Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

December 16, 2010

Apakah nasib anak pada masa depan????

Assalammualaikum...
Kadang-kadang saya sangat takut dengan kehidupan hari ini.  Terlalu banyak yang terjadi dalam gejala sosial.  Sumbang mahram, buang anak, salah laku sosial dan lain-lain lagi..Ahhh takut sungguh dengan kemajuan dunia hari ini.  Saya sebagai ibu memandang isu ini sangat serius.  Sesuatu yang memang patut dibendung dan tidak boleh dengan sikap 'tak apa'.  bagi saya media massa dan elektronik patutlah ditapis cerita sensasi kerana anak-anak akan membaca seperti yng terjadi kepad saya baru-baru ini yang mana kisah Ariel dan Cut Tari yang mengaku mengadakan hubungan sebanyak 3 kali.  Apabila anak lelaki saya berumur 9 tahun membaca, saya merah padam muka.  Biarlah orang kata saya  tertutup dan tidak berfikiran terbuka, memang saya tertutup dalam hal seperti itu.  Tambahan anak-anak yang terdedah dengan internet dan melihat Youtube untuk melihat kartun ada juga bahagian yang tidak sepatutnya ada.  kepada yang bertanggungjawab, tolonglah tapis dan buang yang tidak boleh dilihat dari tersiar terus.  kepada pihak yang mengupload gambar atau video yang tidak sepoatutnya tolonglah berhenti dari melakukan kerana anda tidak mendapat pahala tetapi dosa.  Mungkin hari ini bukan ahli keluarga yang terlibat tetapi seandainya masa akan datang ada ahli keluarga yang terlibat, apakah reaksi anda???Tolonglah guna kemudahan dan kecanggihan alat telekomunikasi dan internet dengan bijak kerana Islam tidak menghalang kepada kemodenan dan kecanggihan tetapi jangan disalahgunakan.  Tidak semua ibu-bapa mampu mengendalikan anak mereka apabila menggunakan internet.  tetapi langkah berjaga-jaga adalah perlu.  Kepada semua pihak, tolonglah bertindak segera.  Tidak ada gunanya malaysia maju andai rakyatnya sudah tiada nilai maruahnya.  Perkara ini amatlah serius dan tidak boleh dianggap remeh.  Tingginya nilai negara terletak kepada tingginya maruah rakyatnya. 

2 comments:

  1. Dunia tanpa sempadan adalah pintu kepada manusia hilang akal dan pertimbangan. Bersedialah untuk berdepan yang lebih buruk selepas ini apabila budaya dunia tanpa sempadan mulai menguasai diri generasi muda. Ia akan berlarutan dan sudah tentu tidak boleh dikekang kecuali dengan pagar iman yang kuat

    ReplyDelete