Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

September 19, 2011

Satu Renungan (untuk diriku jua)

Hari ini saya ingin menulis tentang Taat kepada Ibu Bapa.  Saya ingin mengupas tentang kuliah Ustazah Norhafizah Musa pada Jumaat lepas dalam Al-Hidayah TV3.  
Allah telah menjadikan pada seorang ibu itu tanda kebesaran Allah dengan apa yang dimiliki oleh seorang ibu yang tidak dimiliki oleh insan lain.  Allah telah meminjamkan  sifat kasih sayang , perhatian dan lain lain.  Didalam tubuh ibu adanya satu anggota yang tidak dimiliki oleh orang lelaki iaitu RAHIM.  Rahim ini berfungsi untuk melahirkan zuriat dari benih lelaki.  Jika seseorang wanita itu tidak menderhaka kepada suami yang mana jika wanita telah berkahwin, pada suamilah jatuhnya ketaatan yang sebelum ini di pegang oleh ibu bapa. Jika dia menjaga solatnya, puasa sebulan, menjaga kohormatan dan taat kepada suami maka dia boleh masuk syurga dengan mudah.  
Doa ibu adalah doa yang hebat untuk membentuk manusia menjadi soleh dan solehah.  Antara doa-doa yang boleh diamalkan adalah:
Surah Ali Imran ayat 38


(38) Pada waktu itu berdoalah Zakaria kepada Tuhannya, katanya: Ya Tuhanku, beri­lah kepadaku dari sisi Engkau keturunan yang baik. Sesungguhnya engkau adalah Pendengar permohonan .


Surah Ibrahim 40-41
 
 40] Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan shalat, ya Tuhan kami, perkenankanlah do'aku.


Surah Al-Furqan 74



74] Dan orang orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa


Seorang ibu perlu bersabar dengan setiap karenah anak-anak kerana jika mengikut nafsu, maka ibu akan mengeluarkan perkataan yang buruk yang mana kata-kata itu adalah satu doa.  Jika seseorang itu menderhaka kepada ibu bapa, jika dia orang kaya sekalipun, nikmatnya tidak akan terasa olehnya kerana balasan Allah untuk anak yang menderhaka tidak perlu menunggu di akhirat didunia ini juga Allah telah menurunkan kesannya.  Apalah gunanya kaya jika hati tidak tenang, penuh perasaan syak wasangka dan bermacam lagi.
Anak-anak perlu berbakti kepada orang tua.  Walaupun ibu bapa hanya ingin melihat anak-anak bahagia dan berjaya, kita mempunyai tanggungjawab terhadap mereka.  Lihatlah disekeliling kita yang mana anak-anak yang berbakti kepada orang tuanya akan dimurahkan rezeki dan diberikan keberkatan dalam hidupnya walaupun tidak kaya tetapi hatinya tenang dan bahagia.   Jika inginkan kasih-sayang Allah dan kasih sayang manusia maka berkasih-sayanglah dan berbaktilah kepada ibu bapa.  Redha Allah pada Redha ibu bapa, murka Allah pada murka ibu bapa.
Rasullullah ada bersabda, "Setiap yang taat kepada ibu bapanya di waktu pagi maka Allah akan membukakan 2 pintu syurga untuk paginya, jika seorang maka satu pintu syurga.  Jika dia derhaka pada petangnya maka 2 pintu neraka dibukakan untuknya pagi dan petang sekalipun ibubapa menzaliminya, sekalipun ibu bapanya menzaliminya, sekalipun ibu bapanya menzaliminya."
Hal ini menunjukkan tidak jatuh hak anak kepada ibu bapa walaupun ibu bapa menzaliminya dan bukan alasan untuk anak-anak membuang ibu bapa mereka jauh atau tidak berbakti kepada ibu bapanya.  Walaupun kita memalingkan muka daripada ibu itu tetap akan mendatangkan murka Allah.



Oleh itu, mulai sekarang, jika kita masih merasakan kita kurang berbakti kepada orang tua kita, marilah kita bersama mulakannya.  Janji Allah itu pasti dan kita tidak akan rugi jika berbakti kepada mereka.  Walaupun kita tidak nampak di dunia tetapi diakhirat nanti pasti Allah tunaikannya.  Bersamalah kita mencari Redha Allah dan Redha  ibu bapa.  Kepada yang sudah tiada, doakanlah untuk mereka.  Janganlah sampai kita kehilangannya sedangkan kita mampu berbuat lebih baik lagi sewaktu mereka masih ada.  Wallahhualam...

No comments:

Post a Comment