Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

September 19, 2011

Satu Renungan (untuk diriku jua)

Hari ini saya ingin menulis tentang Taat kepada Ibu Bapa.  Saya ingin mengupas tentang kuliah Ustazah Norhafizah Musa pada Jumaat lepas dalam Al-Hidayah TV3.  
Allah telah menjadikan pada seorang ibu itu tanda kebesaran Allah dengan apa yang dimiliki oleh seorang ibu yang tidak dimiliki oleh insan lain.  Allah telah meminjamkan  sifat kasih sayang , perhatian dan lain lain.  Didalam tubuh ibu adanya satu anggota yang tidak dimiliki oleh orang lelaki iaitu RAHIM.  Rahim ini berfungsi untuk melahirkan zuriat dari benih lelaki.  Jika seseorang wanita itu tidak menderhaka kepada suami yang mana jika wanita telah berkahwin, pada suamilah jatuhnya ketaatan yang sebelum ini di pegang oleh ibu bapa. Jika dia menjaga solatnya, puasa sebulan, menjaga kohormatan dan taat kepada suami maka dia boleh masuk syurga dengan mudah.  
Doa ibu adalah doa yang hebat untuk membentuk manusia menjadi soleh dan solehah.  Antara doa-doa yang boleh diamalkan adalah:
Surah Ali Imran ayat 38


(38) Pada waktu itu berdoalah Zakaria kepada Tuhannya, katanya: Ya Tuhanku, beri­lah kepadaku dari sisi Engkau keturunan yang baik. Sesungguhnya engkau adalah Pendengar permohonan .


Surah Ibrahim 40-41
 
 40] Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan shalat, ya Tuhan kami, perkenankanlah do'aku.


Surah Al-Furqan 74



74] Dan orang orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa


Seorang ibu perlu bersabar dengan setiap karenah anak-anak kerana jika mengikut nafsu, maka ibu akan mengeluarkan perkataan yang buruk yang mana kata-kata itu adalah satu doa.  Jika seseorang itu menderhaka kepada ibu bapa, jika dia orang kaya sekalipun, nikmatnya tidak akan terasa olehnya kerana balasan Allah untuk anak yang menderhaka tidak perlu menunggu di akhirat didunia ini juga Allah telah menurunkan kesannya.  Apalah gunanya kaya jika hati tidak tenang, penuh perasaan syak wasangka dan bermacam lagi.
Anak-anak perlu berbakti kepada orang tua.  Walaupun ibu bapa hanya ingin melihat anak-anak bahagia dan berjaya, kita mempunyai tanggungjawab terhadap mereka.  Lihatlah disekeliling kita yang mana anak-anak yang berbakti kepada orang tuanya akan dimurahkan rezeki dan diberikan keberkatan dalam hidupnya walaupun tidak kaya tetapi hatinya tenang dan bahagia.   Jika inginkan kasih-sayang Allah dan kasih sayang manusia maka berkasih-sayanglah dan berbaktilah kepada ibu bapa.  Redha Allah pada Redha ibu bapa, murka Allah pada murka ibu bapa.
Rasullullah ada bersabda, "Setiap yang taat kepada ibu bapanya di waktu pagi maka Allah akan membukakan 2 pintu syurga untuk paginya, jika seorang maka satu pintu syurga.  Jika dia derhaka pada petangnya maka 2 pintu neraka dibukakan untuknya pagi dan petang sekalipun ibubapa menzaliminya, sekalipun ibu bapanya menzaliminya, sekalipun ibu bapanya menzaliminya."
Hal ini menunjukkan tidak jatuh hak anak kepada ibu bapa walaupun ibu bapa menzaliminya dan bukan alasan untuk anak-anak membuang ibu bapa mereka jauh atau tidak berbakti kepada ibu bapanya.  Walaupun kita memalingkan muka daripada ibu itu tetap akan mendatangkan murka Allah.



Oleh itu, mulai sekarang, jika kita masih merasakan kita kurang berbakti kepada orang tua kita, marilah kita bersama mulakannya.  Janji Allah itu pasti dan kita tidak akan rugi jika berbakti kepada mereka.  Walaupun kita tidak nampak di dunia tetapi diakhirat nanti pasti Allah tunaikannya.  Bersamalah kita mencari Redha Allah dan Redha  ibu bapa.  Kepada yang sudah tiada, doakanlah untuk mereka.  Janganlah sampai kita kehilangannya sedangkan kita mampu berbuat lebih baik lagi sewaktu mereka masih ada.  Wallahhualam...

September 18, 2011

Salamiah Hassan-Gelombang (lirik & audio)


Salamiah Hassan

Gelombang

Nasibku dirundung malang
Sederas gelombang
Menghempas di pantai
Semalam aku ternoda

Dalam sinar cahaya di jendela
Tiada esok lagi
Gelap masa depan
Sinar hidup ini tiada erti

Hidupku seperti badai
Tak henti gelora
Musnahlah segala
Perasaan dan harapan
Untuk hari esok tiada lagi

Oh Tuhanku
KepadaMu ku pohon ampun doa restu
Lindungilah daku yang tidak berdaya
Di bumiMu ini

September 14, 2011

Perasaan (bukan perasan) seorang Blogger

Rasanya hari ini sudah mula boleh menulis kembali setelah hampir 2 minggu tidak menulis.  Yelah semuanya kerana Aidilfitri.  Selepas berpuasa ramai yang mengeluh, kolesterol, darah, gula dalam badan semua naik, berat juga akan naik....tapi ada satu yang akan berkurangan..apa dia?  Tentunya pitih-duit..he..he...mana tidaknya selepas raya ada anak yang masuk U, ada yang road tax kena perbaharui dan macam-macam lagi....Sabar ajelah ya...itulah kehidupan...nak buat macamana...
Apabila bergelumang dengan dunia blogger ni, perasaan memang berlainan sekali...maklumlah apabila  menulis terpaksa berfikir 2,3 kali adakah sesuatu tajuk atau entri akan mengundang keburukan..Hal ini berlaku kerana penerimaan orang berlainan.  Masing-masing mempunyai pandangan yang berbeza. Mungkin ok bagi kita tetapi bagi pembaca tidak.
Melihat kepada traffik pula memang ada bermacam perasaan, ada suka ada curiga.  Siapa boleh menerangkan ini?

kredit to google

Takut juga kerana dikesan di Mountain View, USA.  Tetapi harapnya tidak mendatangkan keburukan, maklumlah saya agak kurang mahir dalam hal sebegini.
Saya akui saya bukanlah orang yang mahir dan bukan juga yang arif dengan banyak perkara tetapi saya mencuba  berusaha memperolehi ilmu yang baru yang bermanfaat.  Kadang-kadang dalam hidup kita, kita tidak boleh juga merasakan kitalah yang paling top dalam segalanya...Semua sudah sedia maklum, semakin kita banyak kita tahu dalam sesuatu perkara, semakin kecil kita dalam lautan ilmu itu.  Adalah lebih baik dengan sikap diam-diam ubi berisi atau ikut resmi padi semakin berisi semakin menunduk.  Tetapi kebanyakkan bloggers yang saya follow atau menjadi silent reader kepada mereka mempunyai sikap bagus dan tidak meninggi diri...terima kasih.  Ada juga yang sanggup menolong dengan berkongsi ilmu..Terima kasih banyak dan syabas dengan nilai terpuji itu. 
Kepada followers, readers, silent readers, friends....terima kasih banyak kerana menyokong saya selama ini...tanpa anda siapalah saya...Semoga saya dapat memperbaiki kelemahan dalam penulisan di dunia bloggers ini. 
Oh ya, ramai yang membuat duit dengan blog.  Saya ada mencuba tetapi malangnya akaun saya dihack selepas itu.  Pengajaran buat saya.  Kepada yang suka membuat kerja tidak berfaedah atau hanya mendatangkan faedah kepada anda seorang sahaja, ingatlah sekarang anda boleh ketawa besar dengan kesengsaraan orang lain tetapi dunia ibarat roda, doa orang teraniaya sangatlah makbul.  Masih ada masa dan ruang untuk berhenti menggodam akaun orang lain, jadilah lebih beretika dan bertanggungjawab.  Kepandaian dan kelebihan yang diberi bukan untuk menunjukkan ketiakadilan kepada orang lain atau orang yang tidak tahu.  Berfikirlah sejenak.