Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

April 24, 2011

Anuar Zain-Sedetik Lebih (ost Merong Mahawangsa)

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu...

EDRY ABDUL HALIM
KRU Publishing Sdn Bhd

April 21, 2011

Segalanya Ekspress....

Assalammualaikum....
Bagaimana  permulaan pagi kita hari ini?  Adakah kita sarapan dengan sarapan ekspress, minuman ekspress?  Bagaimana pula tengahari ini adakah hidangan ekspress juga pilihan kita?  Makan malam pula bagaimana?  Ekspress juga?  Dah malam malas nak beria-ia.....Itulah pendapat kita dalam mengejar kehidupan hari ini.  Dengan kesibukan bekerja tidak kira lelaki perempuan, bebanan tugas yang melambak dan balik ke rumah dengan tanggungjawab di rumah pula....Dalam keletihan dan kepenatan serta tanggungjawab, kita terpaksa memilih untuk makanan dan minuman ekspress.  Tetapi sebenarnya itulah yang mengundang banyak penyakit kepada kita.  Boleh sekali sekala tetapi bukan untuk dijadikan rutin.  Penyakit utama ialah penyakit malas....he..he...apabila kita sudah mempunyai pilihan, maka kita akan memilih perkara yang memudahkan kita....Semoga tabiat pemakanan dan minuman kita dapat diubah.  Kembali kepada asal dan yang berzat serta bersih..  Yang paling tidak diingini kahwin ekspress dan anak ekspress akibat perbuatan yang tidak sepatutnya.  Semoga ianya tidak berlaku dalam kehidupan kita..  Entahlah, sebenarnya mood untuk menulis makin malap...setakat inilah saja....Semoga kita mendapat yang terbaik tidak kira apapun yang kita lakukan....

April 17, 2011

Hafiz AF7- Awan Nano (Lirik & Audio)

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri
Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu
Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu
Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

April 14, 2011

Mantera untuk suami???? Sorry....

Jika kita menonton Mantera Anjasmoro TV3, kita akan lihat bagaimana perebutan dua orang isteri untuk mendapatkan seorang lelaki (suami).  Sehingga berlaku bermacam peristiwa akibat berlawan mantera.  Agak-agaknya ada ke yang buat macam tu di dunia sebenar?  Untuk mereka  yang singkat akal dan tidak ingat kepada kekuasaan Allah serta tidak menyedari tentang dosanya menyekutukan Allah yang terkandung dalam 7 dosa besar, akan berbuat demikian apatah lagi status sebagai isteri-isteri kepada suami.  Hmmm, entahlah kadang-kadang sukar untuk diterjemah dalam bahasa kisah sebegini.  Bagi saya, cukuplah dengan doa dan keihklasan untuk suami sayang kepada kita.  Tidak perlu mantera, jampi, nasi kangkang, susuk atau sebagainya...Bukankah kasih sayang dan cinta tidak perlu kepada paksaan?  Jika kita memaksa orang menyayangi kita tanpa kerelaan hatinya bermakna kita mendapat kasih sayang palsu.  Ianya lahir bukan dari hati yang tulus ikhlas.  Kasih sayang atau cinta sebegini tidak akan kekal lama.  Pasti lambat laun ianya  akan hilang.  Biarlah segalanya secara ikhlas tanpa paksaan dan bertambah buruk dengan mantera atau sihir.  Tidak kisah kedudukan isteri sama ada seorang isteri atau isteri keempat.  Segalanya dari Allah, untuk Allah dan kerana Allah dan kembali kepada Allah.  Hidup bukanlah lama sangat dan kita hanya menjalankan tugas yang diamanahkan.  Berebut suami juga tidak guna.....andainya sudah tiada jodoh, pasti akan berpisah....Allah Maha Mengetahui....Bukan itu yang dipinta tetapi seandainya berlaku, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita....Pasrah dan redha sahaja dengan ketentuanNya.....Ikhlas dalam segalanya adalah kunci untuk segalanya.....

April 12, 2011

Cinta tidak semestinya bersatu....

Hmm, lain macam tajuk kali ini...Senyap dua tiga hari muncul dengan entri tajuk jiwang..sabor jelah...Bukan apa, dalam hidup ini jangan kata perasaan itu tidak pernah terdetik dalam hati..saya, awak, mereka sudah, pernah, sedang dan akan melalui.  Tipulah kata tidak pernah merasai perasaan ini.  Tidak kira sama ada cinta terhadap apa pun kerana cinta itu universal maksudnya tetapi yang selalunya membuatkan manusia merana adalah cinta dari hati untuk seseorang...betul???  Setiap manusia mempunyai rasa ingin cinta dan dicintai, sayang disayangi...Ada yang bercinta yang membawa ke jinjang pelamin dan ada cinta yang putus di tengah jalan....Ada yang bangun dan cuba mencari cinta baru dan ada yang tidak ingin bercinta lagi..serik....Konsep Cinta  yang abadi dan hakiki hanyalah untuk Allah.  DariNya timbul perasaan cinta untuk manusia yang akan berpasangan seperti Nabi Adam dan Hawa...Sebenarnya mengapakah Allah tidak menjodohkan kita dengan kekasih kita???  Ramai yang mengalami perasaan putus cinta, merana, kecewa dan kadang-kadang menyalahkan takdir...Kita perlu ingat, Allah memberi yang terbaik untuk kita dan Dia memberi apa yang kita perlukan dan bukan apa yang kita mahukan.  Mungkin pada permulaannya, kita tidak dapat menerima hakikat tetapi lama kelamaan dengan pengalaman kita akan sedar bahawa apa yang Allah tunjukkan adalah terbaik untuk kita.  Allah lebih Mengetahui.  Kita manusia akan kelabu mata dan tidak mampu untuk memandang secara realiti apabila bercinta kerana kita berada di awang-awangan dan tidak mampu berfikir secara normal. Percayalah jika kita sudah berkahwin dengan insan lain, secara perlahan kita akan nampak kebenarannya.    Setiap yang Allah berikan untuk kita adalah yang terbaik dan terindah...tidak perlu mengeluh akibat cinta yang tidak kesampaian...Ingatlah, cinta tidak semestinya bersatu kerana dia bukan untukmu......

Fiq-Tragis (Lirik & Audio)

Dalam pilu
Dalam sendu
Dalam sayu nasibmu
Di tangismu kau mengaju
Mana milikmu dan duniamu
Serentak waktu ranap kotamu
Rebah keluargamu
Dan hanya peluru menjawab
Seluruh pertanyaanmu

Chorus
Airmataku mencurah laju
Melihat tubuhmu terkulai layu
Berserak darahmu noktah hidupmu
Tragis begitu ku juga merasa kesengsaraanmu
Dalam pilu
Dalam sendu
Dalam sayu nasibmu
Serentak waktu ranap kotamu
Rebah keluarga mu
Ulang Chorus
Menggeletar aku melihat tubuhmu
Terkulai layu
Berserak darahmu noktah hidupmu
Tragis begitu ku juga merasa
Doaku akan menyusur buatmu saudaraku
Damailah di tamanmu
Di tempat yang nyata
Di alam sebenar
Ulang Chorus
Menggeletar aku melihat tubuhmu
Terkulai layu
Berserak darahmu noktah hidupmu
Tragis begitu ku juga merasa kesengsaraanmu

April 10, 2011

Urbanisasi

Urbanisasi adalah proses perpindahan penduduk dari desa ke bandar.  Ia diambil dari perkataan urban atau bandar.  Malaysia tidak terlepas dari proses urbanisasi yang mana kewujudan industri dan bandar baru menggalakkan penduduk desa berpindah dari desa ke bandar untuk mencari kerja dan seterusnya menghidupkan dan mengembangkan proses perbandaran.  Sejak selepas merdeka sehingga sekarang, Malaysia telah menyaksikan banyaknya pertumbuhan bandar-bandar baru dan kepesatan bandar-bandar lama serta proses migrasi penduduk yang menjadikan sesebuah tempat atau bandar itu menjadi semakin sesak dan berbeza dengan desa yang terus sepi kerana ramai anak muda yang berhijrah.  Negara membangun tidak lepas dari proses urbanisasi ini. 
Apakah impak kepada negara akibat proses urbanisasi ini?  Ianya merangkumi sudut positif dan negatif. 
Positif atau kebaikan.
1.  Wujudnya bandar baru dan peluang pekerjaan.
Apabila wujudnya bandar baru maka akan wujudlah ruang pekerjaan terutama belia yang berhijrah dari desa ke kota dan memajukan lagi kawasan pertumbuhan itu.
2.  Pelaburan
Apabila pesat sesebuah bandar, ramai yang akan mendirikan kilang atau industri dan ekonomi akan berkembang.
3.  Infranstruktur lengkap
Apabila keadaan manjadi pesat, kerajaan akan melengkapkan infranstruktur untuk penduduknya bagi kemudahan mereka.
4.  Berlaku pergantungan bandar dan desa.
Hasil-hasil desa akan dibawa ke kawasan bandar seperti makanan atau bahan mentah untuk penduduk kota.  Memberikan pulangan dan pendapatan kepada penduduk desa.
Negatif atau keburukan.
1.  Anak muda lebih ramai berhijrah ke kota.
Dengan segala kemudahan dan peluang pekerjaan baru yang wujud di kota, anak muda akan meninggalkan kampung halaman untuk bekerja di sana tambahan pula pekerjaan yang ada di desa seperti menjadi nelayan, petani, penoreh getah tidak ada "kelas" atau "kurang glamor".
2.  Terpaksa membawa tenaga kerja asing untuk bekerja di desa.
Akibat yang tinggal hanya orang tua, maka kerja-kerja kampung terpaksa pula di import tenaga buruh  asing seperti yang berlaku sekarang.
3.  Kesesakan di kota.
Kota akan menjadi sesak dengan tumpuan migrasi dan akan merebakkan kes-kes jenayah seperti rompakan dan lain-lain yang banyak berlaku.
4.  Bandar akan kekurangan bahan makanan.
Apabila pertumbuhan penduduk yang pesat, bahan makanan  akan berkurangan dengan wujudnya tanah-tanah terbiar di desa, serta tiadanya pekerja di desa yang mana semua hanya tertumpu di kota dan kerajaan akan mengimport lebih makanan dari luar yang belum tentu selamat seperti kisah telur tiruan sekarang.  Segalanya perlu segera seperti makanan segera yang menambahkan lagi kadar tidak sihat manusia seperti penyakit jantung atau kalori yang bertambah, obesiti, segala macam kanser dan lain-lain.  Itulah harga yang perlu dibayar akibat proses urbanisasi.  Ianya akan menjadi baik atau bermanfaat seandainya manusia mengawal kehidupan mereka dan keseimbangan antara desa dan bandar terjadi. 

Oleh itu, penulisan saya pada hari ini ingin mengajak semua pembaca  bersama kita berfikir untuk sebuah kesejahteraan hidup yang akan kita warisi kepada anak cucu kita.  Keadaan sekarang makin kelam kabut akibat tiada keseimbangan antara desa dan bandar.  Urbanisasi yang dikawal akan memberi manfaat untuk semua.  Agak-agaknya apa yang akan kita wariskan buat anak cucu kita???  Semuanya masih ada masa.....

.

April 7, 2011

Terima Kasih ye.....

Puaslah kepala berfikir untuk entri hari ini apa yang nak ditulis....Semenjak dua menjak ini, idea banyak tetapi kaku apabila ingin ditulis....Walau apapun, terima kasih banyak kepada yang sudi menjenguk ke blog ini.  Bila tengok traffic ada yang dari Malaysia-sudah tentulah wehh.., Brunei, Singapore, Indonesia, India, Jepun, France, US...Terima kasihlah banyak.  Ada juga yang menjadi silent reader.......Tetapi berbesar hatilah yang dah otai dalam blogger sanggup menjenguk menjadi silent reader pun tidak mengapa..terasa satu penghargaan apabila sudi singgah.    Siapakah dia???  Hanya yang berkenaan yang tahu...Tajuk yang agak popular dari segi ilmiah ialah Teori Putaran Ganas Kemiskinan....Sebenarnya yang saya tulis tidaklah lengkap tetapi atas pemahaman saya yang pernah belajar...mesti ada kekurangan.  Penulis yang lebih arif ialah Shamsulbariah Ku Ahmad...bacalah penulisan beliau yang lebih mendalam...Terasa sekarang penulisan atau entri saya agak hambar, sama macam tuan dia yang asyik tiada mood dan banyak sangat perkara yang perlu diselesaikan dan kadang-kadang 2 hari baru sempat menjenguk blog kesayangan ini.  Kepada kenalan dalam Shoutmix dan yang meninggalkan jejak di Shoutmix, Terima Kasih dan seandainya saya tidak menjenguk hari ini, saya akan menjenguk bila ada kelapangan.  Sekarang saya agak kurang blogwalking....Tetapi saya pasti akan singgah dan melawat  nanti...Maaflah banyak..Dunia kita sekeliling pun dah banyak sangat kekalutan, kadang-kadang berfikir, bilalah diaorang nak selesai benda remeh macam ni...letihlah macam ni...Kisah yang menggemparkan tentang Kastam Diraja Malaysia....Tak berkat weehhhh buat macam  tu....tidak didunia di akhirat nanti akan dibalas.  Bolehkah bersenang lenang dengan rasuah macam tu..biar pun banyak wang tetapi tidak halal tidak akan kemana....Kaya di  dunia bukan di akhirat....itulah terjadi apabila wang menjadi raja dan manusia menjadi hamba...Hmmm....cukuplah dulu setakat ini...Terima Kasih banyak ye untuk semua yang sudi menjenguk....Alexa pun dah banyak balik angkanya ..hu..hu....Page Rank tetap "telur" rasanya dah 4 bulan macam tu....Bilalah nak ada angka semula....Oklah, saya mengundur diri dulu...doakan saya ada idea bernas untuk terus menulis...Semoga hari ini lebih baik dari semalam..... Luv u all...

April 5, 2011

Apalah nak jadi????

Semakin hari, semakin kalut dan khabarnya hari ini sudah menjadi tontonan ramai dalam Youtube.   Maaflah seandainya entri ini agak panas.  Apa sebenarnya yang ada dalam pemikiran dan fikiran orang Melayu???  Berbanggakah kita dengan isu-isu 'longkang" macam ini???  Berpuashatikah kita kerana perkara yang memalukan menjadi agenda di Parlimen???  Adakah isu rakyat sudah tidak mendapat tempat atau kisah memajukan ekonomi atau memajukan negara sudah basi dek kisah sebegini???  Maaf, saya cukup tidak berpuas hati dan sudah jemu.....Tidak cukup dengan kisah liwat, isu video pula yang dibangkitkan... Sudahlah..banyak lagi agenda lain yang penting yang perlu difikirkan.  Tolonglah hentikan semua ini.....Tolonglah berfikir perkara yang lebih mendatangkan manfaat bersama demi kemajuan bangsa.....mungkin ini hanya satu suara dari seorang penduduk Malaysia dan mungkin juga suara orang ramai......Hentikanlah semua ini...cukuplah....malulah pada diri sendiri dan orang lain...saya tidak berpihak kepada mana-mana kerana jika yang melakukan juga adalah bersalah dan yang merakam serta menyebarkannya adalah bersalah.  Jika ini satu fitnah juga adalah salah dan berdosa...Tolonglah....