Siapa yang tidak kenal Bunga Tahi Ayam..Bunganya indah tetapi namanya tidak berapa indah.
Baru-baru ini ada kajian yang mengatakan Bunga Tahi Ayam adalah salah satu pokok yang mampu mengawal nyamuk atau serangga. Mungkin disebabkan bau yang dikeluarkan oleh pokok tersebut.
Pokok ini mudah dibiakkan melalui benih. Warna yang tulen adalah kuning dan oren tetapi sekarang ia mempunyai banyak warna.
Jika ditanam secara banyak memang cantik tambahan ia pokok yang tidak banyak karenah.
Jika di cantas awal akan membuatkan pokok itu merendang dan berbunga cantik.
Walau apapun, kebersihanlah yang utama perlu dijaga untuk mengawal nyamuk. In shaa Allah..
ini adalah pokok yang saya tanam. |
Saya masih lagi mencari pelbagai warna pokok ini untuk dibiakkan..
Semoga saya berjaya..
No comments:
Post a Comment