Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Sudah lama tidah menulis entri baru...terakhir berkisar tentang Maharaja Lawak Mega yang dah pun selamat menobatkan Jozan sebagai pemenang..Tahniah...Gembira melihat orang berjaya. Semoga kejayaan itu tidak mengaburi mata mereka dan berusaha untuk meningkatkan prestasi.
Dalam kehidupan kita sudah pasti ada ketikanya kita akan teringat pada kenangan lalu samada pahit atau manis. Begitulah juga dengan saya manusia biasa. Saya pernah membaca sebuah artikel mengatakan jika kita sukar melupakan kenangan lama yang meninggalkan kesan dalam hidup bermakna orang-orang dalam kenangan itu masih tidak memaafkan kita. Betul ke? Tetapi mungkin ada juga kebenarannya. Ia kembali dan sukar dilupakan seperti kita berdosa pada orang itu. Tidak kira jauh atau dekat. Bukan tidak menerima hakikat hidup dan takdir yang telah ditentukan oleh Allah Yang Maha Agung dan Berkuasa tetapi sebagai manusia biasa mungkin akan ada pertanyaan mengapa begini takdirnya mengapa tidak begitu. Hmm, tetapi apabila direnung kembali Allah telah mengatur dengan sebaik-baiknya perjalanan hambaNya. Memang betul, apa yang kita mahu sebenarnya tidak baik untuk kita dan apa yang kita tidak mahu itu adalah sebaik perjalanan yang telah ditentukan. Kita akan merasa insaf dan rendah diri kerana Allah memang telah mengaturkan segalanya dengan begitu indah dan rapi serta terbaik untuk kita cuma kita yang tidak dapat menerima kenyataan dan sebenarnya tidak bersyukur.
Oleh itu, bagi saya kenangan-kenangan yang ada tidak dapat dihapuskan dan akan terus berputar selagi masih ada nafas tetapi saya berharap ianya tidak mencengkam diri dan seterusnya hanya memutarkan kenangan itu selamanya.
Berlalulah kenangan, Semoga semuanya menjadi teladan dan titik untuk maju ke depan bukan terus dihantui memori.
No comments:
Post a Comment