Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

December 30, 2010

Success Quotes 2

Tahniah! Tahniah! Tahniah!

Alhamdullillah, selepas penantian 14 tahun, Piala Suzuki AFF berjaya di bawa balik...Walaupun pemain Malaysia terpaksa dibawa dengan kereta kebal, itu menebalkan lagi semangat Malaysia.  Dan Piala dalam genggaman..Syabas dan Tahniah...Kepada Pihak Indonesia..Terima Kasih dan satu pengajaran buat penyokong Malaysia, walaupun mereka sudah tahu mereka kalah, stadium tidak ditinggalkan...Satu sikap yang harus dipuji.  Satu ketidakpuasan hati kenapa 31 Disember 2010 hari Jumaat yang diberi cuti?  Kami di Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak merasai cuti kemenangan ini...Adakah kami bukan penyokong Malaysia???  Gembira dalam terkilan.   Semoga bolasepak Malaysia akan bangkit selepas ini..satu petanda yang baik..Tahniah dan Syabas sekali lagi...

December 29, 2010

Success Quotes

Selamat berjuang Malaysia...

Nampaknya huru-hara, bahang panas semakin menjadi-jadi.  Ketidakpuasan hati penyokong Indonesia semakin melimpah ruah...diharapkan mereka dapat bertenang...kembalilah kepada semangat kesukanan....janganlah terlalu taksub atau fanatik...Saya berdoa Malaysia menang tetapi disaat ini macam-macam boleh berlaku...Sebaiknya perlawanan tidak diadakan di Indonesia, buatlah di luar untuk mengelak kejadian yang tidak diingini...Kepada orang Malaysia, jangan bertindak sama seperti mereka...Selamat berjuang wahai pemainku...

December 28, 2010

Debaran menjelang final AFF-Suzuki, 29 Dis 2010.

Assalammualaikum...
Ramai yang tidak sabar untuk menunggu malam esok kemuncak perlawanan untuk menentukan juara Piala Aff-Suzuki.  Pemain kita sudah selamat tiba di Jakarta kelmarin.  Tetapi banyak pulak yang tidak sedap didengar untuk perlawanan malam esok..Semoga penyokong dan pemain Indonesia dapat memberikan semangat kesukanan yang tinggi.  Kalah menang adat pertandingan.  Terima sahaja keputusan dengan hati terbuka.  Semoga semua pemain dan pengurus akan selamat dan dapat bermain dengan cemerlang tanpa ada apa-apa insiden yang tidak diingini..Saya mengharapkan kemenangan Malaysia dan semoga berjaya...Perlawanan di Kuala Lumpur pun dah macam stadium dirumah inikan pulak untuk kemuncaknya malam esok walaupun hanya anak-beranak sahaja yang menonton...3 kali gol tiga kali juga bergegar rumah...he..he...inilah bola...ku tunggu Piala itu wahai pemain Malaysia....selamat berjuang....

December 27, 2010

Tahniah!!Malaysia: Indonesia 3-0 pusingan pertama Piala AFF.

Assalammualaikum..
Pastinya semua sudah tahu kita menang dalam perlawanan pertama menentang Indonesia untuk Piala AFF Suzuki di Stadium Bukit Jalil semalam.  Taktik pengantin baru,  Shahrul Idlan Talha kepada Safee memang cantik dan berjaya menyumbat gol..Begitu juga gol kedua. Gol ketiga yang hanya menggunakan 2 pemain juga cukup cantik.  Walau apapun insiden laser amatlah dikesali...sehingga memaksa permainan  dihentikan dalam masa 5 minit, walaupun tidak diketahui dari mana adakah dari Malaysia atau Indonesia..Jika daripada pihak Malaysia amatlah memalukan...Semoga perkara ini tidak akan berlaku lagi selepas ini.  Dan selamat berjuang kepada pasukan Malaysia untuk pusingan kedua di Indonesia....

December 26, 2010

Machang

Assalammualaikum...
Kalau sebelum ini saya menulis tentang Jelebu, hari ini saya mendapat ilham untuk menulis tentang Machang.  Adillah dah tulis dua-duakan....he..he....
Machang merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan Darul Naim yang terletak di tengah negeri Cik Siti Wan Kembang. Machang mempunyai lebih kurang 97,524 orang penduduk (tahun 2000). Machang juga merupakan nama sejenis pokok buah.
Di bahagian utara jajahan Machang terdapat jajahan Kota Bharu, di timurnya Jajahan Pasir Puteh dan bersempadan dengan Negeri Terengganu, di barat ialah Jajahan Tanah Merah manakala di selatan ialah Jajahan Kuala Krai.
Antara tarikan sejarah di sini ialah Menara Masjid Pulai Condong. Salah satu kampus cawangan Universiti Teknologi MARA juga bertempat di Machang.  Sumber: wikipedia
Antara tempat manarik di Daerah Machang yang sering dikunjungi oleh orang ramai ialah kolam air panas yang terletak di Kampung Rengas Tok Bok, Jeram Linang dan Taman Rekreasi Bukit Bakar.
Selain dari itu, Pasar Isnin Machang yang bertempat di bandar Machang juga merupakan salah satu tarikan kepada orang luar.

 
Machang terletak 43.5 kilometer di selatan Kota Bharu. Sejarahnya bermula sebelum banjir besar pada tahun 1926, apabila negeri Kelantan dilanda suatu ribut yang dahsyat dan banjir besar. Ribut itu telah merosakkan hampir semua perkampungan di negeri Kelantan. Malapetaka tersebut telah memusnahkan semua tanaman penduduk kampung dan penduduk negeri Kelantan hidup dalam kesusahan. Ini menyebabkan kebanyakkan anak-anak muda terpaksa berhijrah ketempat lain bagi mencari tempat baru yang lebih selamat untuk memulakan kehidupan baru.
 
 

Antara anak muda yang keluar merantau itu adalah Senik Awang Kechik. Beliau merantau dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bertemu satu tempat yang subur untuk bercucuk tanam. Kian hari kian bertambah rezeki Senik dan berita kemewahannya telah tersebar ke kampung yang berdekatan. Tempat Senik telah menjadi sebuah kampung dan ia dinamakan sempena nama buah machang atau Mangifera Foetida yang tumbuh di kampung tersebut.

December 23, 2010

Senyum-Lirik

Jelebu.

Assalammualikum...
Hari ini saya ingin menulis tentang Jelebu, salah sebuah daerah di Negeri Sembilan.  Bila lagi nak menulis tentang daerah sendirikan??Biarlah saya promote dan bercerita tentang daerah yang unik ini. Jika ada yang tidak pernah sampai kesana, mungkin akan tahu serba sedikit dengan penulisan saya ini.
Jelebu merupakan salah satu daerah terbesar di Negeri Sembilan.

Pekan Kuala Klawang yang terletak di Jelebu merupakan kawasan yang sedang mengalami arus pembangunan terutama dari segi sektor pendidikan dan perniagaan . Beberapa sekolah dan kawasan perniagaan dibina untuk meningkatkan taraf hidup penduduk. Salah satu contoh perkembangan sektor pendidikan ialah penubuhan MRSM Kuala Klawang.Penubuhan sekolah ini bertujuan untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan keusahawanan. Banjaran Titiwangsa sudah tamat di sini kecuali Banjaran Titiwangsa tamat di Gunung LedangJohor.
Ke Jelebak ke Jelebu
Tuai padi tiga serangkai
Siapa kena kemat Jelebu
Kalau tak mati badai mengasai.

Suatu masa dahulu pantun empat kerat itu amat popular di kalangan orang-orang tua di Negeri Sembilan khususnya di Jelebu kerana ia menggambarkan betapa pandainya orang Jelebu memikat sesiapa yang berkenan di hatinya sehingga orang yang kena pikat itu tidak boleh melupakanya hingga ke akhir hayat.

Yang lucunya ada ibu bapa di luar kawasan Jelebu merasa takut kalau anak lelaki mereka pergi ke Jelebu kerana takut terkena "kemat Jelebu" tetapi kini pantun itu cuma menjadi senda gurauan anak-anak muda sahaja. Jelebu merupakan sebuah daerah di Negeri Sembilan yang bersempadan dengan Pahang. Ia terdiri dari lapan mukim iaitu Kuala Klawang,Hulu Klawang Klawang,Hulu Teriang,Kenaboi,Pertang, Peradong, Teriang Hilir dan Gelam Lemi.

Mengikut ceritanya, nama Jelebu berasal dari dua kisah yang diceritakan secara lisan sejak dari dahulu hingga ke hari ini. Kisah pertama, pada suatu hari, Tok Batin Jelbu iaitu ketua suku kaum asli yang mendiami kawasan sekitar Sungai Lumut, sedang berkerja di ladangnya. Setelah berasa penat dia mengajak isterinya berehat sambil melihat pokok labu yang mereka tanam tumbuh dengan suburnya. Apabila hari menjelang petang isterinya mengajak Tok Jelbu pulang ke rumah. Tetapi kata Tok Jelbu dia hendak mandi dahulu di Sungai Lumut.

" Kau baliklah dulu untuk sediakan makan malam kita," pesan Tok Jelbu kepada isterinya.

" Baiklah, bang. Tapi elok kalau abang berhati-hati mandi di sungai sebab airnya dalam. Cepat balaik ke rumah, ye bang…" balas isterinya sambil berjalan pulang.

Maka Tok batin Jelbu pun turun ke dalam Sungai Lumut untuk mandi dan membersihkan dirinya. Sedang dia asyik mandi tiba-tiba hujan turun dengan lebat diikuti dengan kilat sabung menyabung. Dan dengan tiba-tiba sahaja maka air Sungai Lumut itu pun pasang. Tok Batin Jelbu tidak sempat naik ke darat dan beliau dihanyutkan oleh air sungai yang deras itu.

Isteri Tok Batin Jelbu berasa risau kerana suaminya masih belum pulang ke rumah. Tambahan pula ketika itu hujan turun dengan lebatnya. Sebaik sahaja hujan reda maka isteri Tok Batin Jelbu segera pergi ke Sungai Lumut untuk mencari suaminya. Namun setelah puas dicari dan dipanggil namanya, Tok Batin Jelbu seolah telah hilang ghaib secara tiba-tiba.

Berita hilangnya Tok Batin Jelbu cepat merebak di kalangan orang-orang asli di kawasan tersebut dan mereka keluar beramai-ramai untuk mencari namun tidak berjaya ditemui. Akhirnya mereka yakin bahawa Tok Batin Jelbu mati lemas di Sungai Lumut dan mayatnya dibawa arus entah kemana. Dan Sebagai mengenang nama Tok Batin Jelbu maka tempat itu dinamakan Jelbu tetapi akhirnya bertukar menjadi Jelebu.

Kisah kedua pula ada kaitan dengan nama buah labu. Setelah Tok Batin Jelbu mati maka pokok labu yang ditanam di ladangnya tumbuh subur dan banyak mengeluarkan buah. Maka ramailah orang datang ke situ memungut buah labu tersebut. Mereka namakan tempat itu "Jalar Labu" tetapi akhirnya bertukar menjadi Jelebu.

Sejarah pembukaan Jelebu selalu dikaitkan dengan kedatangan orang-orang Minangkabau. Namun pada mulanya Jelebu didiami oleh kaum asli Jakun dari Suku Biduanda. Mereka merupakan penduduk asal Jelebu dan suku Biduanda masih ada hingga ke hari ini.

Kisah bermula apabila Batin Terjali iaitu anak Maharaja Alif yang memerintah kerajaan Pagar Ruyung Minangkabau, keluar mengembara untuk mencari pengalaman dan meluaskan pemerintahan ayah baginda. Setelah lama berjalan menyeberang laut dan sungai akhirnya Batin Terjali dan orang-orangnya sampai di Bukit Kundang Kundik di Jelebu. Kedatangan mereka disambut baik oleh orang-orang asli di kawasan tersebut.

Semasa berada di Jelebu, Puteri Embong Sari iaitu isteri Batin Terjali melahirkan seorang anak lelaki lalu diberi nama Datok Niko Menteri Mangku Alam Raja Sehari. Dan sebelum meninggalkan Jelebu untuk meneruskan pengembaraannya, Batin Terjali meninggalkan putera baginda kepada ketua suku orang asli Jelebu dengan pesanan bila puteranya sudah besar kelak hendaklah dijadikan penghulu Jelebu. Ketua orang asli itu bersetuju dan berjanji akan patuh dengan apa yang telah diperintahkan.

Adapun Batin Terjali terus mengembara untuk membuka negeri dan di setiap tempat yang disinggahinya baginda akan meninggalkan seorang putera kepada ketua suku kaum asli di situ dengan pesanan bila putera itu sudah dewasa kelak hendaklah di jadikan penghulu di tempat itu.

Kesemua Ketua kaum asli itu menepati janji mereka. Apabila putera Batin Terjali sudah besar maka dilantik menjadi Penghulu. Dengan ini wujudlah pemerintahan dari putera-putera Batin Terjali. Datok Niko Menteri Shah Mangku Alam Raja Sehari menjadi penghulu di Jelebu, Datok Kelana Putera Penghulu di Sungai Ujung dan Datok Johan Pahlawan Lela Perkasa di Johol. Hubungan antara mereka terus terjalin dan daerah itu akhirnya menjadi tumpuan orang-orang Minangkabau.

Walaupun begitu, dalam senarai daftar nama penghulu di Jelebu, orang pertama dicatat namanya sebagai penghulu Jelebu ialah Datok Gombak, kemudian Datok Mentunggang dan diikuti oleh Datok Moyang Salleh.

Datok Moyang Salleh merupakan Datuk Undang Luak Jelebu yang pertama dengan memakai gelaran Datok Mendelika Menteri Akhirul Zaman Sultan Jelebu. Gelaran itu dikurniakan oleh Sultan Johor iaitu Sultan Abdul Jalil semasa berlakunya peristiwa memutus tali ke Johor. Walau bagaimana pun Datok Moyang Salleh tidak melantik dirinya sebagai Sultan Jelebu dan beliau hanya menjadi Undang Luak Jelebu sahaja.

Pada mulanya Jelebu berada di bawah pemerintahan kerajaan Melayu Melaka tetapi apabila Sultan Melaka berpindah ke Johor maka taat setia orang Jelebu beralih ke Johor. Cuma setelah berlakunya peristiwa "MOYANG SALLEH MEMUTUS TALI KE JOHOR" barulah Jelebu bebas dari kekuasaan Sultan Johor.

Jelebu juga terkenal sebagai kawasan lindungan hujan kerana letaknya di dataran tinggi dan jarang menerima hujan berbanding kawasan lain di Negeri Sembilan. Kerana itu tanahnya subur dan terkenal dengan pengeluaran buah-buah tempatan.

Jelebu juga sering di kunjungi para pelancong dari dalam dan luar negeri kerana keunikannya. Untuk sampai ke Jelebu terpaksa mendaki Bukit Tangga yang mempunyai 48 keluk. Dan antara tempat yang menjadi tumpuan pelancung di Jelebu ialah Jeram Toi, Jeram Gading, Latar Kijang, Masjid Kuala Dulang dan Makam Datok Moyang Salleh.  Sumber:Persatuan Sejarah Jelebu

December 21, 2010

Alexa

Hari ini bukak blog tgk ada data dalam alexa...takpalah untuk permulaan sukalah jugak...tgklah lepas ini, moga bertambah baik rankingnya.  Lama jugak ditunggu baru keluar datanya...sukanya  hati.....

December 20, 2010

Pengangguran....

Assalammualaikum....
Lama juga mencari idea untuk menulis sesuatu yang menarik...Fikir punya fikir akhirnya dalam kelembapan suasana kerana hujan melanda, timbullah idea ini.   Pengangguran..ya tanam anggur istilah sesetengah orang..Saya pernah mengalaminya..nasib tidak seperti anak muda fresh graduates yang terus mendapat kerja.  Nasib saya habis belajar dalam suasana ekonomi, politik yang meruncing tahun 1999.  Tambahan pula pendidikan tinggi membuat dua sistem iaitu Sistem Pengajian Universiti (SPU) dan Sistem Pengajian Tiga Tahun (SPTT).  Kumpulan saya adalah kumpulan last untuk SPU dan terpaksa bersaing dengan SPTT yang mana konvo kami serentak.  Mahu tidak jealous, sudahlah kita 4 tahun, mereka tiga tahun dan grad sama tahun..Ohh mimpi ngeri..Tambahan pula memang ekonomi gawat  dan Tun Mahathir waktu itu menjadi PM, serta Anwar yang dibuang dari kabinet..memanglah haru..Lagu kesukaan waktu itu ialah Akulah Pengangggur oleh Arwah Sudirman...memang best gilerr dan memang lagu yang menjadi siulan ramai....
Bukan tidak dapat jika membuat Diploma Pendidikan atau KPLI waktu itu memang mudah untuk dapat tetapi tiada keyakinan diri boleh menjadi cikgu..Apabila berhubung dengan sahabat memang ramai yang tidak mendapat pekerjaan.
Oleh itu, setelah menjalani kehidupan yang agak kelam kabut, ambil keputusan bekerja sendiri dan sehinggalah sekarang.  Apabila difikir dapatlah beberapa fakta tentang pengangguran dari sudut orang yang pernah mengalaminya.  Jika hanya dari sudut pandangan mungkin berbeza dengan yang pernah mengalaminya.
1.  Pengangguran kerana sistem pendidikan itu sendiri-Sebenarnya pada tahun 1999, pengenalan SPTT banyak menyumbang kepada pengangguran 1999 hinggalah sekarang yang mana ekonomi masih lembap.  Ramai sahabat yang masih tidak mendapat pekerjaan.
2.  Sikap Graduan sendiri- Faktor ini juga banyak menyumbang kepada pengangguran.  Ada yang memilih kerja yang sepadan dengan ijazah walaupun tiada penawaran dalam bidang itu.  Mereka lebih rela tidak bekerja daripada bekerja sebagai kerani.
3.  Tidak mahu bekerja sendiri-walaupun ibubapa mempunyai tanah terbiar, mereka tidak mahu mengusahakan kerana ingin bekerja makan gaji dan duduk dalam penghawa dingin sahaja.
4.  Tidak tahu saluran atau tidak mendapat informasi yang betul.-Kebanyakkan mereka tidak tahu untuk dituju kemana apabila menghadapi msaalah dalam mencari pekerjaan.  Ramai yang tidak tahu fungsi Jabatan Tenaga Kerja atau Pejabat Buruh seperti sekarang.
5.  Perlunya kursus tentang persiapan di alam pekerjaan diterapkan di tahun akhir pengajian.-Ini mungkin dapat membantu graduan untuk mempersiapkan diri apabila tamat pengajian.
Itulah antara faktor logik yang saya fikir sendiri antara penyumbang kepada pengangguran walaupun banyak lagi.  Walaupun ada yang mengatakan kursus yang diambil tidak menepati kehendak pasaran tetapi ramai juga yang mengambil bidang lain tetapi mendapat pekerjaan yang berlainan daripada bidang mereka ambil di Universiti.  Itu bukanlah penyebab utama kerana pembawakan diri adalah yang utama di alam pekerjaan seperti saya yang juga menjalankan perniagaan yang berlainan daripada kursus yang diambil.. Asalkan sanggup berusaha dan rajin membaca apa yang kita tidak tahu.  Ilmu berada dimana-mana asalkan rajin berusaha dan ia tidak berhenti meskipun sudah meninggalkan alam persekolahan atau menara gading.  Pengalaman adalah ilmu paling berharga dalam hidup ini dan kepada yang masih menganggur, mungkin jalan untuk mendapat rezeki adalah dengan berusaha sendiri.  Mungkin tiada rezeki anda untuk bekerja "gomen" tetapi melalui perniagaan atau bidang pertanian.  Itu adalah lebih baik lagi.  Semoga fikiran mereka yang masih menganggur sedikit terbuka dengan tulisan saya ini...Dimana ada kehendak disitu ada jalan luas terbentang...Renung-renungkanlah dan kepada keluarga pula berilah semangat kepada mereka yang ingin berusaha sendiri.  Mungkin rezeki anak, adik, kakak, abang, anak saudara anda disana..Janganlah melemahkan semangat mereka atau menjuihkan bibir sebagai tanda penghunaan.  Rezeki ada dimana-mana dan sokonglah mereka..janganlah membandingkan mereka dengan sahabat mereka yang bekerja menjawat jawatan yang tinggi dalam kerajaan.  Fikir-fikirkanlah...buangkanlah stigma lama yang ada dalam minda kita...Semoga lebih ramai usahawan berjaya dapat dilahirkan  selepas ini...

December 16, 2010

Apakah nasib anak pada masa depan????

Assalammualaikum...
Kadang-kadang saya sangat takut dengan kehidupan hari ini.  Terlalu banyak yang terjadi dalam gejala sosial.  Sumbang mahram, buang anak, salah laku sosial dan lain-lain lagi..Ahhh takut sungguh dengan kemajuan dunia hari ini.  Saya sebagai ibu memandang isu ini sangat serius.  Sesuatu yang memang patut dibendung dan tidak boleh dengan sikap 'tak apa'.  bagi saya media massa dan elektronik patutlah ditapis cerita sensasi kerana anak-anak akan membaca seperti yng terjadi kepad saya baru-baru ini yang mana kisah Ariel dan Cut Tari yang mengaku mengadakan hubungan sebanyak 3 kali.  Apabila anak lelaki saya berumur 9 tahun membaca, saya merah padam muka.  Biarlah orang kata saya  tertutup dan tidak berfikiran terbuka, memang saya tertutup dalam hal seperti itu.  Tambahan anak-anak yang terdedah dengan internet dan melihat Youtube untuk melihat kartun ada juga bahagian yang tidak sepatutnya ada.  kepada yang bertanggungjawab, tolonglah tapis dan buang yang tidak boleh dilihat dari tersiar terus.  kepada pihak yang mengupload gambar atau video yang tidak sepoatutnya tolonglah berhenti dari melakukan kerana anda tidak mendapat pahala tetapi dosa.  Mungkin hari ini bukan ahli keluarga yang terlibat tetapi seandainya masa akan datang ada ahli keluarga yang terlibat, apakah reaksi anda???Tolonglah guna kemudahan dan kecanggihan alat telekomunikasi dan internet dengan bijak kerana Islam tidak menghalang kepada kemodenan dan kecanggihan tetapi jangan disalahgunakan.  Tidak semua ibu-bapa mampu mengendalikan anak mereka apabila menggunakan internet.  tetapi langkah berjaga-jaga adalah perlu.  Kepada semua pihak, tolonglah bertindak segera.  Tidak ada gunanya malaysia maju andai rakyatnya sudah tiada nilai maruahnya.  Perkara ini amatlah serius dan tidak boleh dianggap remeh.  Tingginya nilai negara terletak kepada tingginya maruah rakyatnya. 

Doa untuk anak-anakku...(Aiman, Ika dan Aqlan)

December 14, 2010

20 Amalan untuk Murah Rezeki.

Saya mendapat info ini dari Ustaz Zul.  Izinkan saya share disini untuk manfaat bersama.  Terima Kasih..

20 Amalan Murah Rezeki

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah  limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah (SWT), yang menjadi sebab Allah (SWT) jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah (SWT) akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah  jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah

Banyak ingat Allah  buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah  beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah  hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah  akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah  akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim

Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah (SWT). Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah (SWT) akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah  dan menjadi sebab Allah  buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah  azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah  membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah  menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah 

15. Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah  dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah  berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah , Al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah  Ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah  suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah  berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah  beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah  mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah  dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah  akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah  limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Kenapa menulis Blog???

Assalammualaikum....
Hari ini saya nak bercerita mengapa saya menulis blog dan mungkin merangkumi semua sahabat yang mempunyai blog.  Antara sebab-sebab mengapa blog saya tercipta:
1.  Untuk meluahkan perasaan.  Ada orang yang lebih suka menulis untuk meluahkan apa yang berada dalam minda.  jika dahulu ditulis dalam diari tetapi sekarang dalam blog.  Tetapi apa apa yang ditulis perlulah berhemah....
2.  Untuk mendapatkan sahabat maya.   Apabila menulis blog, mungkin sahabat maya akan bertambah dan bersahabat secara positif bukanlah ke arah negatif.  Mungkin sahabat seluruh dunia dapat dikumpulkan...
3.   Untuk berkongsi info atau maklumat.  Apabila mendapat sesuatu info atau maklumat boleh dikongsi dan senang untuk dikongsi.  Bukan sahaja secara khusus tetapi secara umum.
4.  Untuk mendapatkan wang.  Ada yang menulis blog secara khusus untuk mendapatkan wang.  Tetapi saya tidak mempunyai matlamat ini apabila saya menulis blog.  itu tidak menjadi masalah asalkan secara betul dan halal.
5.  Untuk suka-suka.  Ramai juga yang menulis hanyalah sekadar suka-suka dan tidak mempunyai matlamat apa-apa.  
walau apapun sebab kita menulis blog, semoga memberi manfaat buat diri kita dan orang lain serta tidak menyakiti hati orang lain.  Perlulah ditulis secara berhemah.   Selamat berblogging semua.....






 

December 13, 2010

Sultan Muhammad Ke-V

Tengku Muhammad Faris Petra lbni Sultan lsmail Petra

Sultan Muhammad ke-V
Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad ke-V
Tempoh pemerintahan 13 September 2010 – kini
Didahului oleh Sultan Ismail Petra
Permaisuri Tengku Zubaidah Binti Tengku Norudin
Nama penuh
Tengku Muhammad Faris Petra lbni Sultan lsmail Petra
Bapa Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra
Ibu Tengku Anis Binti Tengku Abdul Hamid
Kelahiran 6 Oktober 1969
Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad ke-V (lahir 6 Oktober 1969) adalah Sultan Kelantan ke-29, yang dimasyurkan pada 13 September 2010[1] bersamaan dengan 4 Syawal 1431 Hijrah. Sebelumnya beliau bergelar Tengku Muhammad Faris Petra lbni Sultan lsmail Petra, merupakan putera sulung Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra. Baginda mempunyai 3 orang adinda iaitu Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Faiz Petra lbni Sultan Ismail Petra, Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra lbni Sultan lsmail Petra, dan Yang Amat Mulia Tengku Amalin A'ishah Putri lbni Sultan lsmail Petra.

Tengku Mahkota

Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Faris Petra telah ditahktakan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada Oktober 1985. Pada 24 Mei 2009, beliau kemudian dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan, setelah ayahanda baginda Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra mendapat rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura

Pendidikan dan Kerjaya

Baginda mendapat pendidikan awal di Kota Baharu, Kelantan dan di Kuala Lumpur dan seterusnya di Oakham School Rutland, England sehingga 1989 sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang Kajian Diplomatik di Kolej St. Cross dan Oxford Centre for Islamic Studies sehingga 1991.
Baginda juga turut melibatkan diri dalam pelbagai pertubuhan kebajikan dan sukan dan juga aktif berperanan dalam organisasi berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraan. Baginda telah dilantik sebagai Komander 506 Askar Wataniah berpangkat Brigedier Jeneral (Kehormat)

Istana Kubang Kerian

Pada 2 Jun 2009, dilaporkan kontrak menyelia dan membekal peralatan istana Kelantan termasuk pemasangan lampu 'berjerabu' di istana di Kubang Kerian mencecah harga jutaan ringgit dan tidak munasabah. Tengku Mahkota Kelantan mengambil inisiatif sendiri untuk 'menyiasat' bagi mengambil maklum mengenai tuntutan RM39 juta dari 2006-2008 terhadap beberapa agensi kerajaan negeri. 3 pegawai kanan kerajaan negeri Kelantan telah digantung tugas bagi memudahkan siasatan
Sumber:  Wikipidea

December 12, 2010

Cinta gadis Malaysia: tiadakah untuk orang Malaysia????

Assalammualaikum....
Hari ini saya ingin bercerita tentang cinta...lewat-lewat ini hebat diperkatakan cinta gadis Malaysia kepada lelaki luar terutama Lombok.  Ada yang dibawa lari dan terpaksa dicari balik oleh ibu bapa.  Ada yang hidup menderita mencari balik keluarga atau meminta tolong keluarga membawa mereka pulang ke Malaysia. Apa sudah jadi???Adakah agongnya cinta lelaki luar terhadap mereka atau lelaki tempatan sudah tidak sesuai dengan jiwa mereka yang inginkan kelainan dalam cinta???
Sebenarnya apabila dalam percintaan, realitinya sudah hilang.  Segalanya hidup dalam khayalan belaka.  Yang pahit menjadi manis dan yang buruk menjadi cantik belaka.  Tetapi apabila sudah berkahwin, tiada bezanya cinta lelaki luar samada Lombok, Bangladesh, Pakistan, Amerika, London, Mesir  atau apa sahaja.  Semuanya sama sahaja cuma wajah atau keturunan sahaja yang berbeza.  Sedangkan berkahwin dengan orang Malaysia pun ada masalah jugak inikan pula berlainan budaya apatah lagi agama.  Memanglah sewaktu bercinta lembut gigi dari lidah...segalanya senang diucap dan bermadah helah...Realiti setelah berkahwin lain jadinya, nasib baik tidak ada yang disepak atau terajang atau didera..(jika ada lagi teruk).  Disaat susah itulah baru akan terkenang kepada keluarga....Dan disaat itu penyesalan menyelinap dalam diri kerana tidak mendengar kata keluarga.  Tetapi sudah terlambat....Jika masih boleh pulang ke pangkuan keluarga tidak mengapa tetapi yang tidak boleh yang dibawa pulang dan disorok, hanya doalah akan menjadi senjata.
Oleh itu, saya bukan untuk mengata kepada mereka tetapi peringatan kepada saya dan keluarga juga, kita tidak tahu nasib yang mendatang.  Tetapi disaat kita tidak boleh berfikir secara realiti, kita perlu mendengar nasihat mereka yang berada dialam realiti yang boleh melihat  segalanya...Yang penting dengar kata orang tua kerana restu keluarga terutama ibu bapa adalah segalanya. Dalam hidup ini bukan untuk berkahwin sahaja perlukan restu mereka  tetapi segalanya.  Janganlah keluarga terutama ibu bapa dibelakangkan hanya kerana cinta lelaki yang kita kenal baru sehari dua sedangkan keluarga kita selamanya berada dengan kita....Cinta diwaktu itu hanyalah fantasi...Diharapkan selepas hari ini tiada lagi berita yang banyak dikhabarkan tentang gadis Malaysia yang terpedaya.....Cinta oh cinta......

December 8, 2010

Cara untuk membuat Blog Header sendiri...

Assalammualaikum...
Hari ini saya nak share satu info  tentang membuat blog header  sendiri.  Mungkin kita mahukan kelainan dan tidak mahu terikut dengan blog header yang biasa.  Saya terjumpa satu aplikasi sewaktu saya mahu menukar blog header saya iaitu Bighugelabs.  Kita boleh mengupload gambar kesukaan kita dan membuat blog header kita sendiri.  Selepas kita save dalam komputer kita, kita editlah header itu untuk penuh seperti saya dengan saiz 1000px X 304px.  Jika tidak kita tidak akan mendapat blog header yang penuh seperti saya.  Jadi jika ingin mencuba, tekanlah di sini.  Selamat Mencuba dengan info yang saya berikan ini...Jika ada info lain yang ok saya akan share lagi...Daaaa...

Doa Pembuka apa yang tertutup dari DarulSyifa.

December 6, 2010

Salam Maal Hijrah 1432H

Assalammualaikum...
Menjelang Maghrib nanti kita akan menyambut tahun baru 1432H.  Bertambah setahun lagi..makin lama, masa semakin cepat berlalu.  Mungkin ada yang mengeluh masih ada yang tidak tercapai...Allah masih memberikan kita waktu...Semoga rahmat Allah akan sentiasa mengiringi kehidupan kita dan kita perlu berusaha selagi terdaya dan tidak mudah berputus asa.  Sememangnya kita mengharap yang lebih baik bagi tahun baru ini...Sekali kecundang, bangunlah untuk berusaha 1000  kalinya.  itulah juga untuk diri saya....Sememangnya harapan lebih lagi untuk tahun akan datang....Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432H semua....

December 5, 2010

Ohhh Blogger Aktif...

Assalammualaikum....
Hari ini saya menukar lagi wajah blog kesayangan ini..maklumlah tak pernah puas hati dengan wajah yang ada dan ingin tampil dengan wajah lain.  Menjadi juga wajah baru blog ini walaupun bukanlah 100% seperti yang diharapkan.  Tetapi kemusykilan yang bersarang sudah lama, Blogger Aktif saya sudah hilang.  Adakah saya bukan ahli yang aktif yang tidak mengambil bahagian atau lain-lain.  Mula-mula hilang chat box, kemudian hari ini tidak tahulah apa yang dah jadi...Ada antara anda yang menjadi ahli Blogger Aktif boleh menjawab kemusykilan saya atau admin Blogger Aktif sendiri yang membaca post saya ini..Diharapkan saya bertemu jawapannya....dan tolong beri jawapan kepada saya...Terima kasih....

December 4, 2010

Barang naik harga lagi....

Assalammualaikum....

Kita sudah tahu petrol ron 95 naik 5 sen, begitu juga diesel.  Tetapi gula naik memang tidak munasabah. Harga gula dari RM 1.90 naik 20sen kepada RM 2.10.  Itupun jika ada penjual yang tidak menaikkan lagi menjadi lebih dari RM2.10.  Jika hendak mengelakkan kencing manis sekalipun, tidaklah sepatutnya dengan menaikkan harga.  Gula bagi golongan berpendapatan rendah adalah penting kerana minuman mereka semuanya gula samada teh o, kopi o atau nescafe o.  Jarang sekali minuman mereka, mereka minum dengan susu kerana harga susu yang mahal, satu tin pun sudah berapa ringgit dan hanya sedikit kuantitinya.  Fikir-fikirkanlah...