Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

February 7, 2013

Semuanya 1 Malaysia...

Assalammualaikum dan Salam ! Malaysia...
Kelmarin telah dilancarkan dana pinjaman pendidikan SSP1M.  Sekarang adik-adik yang nak sambung belajar bertuah, banyak bantuan tak macam kakak dulu...untungnya korang.  Kalu tak nak sambung lagi cuma atas diri sendirilah jawabnya...Skim Malas 1 Malaysia..(SM1M).  Semenjak pentadbiran Perdana Menteri ke enam ini YAB Datuk Seri Najib Tun Razak..banyak sungguh perkara 1 Malaysia yang dibuat atau dilancarkan.  
1.  BR1M   - Bantuan Rakyat 1 Malaysia
2.  PR1MA - Perumahan Rakyat 1 Malaysia
3.  KR1M  - Kedai Rakyat 1 Malaysia
4.  KK1M - Kedai Kain 1 Malaysia
5.  KAR1SMA -  Bantuan untuk kurang upaya, pesakit kronik, warga emas
6.  Pusat Internet 1 Malaysia
7.  Klinik 1 Malaysia
8.  BL1M -Bantuan Lesen 1 Malaysia

Sebenarnya banyak lagi dan mungkin macam-macam lagi 1 Malaysia selepas ini.  Ada kebaikan dan keburukannya.  Dan kepada lelaki pula boleh ke H1BMHanya 1 Bini Malaysia?  Tidaklah bermakna 1 aje bini dari Malaysia dan 3 lagi bolehlah di ambil dari negara-negara lain.  Maksud sebenarnya SP1SSetia Pada 1 Isteri?  Lepas ni mesti banyak singkatan 1 yang digunakan...lelaki jangan marah pulak ye....

February 6, 2013

Biarkan saja berlalu

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Sudah lama tidah menulis entri baru...terakhir berkisar tentang Maharaja Lawak Mega yang dah pun selamat menobatkan Jozan sebagai pemenang..Tahniah...Gembira melihat orang berjaya.  Semoga kejayaan itu tidak mengaburi mata mereka dan berusaha untuk meningkatkan prestasi.
Dalam kehidupan kita sudah pasti ada ketikanya kita akan teringat pada kenangan lalu samada pahit atau manis.  Begitulah juga dengan saya manusia biasa.  Saya pernah membaca sebuah artikel mengatakan jika kita sukar melupakan kenangan lama yang meninggalkan kesan dalam hidup bermakna orang-orang dalam kenangan itu masih tidak memaafkan kita.  Betul ke?  Tetapi mungkin ada juga kebenarannya.  Ia kembali dan sukar dilupakan seperti kita berdosa pada orang itu.  Tidak kira jauh atau dekat.   Bukan tidak menerima hakikat hidup dan takdir yang telah ditentukan oleh Allah Yang Maha Agung dan Berkuasa tetapi  sebagai manusia biasa mungkin akan ada pertanyaan mengapa begini takdirnya mengapa tidak begitu.   Hmm, tetapi apabila direnung kembali Allah telah mengatur dengan sebaik-baiknya perjalanan hambaNya.  Memang betul, apa yang kita mahu sebenarnya tidak baik untuk kita dan apa yang kita tidak mahu itu adalah sebaik perjalanan yang telah ditentukan.  Kita akan merasa insaf dan rendah diri kerana Allah memang telah mengaturkan segalanya dengan begitu indah dan rapi serta terbaik untuk kita cuma kita yang tidak dapat menerima kenyataan dan sebenarnya tidak bersyukur.
Oleh itu, bagi saya kenangan-kenangan yang ada tidak dapat dihapuskan dan akan terus berputar selagi masih ada nafas tetapi saya berharap ianya tidak mencengkam diri dan seterusnya hanya memutarkan kenangan itu selamanya. 
Berlalulah kenangan, Semoga semuanya menjadi teladan dan titik untuk maju ke depan bukan terus dihantui memori.