Idea untuk menulis entri ini timbul apabila melihat tingkahlaku anak-anak pada musim cuti sekolah. Yalah, jika sesi persekolahan, masa mereka sangat terhad dengan kita bersekolah pagi hingga petang. Apabila tiba musim cuti sekolah, macam-macam ragam yang ada. Teringat semasa zaman kanak-kanak.
Budak zaman sekarang memang berbeza dengan zaman kita dahulu. Iyalah budak zaman sekarang memang advanced dari kita orang tua. Maklumlah budak zaman IT. Kalu terlebih pulak dah macam ET jadinya...
Dari segi sikap menolong ibu bapa, budak zaman dahulu tahu untuk menolong ibu bapa tetapi budak zaman sekarang akan menolong ibu bapa setelah kering air liur. Itupun dengan muka masam mencuka. Susah untuk mendengar nasihat dan mata asyik melayan internet samada di handphone atau laptop atau pc...Kita yang menghadap komputer sebab kerja pun rasa nak termuntah. Diaorang dengan khusyuk dan "tawadhuk" boleh melayan komputer dari celik saja mata hingga waktu nak tidur. Itupun tidur bertemankan headset atau earphone sambil dipasang lagu-lagu kegemaran mereka. Agak-agaknya jika ditukar lagu dengan nasyid "Selimut Putih" mahunya terkejut.
Saya akui kita pun dulu nakal tetapi masih ada batasnya. Tetapi teringat pula kata-kata seorang cikgu jika kita tidak benarkan mereka bermain komputer, mereka akan keluar rumah yang mana situasinya juga tidak berapa selamat. Bermakna anak-anak kita sekarang dalam dilema. Jika ingin bermain bebas seperti kita dahulu, mungkin situasi tidak berapa terjamin. Jika kita biarkan duduk dalam rumah bahaya internet itu pula yang menanti. Ibu bapa memang kena ada berpuluh mata untuk mengawasi perkara ini. Cabaran kita sebagai ibu bapa zaman sekarang.
Ramai juga ibu bapa yang memilih untuk menghantar anak-anak menyertai kem musim cuti sekolah. Sekurang-kurangnya mereka mendapat sedikit ilmu dan motivasi. Itulah sebabnya kem musim sekolah memang mendapat sambutan hangat dan menjadi salah satu bisnes yang menguntungkan.
Bagi saya apa-apa pun memang mencabar untuk mendidik anak-anak zaman sekarang. Kadang-kadang didikan memang telah kita rasakan sempurna tetapi apabila sampai diluar, mereka tidak berapa pandai mengawal diri. Pengaruh rakan dan persekitaran luar pula menjadi faktor penyebab.
Kembali kepada agama..pengisian rohani, jiwa itu bagi saya yang perlu diutamakan kerana mereka akan ingat Allah melihat apa yang mereka lakukan walau dimana mereka berada tanpa ibu bapa disisi. Semoga anak-anak kita semua akan menjadi anak-anak yang Soleh dan Solehah...Apabila mereka menjadi anak yang Soleh dan Solehah, mereka akan tahu menjaga diri mereka walau dimana mereka berada kerana dalam Soleh dan Solehah itu merangkumi segalanya..Amiin..
No comments:
Post a Comment