Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

July 22, 2017

Update Bunga Harum Sundal Malam.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..
Sudah lama tidak menjengah Blog kesayangan ini..
Hari ini ingin berkongsi  kegembiraan tenttang Pokok Harum Sundal Malam yang telah berbunga..
Saya telah membeli online dari rakan FB pokok ini dan sampai kepada saya pada 8 September 2015..
terus sahaja menanam dan biasalah baja pun on, off..
8 September 2015

Dari sepasu saya biakkan menjadi 3 pasu sekarang.
Bunga ini dilihat permulaannya dalam cerita Pontianak Harum Sundal Malam, lakonan Maya Karin..
Pulangkannnnn..pasti ramai yang masih ingat.
Melihat secara realiti di sebuah hotel di letak sebagai hiasan..
diletak di lobi hotel...macamana tak tertarik..
Syukur Alhamdullillah, pada awal bulan baru ini, terlihat kudupnya mula menjengah..Berbunga riang rasa hati...Ada bau wangi yang halus disekelilingnya..
Kudupnya mula muncul
Dan sehingga sekarang masih dalam proses lagi..rasanya dalam seminggu dua lagi baru akan kembang sepenuhnya..
Nanti saya akan share foto kembang sepernuhnya in shaa Allah..
Tidak sabar menunggu kembang sepenuhnya..

Ok, sekarang masih lagi aktif membeli benih dan set penjagaan untuk pokok tanaman atau hiasan..
Lain kali update lagi...
Semoga semua dalam lindungan Ilahi dan diberkati..