Tinggal beberapa hari lagi PRU 13 akan berlangsung. Sekarang semua sedang sibuk berkempen. Calon-calon yang tidak pernah nampak muka pun selama ini 24 jam ada di kampung kita. Sanggup turun sawah atau masuk kebun getah jumpa masyarakat. Itu fenomena biasa. Selain itu, ada juga adik beradik tidak bertegur sapa dek kerana menyokong parti yang berlainan. Kawan menjadi musuh dan yang paling tak tahan untuk dilihat, suami isteri berbalah hanya kerana parti politik yang berlainan. Kadang-kadang ada yang sanggup bercerai. Itulah jika perasaan menguasai fikiran terbalik jadinya.
Bendera dan replika menarik turut di bina untuk menyemarakkan lagi PRU 13 ini. macam-macam ada. Kadang-kadang bendera digantung begitu rendah, apabila lori lalu habis bendera duduk dalam lori...terang tempat bendera digantung, esok kena gantung semula.
Pos-Pos parti pun menarik juga sehingga ada yang subuh baru balik ke rumah. Kadang-kadang waktu pilihanraya inilah, suami dapat lesen balik lewat pagi atau subuh dengan alasan menjaga pos atau tolong berkempen padahal "berkempen"(berkepit) di tempat lain...faham-faham sendiri sudahlah. Jangan kata tak ada, mesti ada kalau tidak banyak pun seorang dua mesti ada.
Dalam keghairahan berkempen atau menjelang pilihanraya, tidak sedap mata dan telinga mendengar tentang cerita lucah. Sudahlah, semua sudah dewasa dan bukan kanak-kanak lagi. Paling mengaibkan video menjadi tontonan ramai. Sudah cukup sudah, cukup sampai disini saja... meloya, muak, mual dan nak muntah dengan isu seperti ini. Berkempen secara sihat dan jangan jatuhkan aib orang lain. Jika terlalu terdesak hendak menang, solat hajat lebih afdal. Bersihkan jiwa dan perasaan. Janji biar kena pada tempatnya dan bukan sehingga sanggup memetik bintang. Sudah sudahlah dengan cerita kotor atau video lucah. Biar PRU 13 ini berjalan dengan bersih tanpa cerita basi atau seksi...Malulah sikit. Sendiri mau pikirlah...Jika menonton wayang atau TV pun ada 18 SX atau U atau PG, apabila dalam kes video nak guna apa...sudah tiada 18 SX yang ada hanya SX saja..tidak bertapis dan dipotong. Saya merayu hentikanlah semua ini...
Saya masih lagi berfikir siapa saya hendak undi maklumlah pertama kali. Tunggu dan lihat sajalah 5 Mei 2013 In Shaa Allah.
No comments:
Post a Comment