Tengku Muhammad Faris Petra lbni Sultan lsmail Petra
Sultan Muhammad ke-V | |
---|---|
Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad ke-V | |
Tempoh pemerintahan | 13 September 2010 – kini |
Didahului oleh | Sultan Ismail Petra |
Permaisuri | Tengku Zubaidah Binti Tengku Norudin |
Nama penuh | |
Tengku Muhammad Faris Petra lbni Sultan lsmail Petra | |
Bapa | Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra |
Ibu | Tengku Anis Binti Tengku Abdul Hamid |
Kelahiran | 6 Oktober 1969 |
Tengku Mahkota
Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Faris Petra telah ditahktakan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada Oktober 1985. Pada 24 Mei 2009, beliau kemudian dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan, setelah ayahanda baginda Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra mendapat rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth, SingapuraPendidikan dan Kerjaya
Baginda mendapat pendidikan awal di Kota Baharu, Kelantan dan di Kuala Lumpur dan seterusnya di Oakham School Rutland, England sehingga 1989 sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang Kajian Diplomatik di Kolej St. Cross dan Oxford Centre for Islamic Studies sehingga 1991.Baginda juga turut melibatkan diri dalam pelbagai pertubuhan kebajikan dan sukan dan juga aktif berperanan dalam organisasi berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraan. Baginda telah dilantik sebagai Komander 506 Askar Wataniah berpangkat Brigedier Jeneral (Kehormat)
Istana Kubang Kerian
Pada 2 Jun 2009, dilaporkan kontrak menyelia dan membekal peralatan istana Kelantan termasuk pemasangan lampu 'berjerabu' di istana di Kubang Kerian mencecah harga jutaan ringgit dan tidak munasabah. Tengku Mahkota Kelantan mengambil inisiatif sendiri untuk 'menyiasat' bagi mengambil maklum mengenai tuntutan RM39 juta dari 2006-2008 terhadap beberapa agensi kerajaan negeri. 3 pegawai kanan kerajaan negeri Kelantan telah digantung tugas bagi memudahkan siasatanSumber: Wikipidea
Raja yang adil seperti baginda wajib disayang dan dikasihi.
ReplyDeleteBaginda disukai dan disayangi rakyat jelata...membawa pembaharuan dlm pemerintahan...
ReplyDelete