Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

November 27, 2013

Tahanan di London rupanya orang Jelebu.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Kisah perhambaan wanita Malaysia di London selama 30 tahun telah terbongkar beberapa hari lalu. Siasatan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.  Hari ini saya mendapat tahu wanita Malaysia berkenaan berasal dari Jelebu, Negeri Sembilan.  Wanita itu adalah orang yang bijak pandai.  Tetapi nasib tidak menyebelahinya. Hanya doa yang dikirim agar segalanya dipermudahkan Oleh Allah.  Sila baca disni untuk mengetahui  kisah selanjutnya.  

November 26, 2013

Budak zaman dahulu dan Budak zaman Sekarang.

Assalammualikum dan Salam Sejahtera.
Idea untuk menulis entri ini timbul apabila melihat tingkahlaku anak-anak pada musim cuti sekolah.  Yalah, jika sesi persekolahan, masa mereka sangat terhad dengan kita bersekolah pagi hingga petang.  Apabila tiba musim cuti sekolah, macam-macam ragam yang ada.  Teringat semasa zaman kanak-kanak.  
Budak zaman sekarang memang berbeza dengan zaman kita dahulu.  Iyalah budak zaman sekarang memang advanced dari kita orang tua.  Maklumlah budak zaman IT.  Kalu terlebih pulak dah macam ET jadinya...
Dari segi sikap menolong ibu bapa, budak zaman dahulu tahu untuk menolong ibu bapa tetapi budak zaman sekarang akan menolong ibu bapa setelah kering air liur.  Itupun dengan muka masam mencuka.  Susah untuk mendengar nasihat dan mata asyik melayan internet samada di handphone atau laptop atau pc...Kita yang menghadap komputer sebab kerja pun rasa nak termuntah.  Diaorang dengan khusyuk dan "tawadhuk" boleh melayan komputer dari celik saja mata hingga waktu nak tidur.  Itupun tidur bertemankan headset atau earphone sambil dipasang lagu-lagu kegemaran mereka.  Agak-agaknya jika ditukar lagu dengan nasyid "Selimut Putih" mahunya terkejut.  
Saya akui kita pun dulu nakal tetapi masih ada batasnya.  Tetapi teringat pula kata-kata seorang cikgu jika kita tidak benarkan mereka bermain komputer, mereka akan keluar rumah yang mana situasinya juga tidak berapa selamat.  Bermakna anak-anak kita sekarang dalam dilema.  Jika ingin bermain bebas seperti kita dahulu, mungkin situasi tidak berapa terjamin.  Jika kita biarkan duduk dalam rumah bahaya internet itu pula yang menanti.  Ibu bapa memang kena ada berpuluh mata untuk mengawasi perkara ini.  Cabaran kita sebagai ibu bapa zaman sekarang.
Ramai juga ibu bapa yang memilih untuk menghantar anak-anak menyertai kem musim cuti sekolah. Sekurang-kurangnya mereka mendapat sedikit ilmu dan motivasi.  Itulah sebabnya kem musim sekolah memang mendapat sambutan hangat dan menjadi salah satu bisnes yang menguntungkan.  
Bagi saya apa-apa pun memang mencabar untuk mendidik anak-anak zaman sekarang.  Kadang-kadang didikan memang telah kita rasakan sempurna tetapi apabila sampai diluar, mereka tidak berapa pandai mengawal diri.  Pengaruh rakan dan persekitaran luar pula menjadi  faktor penyebab.
Kembali kepada agama..pengisian rohani, jiwa itu bagi saya yang perlu diutamakan kerana mereka akan ingat Allah melihat apa yang mereka lakukan walau dimana mereka berada tanpa ibu bapa disisi.  Semoga anak-anak kita semua akan menjadi anak-anak yang Soleh dan Solehah...Apabila mereka menjadi anak yang Soleh dan Solehah, mereka akan tahu menjaga diri mereka walau dimana mereka berada kerana dalam Soleh dan Solehah itu merangkumi segalanya..Amiin..

November 4, 2013

Maal Hijrah 1435, 5 November 2013.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Esok umat Islam akan menyambut Maal Hijrah 1435 iaitu permulaan takwim Islam.  1 Muharram 1435Hijrah  bersamaan 5 November 2013.  Peristiwa yagn diambil bersempena penghijrahan Rasullullah S.A.W dari Mekah ke Madinah demi menyebarkan syiar Islam.  
Bagi umat Islam, hijrah ini bukan bermakna berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain tetapi lebih berbentuk penghijrahan diri dari kurang baik kepada lebih baik lagi.  Sperti yang tertera dalam lirik lagu dibawah, Hijrah itu mempunyai empat perkara iaitu pengorbanan, perjuangan, persaudaraan dan perpaduan.
Setiap sejarah itu mempunyai maksud dan pengajaran tersendiri.  bersamalah kita menghayatinya.  Ampun dan maaf saya pinta semoga tahun baru membawa sinar baru untuk kita semua.. In Sha Allah.  

Lirik lagu Maal Hijrah.
Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh

Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
Chorus
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
Chorus
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
Oleh itu mari semua

Kita sambut maal hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman


Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh

Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
ulang chorus



kredit to Liriklagu.

Piala Malaysia 2013 milik Pahang.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Semua sudah tahu Piala Malaysia 2013 milik Pahang.  Tahniah...Nampaknya Patin mencicah Budu...Jangan sedih dan pilu buat penyokong Kelantan..ianya sudah tertulis dan itulah bola...Kelantan sudah berusaha dengan sehabis baik dan rezeki tidak berpihak kepada Kelantan. In Sha Allah tahun depan kita cuba lagi. Tahniah Pahang...