Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

June 2, 2015

Tudung Siti Murni

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..
Pejam celik, pejam celik sudah tinggal 14 hari In sha Allah, bulan Ramadhan akan bertamu.  Malam tadi Nisfu Syaaban..semoga kita semua dalam lindungan Ilah dan diberkati..amiin..
Sekarang saya semakin sibuk...Alhamdullillah pada 19 Mei 2015..bersamaan dengan angka 4 siri (4 series) bak kata orang putih...saya telah mula mengembangkan sayap bisnes saya dengan menjadi Usahawan Tudung Siti Murni (TSM)...Jika yang tidak berapa mengetahui, Puan Siti Murni Abd Aziz adalah pembaca berita TV1 RTM dan juga suami beliau Encik Hisham Salleh juga merupakan pembaca berita TV1 RTM...
Tudung Siti Murni merupakan ilham sendiri Puan Siti Murni yang mahukan sesuatu yang segar tetapi ringkas namun tetap bergaya..Sekarang mempunyai lebih 1500 usahawan merata Malaysia, Brunei, Singapore dan lain-lain negara.
Jika ada yang berminat boleh hubungi saya untuk menjadi agen...tambahan untuk musim hari raya yang bakal menjelang tiba..
Bersama Madam Uni di HQ TSM

19 May 2015

Dapatkannya dsini

Menggayakan Permaisuri

Menggayakan Ratu Sutera




Untuk pilihan tudung labuh

Doakan saya berjaya dan diberkati serta perniagaan saya semakin berkembang...amiin