Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

April 10, 2011

Urbanisasi

Urbanisasi adalah proses perpindahan penduduk dari desa ke bandar.  Ia diambil dari perkataan urban atau bandar.  Malaysia tidak terlepas dari proses urbanisasi yang mana kewujudan industri dan bandar baru menggalakkan penduduk desa berpindah dari desa ke bandar untuk mencari kerja dan seterusnya menghidupkan dan mengembangkan proses perbandaran.  Sejak selepas merdeka sehingga sekarang, Malaysia telah menyaksikan banyaknya pertumbuhan bandar-bandar baru dan kepesatan bandar-bandar lama serta proses migrasi penduduk yang menjadikan sesebuah tempat atau bandar itu menjadi semakin sesak dan berbeza dengan desa yang terus sepi kerana ramai anak muda yang berhijrah.  Negara membangun tidak lepas dari proses urbanisasi ini. 
Apakah impak kepada negara akibat proses urbanisasi ini?  Ianya merangkumi sudut positif dan negatif. 
Positif atau kebaikan.
1.  Wujudnya bandar baru dan peluang pekerjaan.
Apabila wujudnya bandar baru maka akan wujudlah ruang pekerjaan terutama belia yang berhijrah dari desa ke kota dan memajukan lagi kawasan pertumbuhan itu.
2.  Pelaburan
Apabila pesat sesebuah bandar, ramai yang akan mendirikan kilang atau industri dan ekonomi akan berkembang.
3.  Infranstruktur lengkap
Apabila keadaan manjadi pesat, kerajaan akan melengkapkan infranstruktur untuk penduduknya bagi kemudahan mereka.
4.  Berlaku pergantungan bandar dan desa.
Hasil-hasil desa akan dibawa ke kawasan bandar seperti makanan atau bahan mentah untuk penduduk kota.  Memberikan pulangan dan pendapatan kepada penduduk desa.
Negatif atau keburukan.
1.  Anak muda lebih ramai berhijrah ke kota.
Dengan segala kemudahan dan peluang pekerjaan baru yang wujud di kota, anak muda akan meninggalkan kampung halaman untuk bekerja di sana tambahan pula pekerjaan yang ada di desa seperti menjadi nelayan, petani, penoreh getah tidak ada "kelas" atau "kurang glamor".
2.  Terpaksa membawa tenaga kerja asing untuk bekerja di desa.
Akibat yang tinggal hanya orang tua, maka kerja-kerja kampung terpaksa pula di import tenaga buruh  asing seperti yang berlaku sekarang.
3.  Kesesakan di kota.
Kota akan menjadi sesak dengan tumpuan migrasi dan akan merebakkan kes-kes jenayah seperti rompakan dan lain-lain yang banyak berlaku.
4.  Bandar akan kekurangan bahan makanan.
Apabila pertumbuhan penduduk yang pesat, bahan makanan  akan berkurangan dengan wujudnya tanah-tanah terbiar di desa, serta tiadanya pekerja di desa yang mana semua hanya tertumpu di kota dan kerajaan akan mengimport lebih makanan dari luar yang belum tentu selamat seperti kisah telur tiruan sekarang.  Segalanya perlu segera seperti makanan segera yang menambahkan lagi kadar tidak sihat manusia seperti penyakit jantung atau kalori yang bertambah, obesiti, segala macam kanser dan lain-lain.  Itulah harga yang perlu dibayar akibat proses urbanisasi.  Ianya akan menjadi baik atau bermanfaat seandainya manusia mengawal kehidupan mereka dan keseimbangan antara desa dan bandar terjadi. 

Oleh itu, penulisan saya pada hari ini ingin mengajak semua pembaca  bersama kita berfikir untuk sebuah kesejahteraan hidup yang akan kita warisi kepada anak cucu kita.  Keadaan sekarang makin kelam kabut akibat tiada keseimbangan antara desa dan bandar.  Urbanisasi yang dikawal akan memberi manfaat untuk semua.  Agak-agaknya apa yang akan kita wariskan buat anak cucu kita???  Semuanya masih ada masa.....

.

No comments:

Post a Comment