Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

August 26, 2014

Air oh air...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..
Minggu lepas kawasan saya mengalami gangguan air kerana proses  penambahbaikan oleh Air Kelantan Sdn. Bhd.  Sudah pasti keadaan agak kelam kabut sedikit..maklumlah air ni banyak kegunaannya...Selalu orang akan mengatakan lebih baik tiada elektrik daripada tiada air...
Biasanya bekalan akan tiada pada waktu siang dan malamnya akan ada sebelum esoknya juga tiada air...Sudah pasti pihak berkuasa akan melepaskan air pada waktu malam untuk kegunaan ramai tambahan apabila ada kawasan perumahan atau sekolah.
Setelah 2 hari  berlalu, rumah saya hanya mendapat bekalan air pada pukul 4-7 pagi saja...Ini sesuatu yang pelik..Setelah 2 hari berlalu pula keadaan masih sama mula rasa curiga...Bertanya pada jiran-jiran semua mengatakan keadaan sudah pulih...Saya pun menelefon Air Kelantan dan jawapan sudah pulih...Pelik bin ajaib...Air tangki pun tidak cukup untuk menampung bekalan kami..
Selidik dan dicari punca permasalahan akhirnya selesai.....Siapa yang bermain dengan kepala meter rumah saya?  Patutlah orang lain sudah bahagia senang lenang mandi tanpa was-was...saya yang mandi kambing untuk berjimat kerana takutkan air habis...Hu hu hu,....kenapalah meter air saya dijadikan tutup/  Setelah dibuka meter air, barulah air ada dan laju....huh....ini kes pun ada...Ini untuk memberi peringatan supaya kita selalu melihat meter air kita...Senyum takpa tetapi jangan gelak kuat sangat apabila anda membaca entri ini...hmmm alahai...

August 20, 2014

Bunga Butang

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...
Hari ini timbul idea apabila melihat Bunga Butang berbunga dengan banyaknya..Ya bersyukur dengan keindahan alam ciptaan Tuhan...
Dahulu saya pernah menonton dokumentari Di Thailand menjadikan pokok bunga ini sebagai Potpouri dan ditanam dengan meluas di ladang...Jika saya salah sila perbetulkan..
Kepada sesiapa yang mempunyai idea dan kawasan bolehlah menanam dan dijadikan potpouri...Ianya tidak memakan masa yang lama untuk dituai...

Bersama Petunia Desert

May 29, 2014

Percubaan membuat bonsai Bunga Kertas.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..
Pertamanya Al Fatihah buat Sultan Perak semoga rohnya dicicri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..Amiin..
Saya mempunyai pokok bunga kertas yang berusia hambir 11 tahun.  Ramai orang mengatakan menanam pokok bunga kertas teramat mudah tetapi sebaliknya terjadi kepada saya..Hanya berdaun lebat tetapi tidak berbunga.  Oleh sebab itu hanay sepasu ini sahaja pokok ini yang saya tanam.  Apabila saya pindah saya membawanya dan menjadikan ia bonsai-sebenarnya bukanlah pandai sangat.  Rasanya hampir setahun saya cuba membonsaikan pokok bunga kertas ini.  Orang mengatakan ianya perlu selalu di cantas dan di bentuk batangnya.  Saya pula kesuntukan masa walaupun ada kehendak..nasiblah...Sekarang dia rajin berbunga tetapi apabila cuba untuk dialihkan pasu..huh..rasanya hanya dengan memecahkan pasu sahaja baru ia akan boleh ditempatkan di pasu lain...jawabnya...lain kali..
Ada sikit rupa bonsai tetapi banyak yang tak ada rupa bonsai..

Kucing yang datang entah dari mana tetapi telah mendapat taraf PR di rumah saya kerana saya selalu memberinya makan..
Banyak lagi yang perlu saya lakukan....tak tahulah pula bila saya akan upload usaha murni saya itu..he..he..Kalau tidak jawabnya pokok itu membonsaikan dirinya sendiri...

May 20, 2014

Semoga emak dan abah sentiasa sihat..

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..
Ya, satu hari sudah berlalu...Terima kasih kepada yang mengucapkan selamat hari lahir..ada yang melalui facebook, mesej, wasap...terima kasih atas ingatan...
Malam tadi juga saya mendapat mesej daripada adik yang mengatakan emak tidak berapa sihat...buang air besar berdarah...memang emak sudah banyak kali menyatakan kepada saya dan temujanji sudah dibuat kebetulan pada 21 Mei iaitu esok...Emak mengalami masalah perut yang kembung..Saya tahu emak kuat selepas dua kali pembedahan kanser mulut yang dihidapinya pada tahun 1990 dan 2000.  Semoga Allah menyembuhkan penyakit emak dan memberikan kesihatan kepada emak dan abah.
Walaupun semasa bercakap dalam telefon dengannya, sukar untuk saya mengatakan kepadanya-"emak..39 tahun dulu emak melahirkan saya pada tarikh ini.."  Tidak terkeluar...walaupun ayat sudah disusun dengan menarik sebelumnya..Saya tidak boleh untuk menelefon emak jika saya dalam keadaan bersedih...saya tidak mahu emak juga merasai kesedihan saya..
Untuk kesekian kalinya...saya tetap tidak mampu untuk menuturkan ayat itu...entahlah tersekat di kerongkong...Ya..Allah Maha Mengetahui....


May 8, 2014

Pelarian lirik OST Aku Isterinya-Sakura Band & Sixth Sense

Engkau datang kepadaku
Dengan sejuta harapan
Kau janjikan cinta itu
Ternyataku hanya persinggahan
Hatimu yang luka
Sungguh ku tak sangka
Dan saat kekasihmu
Inginkan kau kembali
Tinggalkan aku
Lupakan ku
Kembalilah kau kepada dirinya
Kerna kutahu
Cinta ini
Hanya pelarian bagimu
(ulang dari permulaan)
Tinggalkan aku
Lupakan ku
Kembalilah kau kepada dirinya
Kerna kutahu
Cinta ini
Hanya pelarian bagimu (2x)

Terluka..

April 2, 2014

Berhati-hati emel kena godam.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..
Akaun emel di godam sudah menjadi lumrah bagi mereka yang tidak bertanggungjawab..Biasanya hanya mengetahui dari rakan-rakan tetapi kelmarin ianya terjadi pada saya..
Saya ingin memberitahu saya tidak pernah menghantar emel kepada sesiapapun untuk mengemaskini emel. Tolong berhati-hati..
Disini saya sertakan emel yang dihantar menggunakan akaun saya...
Kepandaian yang disalahguna dan menyusahkan orang lain...Agak kecewa kerana ianya menggunakan emel saya..

  • Cantik betul ayat dia....bertuah punya orang...Grrrrr....

March 6, 2014

Kelayakan Piala Asia: Malaysia 2-Yaman 1

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Kelmarin telah berlangsungnya pusingan Kelayakan Piala Asia 2015.  Rasa bangga juga kerana Malaysia yang bermain dengan 10 orang pemain akibat kad merah yang dilayangkan seawal minit ke-8 mampu menghasilkan dua gol.  Amri Yahya dan Fakri telah menyumbangkan gol untuk Malaysia...Kehebatan Apek juga terserlah apabila mampu mengawal bola masuk ke gawang Malaysia dengan percubaan demi percubaan berbisa  oleh Yaman.  Jika dari awal lagi, mungkin Malaysia layak ke Piala Asia tetapi syabas...menang dalam kekalahan...Cuba lagi untuk masa akan datang.  Alangkah bagusnya jika awal lagi Datuk Ong Kim Swee yang menjadi jurulatih....jangan marah...

February 18, 2014

Gadis Jolobu (WARIS ft Dato' Hattan) lirik

(Dato Hattan)
Ko jolobak ko jolobu
Tuai padi tigo tangkai
Kalau kono komat jolobu
Tak mati badan menghasai
Gurindam dulu dulu jangan ponah dipotikai
Tak tahu tanyo dulu jangan goma memandai-mandai

(Waris)
Kisah eh bermulo mulut ughang kampong
Kisah ramai gadis cantik kek jolobu berkampung
Ughang luar datang luar nak cari’an joki
Lain pulak jadi eh terpikek nak buek bini
Tapi silap kono komat sampai tinggalkan keluargo
Kopit bawah kotiak bini tanggungjawab lupo
Omak ayah rindu tapi dio buek bodoh
Dah takdo monyosa monangih dopan kubur


Chorus
(Dato Hattan)
Ko jolobak ko jolobu
Tuai padi tigo tangkai
Kalau kono komat jolobu
Tak mati badan menghasai
Gurindam dulu dulu jangan ponah dipotikai
Tak tahu tanyo dulu jangan goma memandai-mandai

(Waris)
Ughang luar salah tafsir koba gadih kito bahayo
Lopeh coghai semuo ghoto jadi milik dio
Jangan salah anggap napo lobihkan pompuan
Sobab laki boleh hidup kalau campak dalam hutan
Zaman dah boghubah adat di tolan zaman
Dah takdo mewaghisi coghito bertauladan
Apotah laie mengaku ughang nogori
Bilo tanyo suku mano nak jawab pun tak ghoti


Poie tanyo omak poie tanyo uwan
Kok takdo kosompatan buleh tanyo kawan-kawan
Aktiviti bergurindam tolah lonyap dilupokan
“sebagai suatu warisan”

Ulang Chorus

(Dato Hattan)
Wak wak makan padi si lomang dalam buluh
(Waris)
Kok dah dapek yg dicari jgn terlansung semayang subuh
(Dato Hattan)
Ayam berkokok umah ponghulu itu tando haghi nak siang
(Waris)
Kok dah dapek oghang jolobu tak sabar nunggu malam ko siang

(Waris)
Ughang luar salah tafsir koba gadih kito bahayo
Lopeh coghai semuo ghoto jadi milik dio
Jangan salah anggap napo lobihkan pompuan
Sobab laki boleh hidup kalau campak dlm hutan
Zaman dah boghubah adat di tolan zaman
Dah takdo mewaghisi coghito bertauladan
Apotah laie mengaku ughang nogori
Bilo tanyo suku mano nak jawab pun tak ghoti

Poie tanyo omak,poie tanyo uwan
Kok takdo kosompatan buleh tanyo kawan kawan
Aktiviti bergurindam tolah lonyap dilupokan
sebagai suatu warisan

Share lirik dari  Google