Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

April 9, 2013

Pantai Cahaya Bulan sekarang

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua.
Kelmarin hajatnya nak update blog, namun hasrat tak kesampaian kerana menghadiri Program Motivasi dan Akujanji di sekolah anak.  Bukan setakat anak yang kena motivasi, ibu bapa pun kena jugak.  Yelah, untuk memantau anak dirumah pula.  
Pada hari jumaat dan sabtu lepas, kami sekeluarga telah berehat di PCB Beach Resort Kota Bharu.  Sebenarnya ada dua resort yang bersebelahan disana iaitu Perdana Resort dan PCB Beach Resort.  PCB Beach Resort betul-betul terletak bersebelahan Pantai Cahaya Bulan.  
Terkejut juga dengan keadaan pantai yang semakin baik sekarang.  Dahulu ianya rosak teruk akibat hakisan.  Menjelang petang ramai yang beriadah disini.  Ada yang memancing dan berehat di tepi pantai atau berkelah sambil membakar ayam.  Sila layan gambar ye...Sebenarnya Kelantan memang popular sebagai destinasi pelancongan negara.  Bukan nak promosi tetapi kenyataan.  Letak ketepi dahulu perbezaan politik dan nikmati budaya, tempat menarik dan   keunikan yang ada.  Rasanya dalam negara masih banyak lagi tempat  menarik yang  tidak dilawati.  
Tengok orang ramai di belakang sana.

Keadaan pantai sekarang.


Chalet yang disediakan.



Nun jauh disana betapa ramainya pengunjung.

Cari dimana saya...

Suasana di waktu malam



No comments:

Post a Comment