Assalammualaikum....
Hari ini saya ingin bercerita tentang cinta...lewat-lewat ini hebat diperkatakan cinta gadis Malaysia kepada lelaki luar terutama Lombok. Ada yang dibawa lari dan terpaksa dicari balik oleh ibu bapa. Ada yang hidup menderita mencari balik keluarga atau meminta tolong keluarga membawa mereka pulang ke Malaysia. Apa sudah jadi???Adakah agongnya cinta lelaki luar terhadap mereka atau lelaki tempatan sudah tidak sesuai dengan jiwa mereka yang inginkan kelainan dalam cinta???
Sebenarnya apabila dalam percintaan, realitinya sudah hilang. Segalanya hidup dalam khayalan belaka. Yang pahit menjadi manis dan yang buruk menjadi cantik belaka. Tetapi apabila sudah berkahwin, tiada bezanya cinta lelaki luar samada Lombok, Bangladesh, Pakistan, Amerika, London, Mesir atau apa sahaja. Semuanya sama sahaja cuma wajah atau keturunan sahaja yang berbeza. Sedangkan berkahwin dengan orang Malaysia pun ada masalah jugak inikan pula berlainan budaya apatah lagi agama. Memanglah sewaktu bercinta lembut gigi dari lidah...segalanya senang diucap dan bermadah helah...Realiti setelah berkahwin lain jadinya, nasib baik tidak ada yang disepak atau terajang atau didera..(jika ada lagi teruk). Disaat susah itulah baru akan terkenang kepada keluarga....Dan disaat itu penyesalan menyelinap dalam diri kerana tidak mendengar kata keluarga. Tetapi sudah terlambat....Jika masih boleh pulang ke pangkuan keluarga tidak mengapa tetapi yang tidak boleh yang dibawa pulang dan disorok, hanya doalah akan menjadi senjata.
Oleh itu, saya bukan untuk mengata kepada mereka tetapi peringatan kepada saya dan keluarga juga, kita tidak tahu nasib yang mendatang. Tetapi disaat kita tidak boleh berfikir secara realiti, kita perlu mendengar nasihat mereka yang berada dialam realiti yang boleh melihat segalanya...Yang penting dengar kata orang tua kerana restu keluarga terutama ibu bapa adalah segalanya. Dalam hidup ini bukan untuk berkahwin sahaja perlukan restu mereka tetapi segalanya. Janganlah keluarga terutama ibu bapa dibelakangkan hanya kerana cinta lelaki yang kita kenal baru sehari dua sedangkan keluarga kita selamanya berada dengan kita....Cinta diwaktu itu hanyalah fantasi...Diharapkan selepas hari ini tiada lagi berita yang banyak dikhabarkan tentang gadis Malaysia yang terpedaya.....Cinta oh cinta......
itu yang kadang-kadang orang lelaki Malaysia kecik ati tu..daripada kahwin Lombok baik jadi no 2 ke no 3 ke atau no 4 ke kat malaysia. Kalau berlaku apa-apa pun tak lah ditinggalkan. dekat dengan kampung halaman atau sanak-saudara..ehhh.ehhh..salah ke komen saya ni
ReplyDeleteha..ha...betul..tak salah...tapi mungkin ayat madah lelaki luar tu lebih menjadi kot....ha...ha....
ReplyDelete