Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

April 29, 2013

Bebas dari kempen kotor.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Tinggal beberapa hari lagi PRU 13 akan berlangsung.  Sekarang semua sedang sibuk berkempen.  Calon-calon yang tidak pernah nampak muka pun selama ini 24 jam ada di kampung kita.  Sanggup turun sawah atau masuk kebun getah jumpa masyarakat.  Itu fenomena biasa.  Selain itu, ada juga adik beradik tidak bertegur sapa dek kerana menyokong parti yang berlainan.  Kawan menjadi musuh dan yang paling tak tahan untuk dilihat, suami isteri berbalah hanya kerana parti politik yang berlainan.  Kadang-kadang ada yang sanggup bercerai.   Itulah jika perasaan menguasai fikiran terbalik jadinya.
Bendera dan replika menarik turut di bina untuk menyemarakkan lagi PRU 13 ini.  macam-macam ada.  Kadang-kadang bendera digantung begitu rendah, apabila lori lalu habis bendera duduk dalam lori...terang tempat bendera digantung, esok kena gantung semula.
Pos-Pos parti pun menarik juga sehingga ada yang subuh baru balik ke rumah.  Kadang-kadang waktu pilihanraya inilah, suami dapat lesen balik lewat pagi atau subuh dengan alasan menjaga pos atau tolong berkempen padahal "berkempen"(berkepit) di tempat lain...faham-faham sendiri sudahlah.  Jangan kata tak ada, mesti ada kalau tidak banyak pun seorang dua mesti ada.  
Dalam keghairahan berkempen atau menjelang pilihanraya, tidak sedap mata dan telinga mendengar tentang cerita lucah.  Sudahlah, semua sudah dewasa dan bukan kanak-kanak lagi.  Paling mengaibkan video  menjadi tontonan ramai.  Sudah cukup sudah, cukup sampai disini saja... meloya, muak, mual dan nak muntah dengan isu seperti ini. Berkempen secara sihat dan jangan jatuhkan aib orang lain.  Jika terlalu terdesak hendak menang, solat hajat  lebih afdal.  Bersihkan jiwa dan perasaan.  Janji biar kena pada tempatnya dan bukan sehingga sanggup memetik bintang.  Sudah sudahlah dengan cerita kotor atau video lucah.  Biar PRU 13 ini berjalan dengan bersih tanpa cerita basi atau seksi...Malulah sikit.  Sendiri mau pikirlah...Jika menonton wayang atau TV pun ada 18 SX atau U atau PG, apabila dalam kes video nak guna apa...sudah tiada 18 SX yang ada hanya SX saja..tidak bertapis dan dipotong.  Saya merayu hentikanlah semua ini...
Saya masih lagi berfikir siapa saya hendak undi maklumlah pertama kali.  Tunggu dan lihat sajalah 5 Mei 2013 In Shaa Allah.


April 25, 2013

Oh My English!

Assalammualaikum and Salam Sejahtera.
Well, this is not about Oh My English at Astro 611, but about learning english and try to improve our english skills.  I'm not talking about people outside there but about my own experience.  Yes, I believe that my english is not good.  But to encourage my children to practise  in english,  it's start from me.  Kids nowaday not like we when we were same age like them.  Too many different things that made more gap  between us and our children. But if we live in city it is not  difficult.
Always the errors are like present tense, past tense, verbs and anything else.  So 'Practise make Perfect'.  Learn and learning...but not to give up.  I'll try to communicate in english with my children and it is  not easy.  But i'll try.  
People always make mistakes and process of learning not only  stop when we finish our school or graduate.  It can be in different ways and things.  So let's us improve our english.

April 24, 2013

Failure is a key to success

Assalammualaikum and Salam Sejahtera.
Writing entry in english is one of my dream.  When someone said it is not difficult, but for me yes it is.  Writing in simple english for everyone to understand.  Readers will laugh at me?  Like the title Failure is a key to  Success.  Maybe today  i'm not very good, but someday it will be.  
Writing blog not just a piece of paper or for glamour.  It is more than that.  It will take readers behind any entry that blogger wrote.  Sometimes it will make readers close to blogger, although only in "alam maya".  
Well, not to write long entry,  just an introduction for further step in blogging world.  Someday it will more than just a typical blogger.

April 21, 2013

Senarai Calon PRU 13 P126 Jelebu dan DUN.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Kelmarin telah berlangsungnya proses penamaan calon bagi PRU 13 seluruh Malaysia.  Nampaknya banyak juga calon Bebas yang bertanding dan ada yang bertanding sehingga 7 penjuru.  Bermacam senario yang mewarnai proses penamaan calon kelmarin.
Saya akan menfokuskan kepada P126 Parlimen Jelebu dan DUN kawasan Jelebu.  Kelmarin juga dilihat Datuk Seri Utama Rais Yatim (DASURY) dan isteri turun padang untuk memberi sokongan kepada calon BN yang bertanding.  Tak mengapalah tidak ada rezeki untuk PRU kali ini untuk bertanding asalkan semangat tetap ada.
Kenapa saya fokus di Jelebu.  Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri.  Walaupun saya telah bertukar alamat mengundi tetapi Jelebu tetap dihati.  

P126-PARLIMEN JELEBU
BN    -Encik Zainudddin Ismail
PAS  -Aiman Athirah Al-Jundi

N01-CHENNAH-ini sebenarnya kawasan saya.
BN   -Siow Foo Wen
DAP- Loke Siew Fook

N02-PERTANG
BN   - Datuk Jalaluddin Alias
PKR -Muhammad Syamwill Mertadza-ini saudara saya.  Tahun 2003 abang iparnya Shahril Zakaria bertanding-sepupu saya.

N03-SUNGAI LUI
BN  -Mohd Razi Mohd Ali
PAS- Nor Arif Selamat

N04-KLAWANG
BN  -Datuk Yunuis Rahmat
PAS- DR Rosli Yaakop
Oleh itu sama-samalah kita menunggu 5 Mei 2013 untuk melihat siapa yang akan memenangi PRU 13 nanti.

April 17, 2013

PRU 13: Rais Yatim digugurkan di Jelebu

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Kelmarin telah diumumkan sepenuhnya calon-calon BN yang bakal bertanding pada PRU 13 pada 5 Mei 2013.  Semua mata tertumpu pada calon-calon yang diumumkan dan kebanyakan berita menyiarkan secara penuh senarai calon BN yang bertanding.  Ada yang mengundurkan diri dan memberi laluan kepada muka baru, ada yang digugurkan dan antara muka lama yang digugurkan ialah Dato'Seri Utama Rais Yatim (DASURY).  Beliau digantikan dengan En Zainuddin Ismail.
Sudah semestinya saya memberi tumpuan kepada Parlimen Jelebu.  Rasanya DASURY begitu lama memegang kawasan ini.  Beliau bertanding dengan kerusi BN, kemudian Semangat 46, kemudian BN semula.  Jika tidak silap Parlimen Jelebu akan menemukan satu lawan satu iaitu BN vs PAS. 
Siapa akan menang?  Itu terletak ditangan pengundi dan kita tunggu sajalah pada 5 Mei 2013.   Rasanya Jelebu adalah salah satu kubu kebal BN.  BN memenanginya begitu lama.  Sedih jugak ni sebab dah bertukar alamat.  Tetapi Jolobu totap dihati den.....mana tahu den tukar semulo alamat ngundi den... 

April 16, 2013

Nuffnang X

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Setelah hampir seminggu juga berhempas pulas untuk mendaftar Nuffnang X, akhirnya hari ini tercapai jua hasrat di hati.  Memang sebelum ini saya adalah ahli Nuffnang.  Jadi teringin pula untuk menjadi ahli Nuffnang X.  Lepas ini tak tahulah bagaimana keadaannya, tetapi ia boleh juga dilayari dengan dimasukkan dalam smartphone iaitu menggunakan Android.  Maaflah nak bercerita lebih takut salah.  Jadi, setelah seminggu saya berpuashati hari ini dapat mendaftar menjadi ahli Nuffnang X.  Terima kasih Nuffnang X.

April 11, 2013

Pilihanraya Umum ke-13 5 Mei 2013.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Ramai yang telah mengetahui SPR telah menetapkan 20 April 2013 adalah hari untuk penamaan calon dan 5 Mei 2013 adalah hari mengundi.... 5 Mei 2013  jatuh pada hari  Ahad.  Hmmm, bagi negeri selain Kelantan, Kedah dan Terengganu tersangatlah sesuai..tetapi bagaimana dengan 3 negeri ini?  Kedah mengumumkan untuk tidak  memberi cuti pada hari tersebut.  Bagaimana dengan Kelantan dan Terengganu?  Tempat membuang undi biasanya adalah sekolah.  Tunggu dan lihat sajalah bagaimana keadaannya nanti.  Hu..hu..hu janganlah ada masalah sebab teruja nak mengundi buat kali pertama.  Biar pun dah nak tua baru boleh mengundi.  Nak buat macamana..banyak sangat halangannya..

April 9, 2013

Pantai Cahaya Bulan sekarang

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua.
Kelmarin hajatnya nak update blog, namun hasrat tak kesampaian kerana menghadiri Program Motivasi dan Akujanji di sekolah anak.  Bukan setakat anak yang kena motivasi, ibu bapa pun kena jugak.  Yelah, untuk memantau anak dirumah pula.  
Pada hari jumaat dan sabtu lepas, kami sekeluarga telah berehat di PCB Beach Resort Kota Bharu.  Sebenarnya ada dua resort yang bersebelahan disana iaitu Perdana Resort dan PCB Beach Resort.  PCB Beach Resort betul-betul terletak bersebelahan Pantai Cahaya Bulan.  
Terkejut juga dengan keadaan pantai yang semakin baik sekarang.  Dahulu ianya rosak teruk akibat hakisan.  Menjelang petang ramai yang beriadah disini.  Ada yang memancing dan berehat di tepi pantai atau berkelah sambil membakar ayam.  Sila layan gambar ye...Sebenarnya Kelantan memang popular sebagai destinasi pelancongan negara.  Bukan nak promosi tetapi kenyataan.  Letak ketepi dahulu perbezaan politik dan nikmati budaya, tempat menarik dan   keunikan yang ada.  Rasanya dalam negara masih banyak lagi tempat  menarik yang  tidak dilawati.  
Tengok orang ramai di belakang sana.

Keadaan pantai sekarang.


Chalet yang disediakan.



Nun jauh disana betapa ramainya pengunjung.

Cari dimana saya...

Suasana di waktu malam



April 7, 2013

Bunga Matahari part 1

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ini dengan tamaknya dua entri dibuat.  Teruja dengan biji benih matahari yang disemai telah bercambah. Biji benih ini dibeli dengan nyonya yang menjual tanaman hiasan di Rope Walk Penang tiga minggu lepas.  Baru disemai 2 minggu.  Tetapi apabila tengok percambahan bunga matahari tu, tertanya-tanyalah pulak,jenis apa bunga ni?  Warna apa?  Itu yang membuat hati semakin tidak sabar untuk melihat proses seterusnya.  Nanti apabila ada masa saya akan update lagi mengenai bunga matahari ini.  Sila layan gambar yang dimuat naik disini.
Percambahan biji benih dalam masa 2 hari

9 biji benih semuanya

biji benih yang agak sempurna tumbesarannya dalam masa 2 minggu

ada satu anak benih yang patah.

ada masalah dengan tumbesaran biji benih dalam bekas ini


Yang biasa menjelang Pilihanraya.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Sekarang ini sedang panas dengan cerita PRU 13.  Bendera pun sudah banyak dipasang disana-sini.  Hobi saya dan suami pada waktu menjelang pilihanraya ialah melihat pos-pos parti yang ada dan melihat kreativiti sepanduk atau bendera yang dipasang.  Selalunya lewat juga tidur waktu itu.  Meriah jugak suasana 4 atau 5 tahun sekali.  Seronok pun ada.  Oleh itu, entri kali ini berkisar cerita biasa menjelang Pilihanraya.
Yang biasa:
1.  Sudah pasti bendera banyak dipasang.  Tidak biasa jika tiada bendera...mesti ada yang tak kena.
2.  Cerita ahli keluar parti masuk parti lain.  Tidak biasa jika cerita lompat parti tiada. Kadang-kadang beribu-ribu ahli keluar parti.
3.  Bendera atau sepanduk parti disabotaj.  Tidak biasa kalau bendera atau sepanduk berkeadaan molek.  Bukan semua tetapi setengah keadaan.
4.  Calon-calon bertanding pergi kesana-kesini.Istilah pancing undi.  Tidak biasa kalau calon boleh tidur lena dalam selimut waktu ini.  Yang tak tidur sepanjang tempoh pilihanraya pun ada.  Bermula dari Parlimen dibubar hingga hari mengundi...Betul tak?
5.  Kisah-kisah calon sekarang  pada zaman tok kaduk, muda-muda, masa budak sekolah atau PRU pertama pun ada dikeluarkan kembali.  Istilahnya cerita  basi.  Tak biasa kalau cerita sensasi atau kisah lampau tidak dibongkar kembali.
6.  Perbalahan penyokong antara parti yang bertanding.  Itu biasa mesti ada.  Tak biasa kalau penyokong tak berbalah atau bermasam muka.
7.  Jalanraya di tar, bantuan dihulur, mintaklah apa pun kemungkinan besar mesti dapat.  Jarang atau tak biasa tiada bantuan dihulur atau infrastruktur dibaik pulih.

Itulah serba sedikit berkenaan yang biasa menjelang pilihanraya.  Janganlah pula ada yang terasa.  Perkara yang benar saya tulis, bukan sengaja diadakan sepanjang pengamatan saya dalam proses pilihanraya.  Lain kali saya berkisah lagi tentang menjelang pilihanraya. 

April 3, 2013

Sambal Pauh(mempelam)

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Entri kali ini berkisar tentang resepi.  Bukanlah resepi yang berat tetapi teramatlah mudah.  Saya pun bukanlah pandai sangat memasak.  Untuk diri sendiri dan keluarga bolehlah..he..he...tak pasal jadi chef plak kang...
Musim panas..rasanaya dah 3 minggu tak hujan.  Pokok Pauh kesayangan yang ditanam 4 tahun dulu telah berbuah untuk kali kedua.  Kali ini lebih banyak dari buah pertama.  Apalagi, hantu asam makn coleklah dan kelmarin uat plak Sambal Pauh.  Resepi ini sebenarnya resepi oghe kelate..Bolehlah dibuat untuk menambahkan selera makan.  
Bahan-Bahan:
Lada api-dalam 10 biji.  sudah semestinya kalu tak bukan sambal namanya.
Ikan-dalam 3 ekor, direbus, tak kiralah ikan apa tapi kalu kat kelate ni ikan selayang
Pauh-Dalam 4 biji.  Kalu tak ada pauh jadi sambal ladalah jawabnya
Bawang merah-dalam 2 atau 3 biji, penambah rasa
Garam dan gula.-kalu kelate mesti pedas tapi manis...he..he..




Kesemuanya ditumbuk.  Tak payahlah lumat sangat.Apabila dah siap...tadaaaa tengok gambar dibawah.
Selamat Mencuba...