Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

April 7, 2013

Yang biasa menjelang Pilihanraya.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Sekarang ini sedang panas dengan cerita PRU 13.  Bendera pun sudah banyak dipasang disana-sini.  Hobi saya dan suami pada waktu menjelang pilihanraya ialah melihat pos-pos parti yang ada dan melihat kreativiti sepanduk atau bendera yang dipasang.  Selalunya lewat juga tidur waktu itu.  Meriah jugak suasana 4 atau 5 tahun sekali.  Seronok pun ada.  Oleh itu, entri kali ini berkisar cerita biasa menjelang Pilihanraya.
Yang biasa:
1.  Sudah pasti bendera banyak dipasang.  Tidak biasa jika tiada bendera...mesti ada yang tak kena.
2.  Cerita ahli keluar parti masuk parti lain.  Tidak biasa jika cerita lompat parti tiada. Kadang-kadang beribu-ribu ahli keluar parti.
3.  Bendera atau sepanduk parti disabotaj.  Tidak biasa kalau bendera atau sepanduk berkeadaan molek.  Bukan semua tetapi setengah keadaan.
4.  Calon-calon bertanding pergi kesana-kesini.Istilah pancing undi.  Tidak biasa kalau calon boleh tidur lena dalam selimut waktu ini.  Yang tak tidur sepanjang tempoh pilihanraya pun ada.  Bermula dari Parlimen dibubar hingga hari mengundi...Betul tak?
5.  Kisah-kisah calon sekarang  pada zaman tok kaduk, muda-muda, masa budak sekolah atau PRU pertama pun ada dikeluarkan kembali.  Istilahnya cerita  basi.  Tak biasa kalau cerita sensasi atau kisah lampau tidak dibongkar kembali.
6.  Perbalahan penyokong antara parti yang bertanding.  Itu biasa mesti ada.  Tak biasa kalau penyokong tak berbalah atau bermasam muka.
7.  Jalanraya di tar, bantuan dihulur, mintaklah apa pun kemungkinan besar mesti dapat.  Jarang atau tak biasa tiada bantuan dihulur atau infrastruktur dibaik pulih.

Itulah serba sedikit berkenaan yang biasa menjelang pilihanraya.  Janganlah pula ada yang terasa.  Perkara yang benar saya tulis, bukan sengaja diadakan sepanjang pengamatan saya dalam proses pilihanraya.  Lain kali saya berkisah lagi tentang menjelang pilihanraya. 

No comments:

Post a Comment