Rasanya hari ini sudah mula boleh menulis kembali setelah hampir 2 minggu tidak menulis. Yelah semuanya kerana Aidilfitri. Selepas berpuasa ramai yang mengeluh, kolesterol, darah, gula dalam badan semua naik, berat juga akan naik....tapi ada satu yang akan berkurangan..apa dia? Tentunya pitih-duit..he..he...mana tidaknya selepas raya ada anak yang masuk U, ada yang road tax kena perbaharui dan macam-macam lagi....Sabar ajelah ya...itulah kehidupan...nak buat macamana...
Apabila bergelumang dengan dunia blogger ni, perasaan memang berlainan sekali...maklumlah apabila menulis terpaksa berfikir 2,3 kali adakah sesuatu tajuk atau entri akan mengundang keburukan..Hal ini berlaku kerana penerimaan orang berlainan. Masing-masing mempunyai pandangan yang berbeza. Mungkin ok bagi kita tetapi bagi pembaca tidak.
Melihat kepada traffik pula memang ada bermacam perasaan, ada suka ada curiga. Siapa boleh menerangkan ini?
kredit to google |
Takut juga kerana dikesan di Mountain View, USA. Tetapi harapnya tidak mendatangkan keburukan, maklumlah saya agak kurang mahir dalam hal sebegini.
Saya akui saya bukanlah orang yang mahir dan bukan juga yang arif dengan banyak perkara tetapi saya mencuba berusaha memperolehi ilmu yang baru yang bermanfaat. Kadang-kadang dalam hidup kita, kita tidak boleh juga merasakan kitalah yang paling top dalam segalanya...Semua sudah sedia maklum, semakin kita banyak kita tahu dalam sesuatu perkara, semakin kecil kita dalam lautan ilmu itu. Adalah lebih baik dengan sikap diam-diam ubi berisi atau ikut resmi padi semakin berisi semakin menunduk. Tetapi kebanyakkan bloggers yang saya follow atau menjadi silent reader kepada mereka mempunyai sikap bagus dan tidak meninggi diri...terima kasih. Ada juga yang sanggup menolong dengan berkongsi ilmu..Terima kasih banyak dan syabas dengan nilai terpuji itu.
Kepada followers, readers, silent readers, friends....terima kasih banyak kerana menyokong saya selama ini...tanpa anda siapalah saya...Semoga saya dapat memperbaiki kelemahan dalam penulisan di dunia bloggers ini.
Oh ya, ramai yang membuat duit dengan blog. Saya ada mencuba tetapi malangnya akaun saya dihack selepas itu. Pengajaran buat saya. Kepada yang suka membuat kerja tidak berfaedah atau hanya mendatangkan faedah kepada anda seorang sahaja, ingatlah sekarang anda boleh ketawa besar dengan kesengsaraan orang lain tetapi dunia ibarat roda, doa orang teraniaya sangatlah makbul. Masih ada masa dan ruang untuk berhenti menggodam akaun orang lain, jadilah lebih beretika dan bertanggungjawab. Kepandaian dan kelebihan yang diberi bukan untuk menunjukkan ketiakadilan kepada orang lain atau orang yang tidak tahu. Berfikirlah sejenak.
No comments:
Post a Comment