Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

December 4, 2010

Barang naik harga lagi....

Assalammualaikum....

Kita sudah tahu petrol ron 95 naik 5 sen, begitu juga diesel.  Tetapi gula naik memang tidak munasabah. Harga gula dari RM 1.90 naik 20sen kepada RM 2.10.  Itupun jika ada penjual yang tidak menaikkan lagi menjadi lebih dari RM2.10.  Jika hendak mengelakkan kencing manis sekalipun, tidaklah sepatutnya dengan menaikkan harga.  Gula bagi golongan berpendapatan rendah adalah penting kerana minuman mereka semuanya gula samada teh o, kopi o atau nescafe o.  Jarang sekali minuman mereka, mereka minum dengan susu kerana harga susu yang mahal, satu tin pun sudah berapa ringgit dan hanya sedikit kuantitinya.  Fikir-fikirkanlah...

2 comments:

  1. betul tu maz. kenapalah susah mereka nak uruskan barangan untuk kegunaan rakyat. inilah akibatnya apabila rakyat membuta tuli beri sokongan untuk mereka memerintah. mereka leka dan tidak peduli pada keperluan rakyat. mereka hanya memandang ke depan dan ke atas, tidak di belakang dan di bawah.

    ReplyDelete
  2. Betul tu, kasihan kpd orang kampung atau orang yang susah...dahlah hampir kepada musim persekolahan. Pandang dan selamilah kehidupan mereka.....

    ReplyDelete