April 14, 2011
Mantera untuk suami???? Sorry....
Jika kita menonton Mantera Anjasmoro TV3, kita akan lihat bagaimana perebutan dua orang isteri untuk mendapatkan seorang lelaki (suami). Sehingga berlaku bermacam peristiwa akibat berlawan mantera. Agak-agaknya ada ke yang buat macam tu di dunia sebenar? Untuk mereka yang singkat akal dan tidak ingat kepada kekuasaan Allah serta tidak menyedari tentang dosanya menyekutukan Allah yang terkandung dalam 7 dosa besar, akan berbuat demikian apatah lagi status sebagai isteri-isteri kepada suami. Hmmm, entahlah kadang-kadang sukar untuk diterjemah dalam bahasa kisah sebegini. Bagi saya, cukuplah dengan doa dan keihklasan untuk suami sayang kepada kita. Tidak perlu mantera, jampi, nasi kangkang, susuk atau sebagainya...Bukankah kasih sayang dan cinta tidak perlu kepada paksaan? Jika kita memaksa orang menyayangi kita tanpa kerelaan hatinya bermakna kita mendapat kasih sayang palsu. Ianya lahir bukan dari hati yang tulus ikhlas. Kasih sayang atau cinta sebegini tidak akan kekal lama. Pasti lambat laun ianya akan hilang. Biarlah segalanya secara ikhlas tanpa paksaan dan bertambah buruk dengan mantera atau sihir. Tidak kisah kedudukan isteri sama ada seorang isteri atau isteri keempat. Segalanya dari Allah, untuk Allah dan kerana Allah dan kembali kepada Allah. Hidup bukanlah lama sangat dan kita hanya menjalankan tugas yang diamanahkan. Berebut suami juga tidak guna.....andainya sudah tiada jodoh, pasti akan berpisah....Allah Maha Mengetahui....Bukan itu yang dipinta tetapi seandainya berlaku, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita....Pasrah dan redha sahaja dengan ketentuanNya.....Ikhlas dalam segalanya adalah kunci untuk segalanya.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment