Esok umat Islam akan menyambut Maal Hijrah 1435 iaitu permulaan takwim Islam. 1 Muharram 1435Hijrah bersamaan 5 November 2013. Peristiwa yagn diambil bersempena penghijrahan Rasullullah S.A.W dari Mekah ke Madinah demi menyebarkan syiar Islam.
Bagi umat Islam, hijrah ini bukan bermakna berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain tetapi lebih berbentuk penghijrahan diri dari kurang baik kepada lebih baik lagi. Sperti yang tertera dalam lirik lagu dibawah, Hijrah itu mempunyai empat perkara iaitu pengorbanan, perjuangan, persaudaraan dan perpaduan.
Setiap sejarah itu mempunyai maksud dan pengajaran tersendiri. bersamalah kita menghayatinya. Ampun dan maaf saya pinta semoga tahun baru membawa sinar baru untuk kita semua.. In Sha Allah.
Lirik lagu Maal Hijrah.
Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrahPerpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
Chorus
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
Chorus
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
Oleh itu mari semua
Kita sambut maal hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman
Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
ulang chorus
kredit to Liriklagu.
No comments:
Post a Comment