Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

May 2, 2013

PRU 13: Fokus Machang Kelantan

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ini sudah 2 Mei 2013 bermakna 3 hari saja lagi proses pengundian akan berlangsung.  Diharapkan proses pengundian akan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan dan mana-mana parti yang menang atau kalah menerima keputusan dengan hati terbuka.
Hari ini saya akan menfokuskan  salah satu jajahan atau daerah di Kelantan iaitu Machang. Sebenarnya Machang berada di tengah negeri Kelantan.  Ia menghubungkan Tanah Merah dan Jeli di Barat, Pasir Puteh di Timur, Kuala Krai dan Gua Musang di Selatan dan Ketereh dan kota Bharu serta Pasir Mas di Utara.  Oleh kerana kawasannya di tengah sepatutnya proses pembangunan akan lebih teratur dan pesat kerana ia berada di tengah-tengah laluan timur, barat, utara dan selatan.  Oleh itu, kepada pihak yang akan memenangi kerusi:
 
P029 MACHANG
 
DATUK  JAZLAN  YAAKOB -BN 
WAN  ZAWAWI  WAN ISMAIL-PKR 

Calon DUN:
N. 33 – PULAI CHONDONG
HALIM @ AB HALIM BIN ISMAIL-BN
ZULKIFLI BIN MAMAT-PAS
N. 34 – TEMANGAN
AZEMI BIN MAT ZIN-BN
MOHAMED FADZLI BIN HASSAN-PAS
N. 35 – KEMUNING
ERIANDI BIN ISMAIL-BN
MOHD ROSELI BIN ISMAIL-PAS
Tugas berat anda sedang menanti untuk meletakkan Machang sebaris dengan Tanah Merah dan Kuala Krai.  Kenapa saya membandingkan Machang dengan dua jajahan ini?  Pada pemerhatian saya, saya datang ke Machang pada tahun 2002 dan pada tahun 1999-2001 saya menetap di Tanah Merah, sebelum itu, pada Jun 1999 saya menetap di Kuala Krai dahulu.  Tanah Merah dan Kuala Krai pesat membangun dengan bermacam pasaraya dibina di kedua-dua daerah itu, begitu juga dengan pembangunan bandar.  Machang hanya mempunyai satu pasaraya iaitu Ekon Jaya yang baru setahun dua tahun dibuka.  UiTM telah lama bertapak di Machang dan kemudian dibuka pula di Kota Bharu.  Jika dilihat kepada teori pembangunan sepatutnya proses "Spread Effect" akan terjadi jika adanya satu pusat pengajian dibuka tetapi UiTM telah lama bertapak, pembangunan kawasan setempat tidak menjadi.  Jika di bandingkan pula dengan Pasir Puteh, Machang juga ketinggalan kerana pembangunan bandar Pasir Puteh semakin menyerlah setahun dua ini.  Dimanakah silapnya?  Mengapa "Teori Spread Effect" tidak berlaku di Machang?  Oleh itu, bersamalah menyumbangkan idea agar Machang tidak menjadi sebuah bandar yang "mati".  Rasa-rasanya pembeli di Machang beralih menghala ke Pasir Puteh atau Tanah Merah apabila malam menjelma.  Lihatlah sahaja Bandar Harmoni yang berada berdekatan  jambatan Tanah Merah atau sebelah Sungai Kelantan..rata-rata penduduk Machang membeli keperluan di sana.  Jika hendak dibandingkan Machang dengan Kota Harmoni, lebih hidup Kota Harmoni.
Maafkan entri saya yang sebegini rupa kerana saya bukan mengkritik kerajaan tempatan atau pentadbir, hanya meluahkan apa yang terpendam dalam pemikiran.  Rasa-rasanya rakyat Machang ingin  menjadi seperti Tanah Merah, Pasir Puteh atau Kuala Krai.  Jika pembangunan bandar berlaku dengan pesat, aktiviti ekonomi juga akan melimpah ruah.  Fikir-fikirkanlah sejenak dan maafkan saya jika dikira istilah oghe kelate sebagai orang luar tetapi saya sudah 14 tahun menetap di Kelantan.  Ini adalah idea saya untuk membangunkan tempat atau daerah yang saya diami.  Tidak salah bukan?



No comments:

Post a Comment