Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

April 3, 2013

Sambal Pauh(mempelam)

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Entri kali ini berkisar tentang resepi.  Bukanlah resepi yang berat tetapi teramatlah mudah.  Saya pun bukanlah pandai sangat memasak.  Untuk diri sendiri dan keluarga bolehlah..he..he...tak pasal jadi chef plak kang...
Musim panas..rasanaya dah 3 minggu tak hujan.  Pokok Pauh kesayangan yang ditanam 4 tahun dulu telah berbuah untuk kali kedua.  Kali ini lebih banyak dari buah pertama.  Apalagi, hantu asam makn coleklah dan kelmarin uat plak Sambal Pauh.  Resepi ini sebenarnya resepi oghe kelate..Bolehlah dibuat untuk menambahkan selera makan.  
Bahan-Bahan:
Lada api-dalam 10 biji.  sudah semestinya kalu tak bukan sambal namanya.
Ikan-dalam 3 ekor, direbus, tak kiralah ikan apa tapi kalu kat kelate ni ikan selayang
Pauh-Dalam 4 biji.  Kalu tak ada pauh jadi sambal ladalah jawabnya
Bawang merah-dalam 2 atau 3 biji, penambah rasa
Garam dan gula.-kalu kelate mesti pedas tapi manis...he..he..




Kesemuanya ditumbuk.  Tak payahlah lumat sangat.Apabila dah siap...tadaaaa tengok gambar dibawah.
Selamat Mencuba...

No comments:

Post a Comment