Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

April 5, 2011

Apalah nak jadi????

Semakin hari, semakin kalut dan khabarnya hari ini sudah menjadi tontonan ramai dalam Youtube.   Maaflah seandainya entri ini agak panas.  Apa sebenarnya yang ada dalam pemikiran dan fikiran orang Melayu???  Berbanggakah kita dengan isu-isu 'longkang" macam ini???  Berpuashatikah kita kerana perkara yang memalukan menjadi agenda di Parlimen???  Adakah isu rakyat sudah tidak mendapat tempat atau kisah memajukan ekonomi atau memajukan negara sudah basi dek kisah sebegini???  Maaf, saya cukup tidak berpuas hati dan sudah jemu.....Tidak cukup dengan kisah liwat, isu video pula yang dibangkitkan... Sudahlah..banyak lagi agenda lain yang penting yang perlu difikirkan.  Tolonglah hentikan semua ini.....Tolonglah berfikir perkara yang lebih mendatangkan manfaat bersama demi kemajuan bangsa.....mungkin ini hanya satu suara dari seorang penduduk Malaysia dan mungkin juga suara orang ramai......Hentikanlah semua ini...cukuplah....malulah pada diri sendiri dan orang lain...saya tidak berpihak kepada mana-mana kerana jika yang melakukan juga adalah bersalah dan yang merakam serta menyebarkannya adalah bersalah.  Jika ini satu fitnah juga adalah salah dan berdosa...Tolonglah....

2 comments:

  1. salam. amat memualkan. Perompak yang dapat ditangkap pun tidak boleh dibelasah, apatah lagi mengaibkan orang yang belum tentu salah benarnya. Allah Maha Kaya sehingga ada sanggup menghina sembahyang hajat orang lain. Tunggulah berita Allah turunkan. InsyaAllah

    ReplyDelete
  2. Waalaikummussalam..betul...entah apa nak jadi...letih dgn suasana begini...

    ReplyDelete