April 12, 2011
Cinta tidak semestinya bersatu....
Hmm, lain macam tajuk kali ini...Senyap dua tiga hari muncul dengan entri tajuk jiwang..sabor jelah...Bukan apa, dalam hidup ini jangan kata perasaan itu tidak pernah terdetik dalam hati..saya, awak, mereka sudah, pernah, sedang dan akan melalui. Tipulah kata tidak pernah merasai perasaan ini. Tidak kira sama ada cinta terhadap apa pun kerana cinta itu universal maksudnya tetapi yang selalunya membuatkan manusia merana adalah cinta dari hati untuk seseorang...betul??? Setiap manusia mempunyai rasa ingin cinta dan dicintai, sayang disayangi...Ada yang bercinta yang membawa ke jinjang pelamin dan ada cinta yang putus di tengah jalan....Ada yang bangun dan cuba mencari cinta baru dan ada yang tidak ingin bercinta lagi..serik....Konsep Cinta yang abadi dan hakiki hanyalah untuk Allah. DariNya timbul perasaan cinta untuk manusia yang akan berpasangan seperti Nabi Adam dan Hawa...Sebenarnya mengapakah Allah tidak menjodohkan kita dengan kekasih kita??? Ramai yang mengalami perasaan putus cinta, merana, kecewa dan kadang-kadang menyalahkan takdir...Kita perlu ingat, Allah memberi yang terbaik untuk kita dan Dia memberi apa yang kita perlukan dan bukan apa yang kita mahukan. Mungkin pada permulaannya, kita tidak dapat menerima hakikat tetapi lama kelamaan dengan pengalaman kita akan sedar bahawa apa yang Allah tunjukkan adalah terbaik untuk kita. Allah lebih Mengetahui. Kita manusia akan kelabu mata dan tidak mampu untuk memandang secara realiti apabila bercinta kerana kita berada di awang-awangan dan tidak mampu berfikir secara normal. Percayalah jika kita sudah berkahwin dengan insan lain, secara perlahan kita akan nampak kebenarannya. Setiap yang Allah berikan untuk kita adalah yang terbaik dan terindah...tidak perlu mengeluh akibat cinta yang tidak kesampaian...Ingatlah, cinta tidak semestinya bersatu kerana dia bukan untukmu......
Labels:
Cinta
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment