Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

September 30, 2010

Yang Terbaik....

Assalammualaikum...
Dalam kehidupan kita, sering terjadi perkara yang tidak pernah kita fikirkan...sepanjang perjalanan hidup kita akan berlaku berbagai perkara yang mungkin tidak pernah kita impikan...Mengapa?  Kerana Allah telah menentukan perjalanan hidup kita dengan indah sekali....Setiap yang Dia takdirkan adalah yang terbaik untuk kita..

Mungkin kita dari kecil dulu bercita-cita untuk menjadi guru, doktor, askar, polis tetapi lain yang kita jawat apabila kita besar...Mungkin waktu remaja dulu kita berpasangan dengan orang lain tetapi kita bertemu jodoh dengan orang lain dan telah hidup berbelas atau berpuluh tahun bersama...Mengapa?  Kerana Apa yang Allah jodohkan untuk kita adalah yang terbaik untuk kita....apabila kita mengalaminya, kita kecewa yang teramat sangat tetapi apabila direnungkan, betapa indah perjalanan yang Allah aturkan untuk kita...

Haruskah kita menyalahkan takdir yang telah tertulis untuk kita?  Haruskah kita membawa perasaan kecewa kita hingga memusnahkan kehidupan kita sendiri?  Begitu juga dengan penyakit dan dugaan yang Allah turunkan untuk kita...mungkin kita melihat perjalanan hidup orang lain begitu indah seperti tidak ada masalah...begitu juga dengan kisah kejayaan orang lain yang begitu kita kagumi hingga kita terasa seperti mereka yang berjaya dan gah itu tidak pernah susah atau menghadapi masalah....Kita silap....hidup umpama roda, sekejap diatas dan sekejap dibawah...mereka yang berjaya adalah mereka yang pernah jatuh dan susah...mungkin dugaan hidup mereka lebih kuat dari yang kita alami....

Kesimpulannya..kita perlu menilai diri kita sendiri, insaf dengan apa yang telah berlaku dan bertawakkal setelah kita berusaha dalam apa jua yang kita lalui atau lakukan....Apa yang pasti Allah Maha Pengasih dan Penyayang..Dialah Maha Segalanya.....Subhanallah WalHamdulillah Wa Laa Ilaahaillallah Wallaahuakbar......

September 29, 2010

Hj Tan Ahmad bin Muhammad Zain.


Haji Tan Ahmad bin Muhamad Zain dilahirkan di Kampung Kuala Jerang, Durian Tipus, Jelebu pada November 1921. Nama penuhnya ialah Dato´ Haji Tan Ahmad bin Muhamad Zain bin Haji Chek Muhamad Sholleh bin Haji Chek Mahmud bin Haji Chek Ibrahim bin Chek Musa. Chek Musa pula adalah Cina Islam berasal dari Kuantung, China.
Ibu Haji Tan Ahmad bernama Haliah binti Muhamad Sholleh yang keturunannya dari Pagar Ruyung, Sumatera. Kebanyakan mereka adalah tokoh agama kampung yang berwibawa dan amat dipercayai. Haji Tan Ahmad adalah anak bongsu kepada enam adik beradik, iaitu tiga lelaki dan tiga perempuan.
Kampung Jerang terletak lebih kurang tiga kilometer dari Durian Tipus. Durian Tipus sebelum ini adalah sebuah pekan yang agak sibuk dan didominasi oleh kaum Cina kerana terdapat kawasan penempatan Kampung Baru Cina di sini sewaktu darurat dahulu. Tetapi selepas terjadi kebakaran besar pada akhir tahun 1970-an, pekan ini telah dikosongkan dan sebuah pekan baru diwujudkan di Simpang Durian, kira-kira dua kilometer dari tapak asal.
Haji Tan Ahmad mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Durian Tipus sehingga Darjah 5. Dalam tempoh tersebut, beliau turut belajar agama di bawah asuhan abangnya, Lebai Muhammadiah. Pelajaran agama yang diajarkannya termasuklah ilmu Tauhid, Feqah dan Nahu Saraf Bahasa Arab. Abangnya itu merupakan murid kanan kepada Tuan Sheikh Muhammad Said Jamaluddin al-Linggi.
Selepas itu, dalam usia yang begitu muda, iaitu dalam tahun 1929, beliau telah didorong oleh abangnya supaya belajar agama secara memondok di Pondok Gajah Mati, Kedah selama lima tahun. Tuan Guru pondoknya bernama Wan Ibrahim atau dikenali juga dengan nama Pak Cu Him. Haji Tan Ahmad diberi pentarbiahan secara langsung dalam ilmu agama serta mendalami beberapa bidang lain seperti ilmu Tafsir dan Hadis.
Selepas itu, beliau meneruskan pengajian di Pondok Sungai Semambu Tanah Liat, Bukit Mertajam selama lima tahun pula di bawah asuhan Tuan Guru Sheikh Abdul Majid Masri Awang. Di sini, beliau sempat belajar ilmu Mantik, Bayan, Ma´ani, Feqah dan lain-lain lagi. Kemudian beliau dibenarkan oleh gurunya mengajar di pondok tersebut.
Haji Tan Ahmad terdorong pula untuk ke Kelantan untuk menimba ilmu dari Serambi Mekah itu. Selain Kedah, Kelantan adalah pusat pengajian pondok yang tersohor di rantau ini. Di sana pondok-pondok pengajian Islam tumbuh dengan subur dan beribu penuntut dari pelbagai negeri hingga dari Indo China datang untuk menimba ilmu.
Bumi yang subur itu banyak melahirkan para ulama yang besar. Beliau berguru dengan Tuan Guru Haji Saad Kangkung dan sempat belajar beberapa kitab utama daripada Tuan Guru yang terkenal ini. Pada 12 Mei 1941, Haji Tan Ahmad mendapat kebenaran bertulis daripada Majlis Agama Islam Negeri Kelantan untuk mengajar agama.
Dalam pada itu, beliau masih meluangkan masanya untuk mengaji di Pondok Tuan Guru Haji Chek Ali bin Chek Hussien. Di sini beliau belajar ilmu Faraid dan lain-lain lagi. Kemudian diberi kebenaran mengajar di pondok tersebut.
Haji Tan Ahmad menamatkan zaman bujangnya apabila bertemu jodoh dengan Rahmah binti Nung Hussien pada 24 Julai 1943. Beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata, enam daripadanya adalah lelaki.
Selepas perang tamat pada tahun 1946, Haji Tan Ahmad pulang ke kampung halamannya. Kepulangan beliau memeriahkan lagi suasana pengajian agama di sana kerana beliau dan abangnya menjadi tempat rujukan penduduk setempat. Abangnya sendiri telah dilantik sebagai Ahli Majlis Syariah Negeri Sembilan. Haji Tan Ahmad mendapat tauliah mengajar agama dan membuka pondok di Masjid Kuala Jerang.
Malangnya pondok tersebut terhenti aktiviti apabila negara diisytiharkan darurat pada tahun 1948. Kawasan Durian Tipus dianggap kawasan hitam kerana kewujudan perkampungan Cina yang memudahkan golongan subversif seperti komunis untuk bermaharajalela. Haji Tan Ahmad pernah dilantik menjadi ketua kampung ketika darurat dan penduduk kampung pernah dikerah memasang pagar kawat duri bagi mengawal pergerakan komunis.
Pada 1 April 1956, Kerajaan Negeri Sembilan ketika itu telah melantik Haji Tan Ahmad sebagai Kadi bagi daerah Durian Tipus. Peringkat awalnya, rumah beliau telah dijadikan pejabat urusan keagamaan. Beliau telah memegang jawatan tersebut selama 20 tahun tujuh bulan dan 29 hari. Bersara pada 30 November 1976. Haji Tan Ahmad kemudiannya dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Syariah Majlis Agama Islam Negeri berkuatkuasa pada 1 Januari 1982 hingga akhir hayatnya.
Dalam tempoh hayatnya, Haji Tan Ahmad sangat aktif mengajar agama di Masjid dan surau-surau sekitar Durian Tipus. Antaranya, Masjid Kuala Jerang, Simpang Durian, Felda Pasoh 1, Sungai Buloh dan Masjid Kampung Lakai. Kebiasaannya beliau mengajar ilmu Tasawuf, Tafsir, dan Feqah.
Bagi mengenang jasa beliau dalam bidang agama dan penglibatan dalam masyarakat, maka Kerajaan Negeri Sembilan telah menganugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) pada 19 Julai 1974 dan gelaran Dato’ pada 19 Julai 1991.
Setelah mengabdikan sebahagian besar hidupnya kepada agama dan menjadi tempat rujukan yang disegani, Dato´ Haji Tan Ahmad bin Muhamad Zin pulang ke rahmatullah pada 24 Oktober 1995 (1416 Hijrah). Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Jerang.
Sumber: Abu Hanzalah (Ummatan Wasatan)Terima kasih.
Sempena mengabadikan jasa Allahyarham, sebuah sekolah agama diletakkan dengan nama beliau iaitu Sekolah Menengah Agama Dato' Hj Tan Ahmad di Simpang Durian, Jelebu Negeri Sembilan.  Allahyarham juga adalah datuk saudara saya.  Abang  beliau iaitu Lebai Muhammadiah ialah datuk saya (ayah kepada ayah saya).  Kakak beliau iaitu Aisyah ialah Nenek saya iaitu ibu kepada emak saya.  Ibu dan Bapa saya adalah sepupu.  Begitulah jasa seorang tokoh agama kepada kampung, daerah dan juga negeri saya iaitu Negeri Sembilan...Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat keatas roh mereka semua..Alfatihah...

Chinta-Slot AKasia TV3


Drama Chinta yang bakal menemui penonton pada hujung September depan ini menerusi slot Akasia TV3, setiap Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang selama sejam mengisahkan perjalanan perit seorang gadis baik dengan imej bertudung di sebuah kampung.

Namun hidupnya mula dikaburi seribu satu dugaan yang datang menghimpit apabila abang kandungnya Kamal (lakonan Azhar Sulaiman) sanggup merogol dan menjualnya. Bukan itu saja, sahabat karibnya, Mustika (lakonan Zarynn Min) pula menikam dirinya di sebalik kelembutan sebagai teman hanya kerana cemburu akan sayang seorang jejaka, Fakri l(akonan Ezany Nizariff) yang mencintai Chinta.

Meskipun tidak sesekali ingkar akan tanggungjawab kepada agama dan dirinya, Chinta terus dilanda dugaan yang datang bukan sekali, sebaliknya bertimpa-timpa hingga menyebabkan dirinya lemas dalam suratan yang tertulis buatnya.

Chinta mula mempersoalkan nasibnya dan merasakan Tuhan tidak adil padanya. Justeru, Chinta tekad dan bangkit menentang takdirnya hingga mengambil keputusan meninggalkan kampung halamannya untuk berhijrah ke bandar raya bagi mengecapi satu impian di luar imaginasinya.

Chinta pergi meninggalkan zaman silam yang membunuh jiwanya di kampung. Dia tidak percaya dengan lelaki dan istilah cinta lagi. Fakri ditinggalkan tanpa amaran.
Hidup barunya di KL menemukan Chinta dengan Mayang (lakonan Natasha Hudson). Diarinya mula berubah dan Chinta berdiri sebagai peragawati jelita, seksi dan menarik hingga menyebabkan banyak pihak datang mendekatinya. Kecantikan dan personalitinya yang penuh dengan dendam itu bagaimanapun mengundang rasa kurang selesa di kalangan wanita lain.

Di sebalik kerjayanya, Chinta menyimpan rahsia yang sebenarnya dia pelacur kelas atasan. Namun Chinta kekal dengan misinya bagi melangsaikan rasa dendam di hati yang kian menebal.

Akhirnya, hidup bertopengkan kepura-puraan itu membuka pintu hati Chinta dengan nilai sayang sejati dengan pengawal peribadi kepada seorang Tan Sri yang membelanya, Amar (lakonan Ady Putra).

sumber: My Metro

Six Sense-Menyesal Ost Asmara TV3


Tak pernah ku fahami ertimu padaku
Tak pernah ku mengerti hadirmu untukku
Rasa yang pernah kau bagi
Cinta yang telah kau beri
Setelah ku terjatuh baru ku sedari
Betapa kau kekasih hingga hujung hati
Rasa yang setia menanti
Cinta yang tak akan pergi
Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu sambut cinta
Penawar peritku
Hanya dirimu
Tulus cintaku
Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu
Sanggup cinta penawar peritku
Sanggup cinta pengusap tangisku

September 21, 2010

Mohd Hairi Safwan

Assalammualaikum.....
Dah lama saya tak menjenguk ke blog ini.....maklumlah raya.  Hari ini saya ingin menulis tentang pelakon muda yang digilap daripada  rancangan realiti iaitu Mohd Hairi Safwan...Sebenarnya jika tidak menonton Ular Emas..hingga hari ini saya tidak mengenali anak muda ini...Di  dalam Ular Emas, Hairi memegang watak sebagai Ustaz Dhamiri atau Ayah Ustaz....barulah berfikir daripada mana beliau muncul....rupanya daripada Anak Wayang yang mana Hairi adalah juaranya.  Beliau juga adalah penuntut Aswara dalam Teater....jangan marah ye dik kalu akak tak berapa mengenali adik.....
Berusia 21 tahun...tetapi penampilan cukup matang....Beliau berjaya membawa watak ustaz Dhamiri..Berasal dari Kedah...tetapi ada dialog dalam wad, dia bercakap kelate..ingat orang kelate rupanya orang Kedah...
Semoga bakat yang ada terus diasah dan tidak dialah guna..janganlah kerana glamor, lupa segalanya dan meninggikan diri....Syabas kepada adik Hairi...Semoga terus sukses....

September 1, 2010

Ramadhan ini.....

Pejam celik, pejam celik sudah 22 hari Umat Islam berpuasa....tinggal seminggu lagi kami akan menyambut lebaran...Terasa perbezaan menyambut Ramadhan kali ini...Dugaan yang maha hebat untuk Ramadhan kali ini...Semoga jiwaku dibersihkan dan imanku dipertingkatkan dengan dugaan ini...Hanya Allah yang tahu apa yang kulalui.....kepada Umat Islam semua semoga kita tidak membazir untuk lebaran kali ini.  Ekonomi dalam keadaan tidak menentu...Biarlah kita berbelanja dengan bijak....