Pertamanya Al Fatihah buat Sultan Perak semoga rohnya dicicri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..Amiin..
Saya mempunyai pokok bunga kertas yang berusia hambir 11 tahun. Ramai orang mengatakan menanam pokok bunga kertas teramat mudah tetapi sebaliknya terjadi kepada saya..Hanya berdaun lebat tetapi tidak berbunga. Oleh sebab itu hanay sepasu ini sahaja pokok ini yang saya tanam. Apabila saya pindah saya membawanya dan menjadikan ia bonsai-sebenarnya bukanlah pandai sangat. Rasanya hampir setahun saya cuba membonsaikan pokok bunga kertas ini. Orang mengatakan ianya perlu selalu di cantas dan di bentuk batangnya. Saya pula kesuntukan masa walaupun ada kehendak..nasiblah...Sekarang dia rajin berbunga tetapi apabila cuba untuk dialihkan pasu..huh..rasanya hanya dengan memecahkan pasu sahaja baru ia akan boleh ditempatkan di pasu lain...jawabnya...lain kali..
Ada sikit rupa bonsai tetapi banyak yang tak ada rupa bonsai.. |
Kucing yang datang entah dari mana tetapi telah mendapat taraf PR di rumah saya kerana saya selalu memberinya makan.. |
Banyak lagi yang perlu saya lakukan....tak tahulah pula bila saya akan upload usaha murni saya itu..he..he..Kalau tidak jawabnya pokok itu membonsaikan dirinya sendiri...
No comments:
Post a Comment