Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

February 25, 2010

Antara anak dan kucing...

Semalam anak ketiga terpaksa dibawa ke hospital untuk menerima rawatan asma...untuk tahun ini sudah 2 kali dia menerima rawatan..ekzema dan asma itulah 2 penyakit yang dihidapinya...doktor mengatakan dia tidak boleh bermain dengan kucing kerana alahan pada bulu...nampaknya pilihan harus dibuat..mungkin kucing tidak lagi sesuai berada dirumah kami..ohh sungguh sedih  kerana sekarang anak-anak kucing 3 ekor semuanya sedang galak bermain....sedih sungguh sedih...

February 17, 2010



Teman lama...

hari ini apabila melihat fb dan gambar lama masa sekolah teringat kepada zaman itu...rasa rindu pada waktu dahulu...pada waktu itu terasa ingin sangat meninggalkan alam persekolahan tetapi pada waktu ini memang diakui ingin kembali semula kepada alam persekolahan...dengan bebanan tugas dan macam-macam..jika alam persekolahan dirasakan teramat tension..tension lagi waktu sekarang..tetapi masa tidak dapat diundur semula...yang berlalu tetap tinggal kenangan...masa akan datang harus ditempuhi dengan apa jua keadaan sekalipun...ahhh indahnya alam persekolahan...

February 4, 2010

Teman lama...

ramai juga dapat dikumpulkan teman-teman lama yang dah 18 tahun tidak bertemu...ada gathering yg akan dibuat pada CNY ini....tidak dapat utk turut serta...walau apapun gembira juga dapat bertanya khabar melalui internet..apabila dilihat rupa 18 tahun yg lalu dan sekarang memang banyak prubahan..maklumlah dah jadi bapak dan emak orang....terima kasih teman..keep in touch...

February 2, 2010

Mazana NS: Perubahan wajah lagi...

Assalammualaikum...nampaknya inilah wajah blog saya utk kali ini...mungkin saya berpuashati utk kali ini..lebih menampakkan kedewasaan...mungkin wajah ini akan kekal lama...semoga ia memberi inspirasi utk saya terus menulis didalam blog ini...