musang |
|
Felda Chiku |
|
Manik Urai |
No comments:
Post a Comment