Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

November 30, 2016

Petua untuk rambut GUGUR dan KELEMUMUR.


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..
Pada minggu lepas, saya terbaca satu petua untuk rambut gugur dan berkelemumur dengan menggunakan garam...garam halus atau kasar? Unutk mudah larut garam halus..
Saya minta maaf banyak kerana saya tidak ingat insan yang berkongsi petua itu dan saya mohon dihalalkan perkongsian ini.
Cara-caranya:-
Sesudu garam dibancuh dengan air dalam setengah gayung...syampo rambut macam biasa, selepas dibilas gunakan air garam dan ratakan serta urut lembut kulit kepala dalam 10 minit kemudian bilas.
Boleh dibuat 2 kali seminggu dan rasakan hasilnya.
Saya berani berkongsi kerana petua ini serasi dengan saya... Perlu diingat, segalanya dengan izin Allah jua.
Bolehlah mencuba untuk sesiapa yang mempunyai masalah diatas.






November 28, 2016

Bunga Tahi Ayam.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Siapa yang tidak kenal Bunga Tahi Ayam..Bunganya indah tetapi namanya tidak berapa indah.
Baru-baru ini ada kajian yang mengatakan Bunga Tahi Ayam adalah salah satu pokok yang mampu mengawal nyamuk atau serangga. Mungkin disebabkan bau yang dikeluarkan oleh pokok tersebut.
Pokok ini mudah dibiakkan melalui benih. Warna yang tulen adalah kuning dan oren tetapi sekarang ia mempunyai banyak warna.
Jika ditanam secara banyak memang cantik tambahan ia pokok yang tidak banyak karenah.
Jika di cantas awal akan membuatkan pokok itu merendang dan berbunga cantik.
Walau apapun, kebersihanlah yang utama perlu dijaga untuk mengawal nyamuk. In shaa Allah..
ini adalah pokok yang saya tanam.
Saya masih lagi mencari pelbagai warna pokok ini untuk dibiakkan..
Semoga saya berjaya..