Salah satu entri yang mendapat hit agak tinggi juga adalah Teori Putaran Ganas Kemiskinan. Entri ini saya tulis kerana ia memang terjadi dalam dunia sebenar kita. Ia juga adalah subjek dalam Teori Pembangunan untuk Tahun Pertama kursus Pengajian Pembangunan di Pusat Pengajian Sains Sosial. Jika tidak silap subjek ini di ajar oleh Dr Halim Salleh yang sekarang mungkin sudah pencen. Oghe Kelate dan isterinya Puan Sti Hawa Ali yang sekarang rasanya berada di USM Kubang Kerian, orang Johor.
Saya minta maaf kepada adik-adik yang membaca entri saya berkenaan Teori Putaran Ganas Kemiskinan kerana ianya tidaklah selengkap mana. Kepada mereka yang sudi menjadikan ianya rujukan, ribuan terima kasih. Saya terjemahkan ia dalam bahasa yang mudah. Teringat pula sewaktu belajar disana. Indah waktu itu. Oleh sebab itulah Rindu Bertamu di USM.
Sebenarnya Penang telah menjadi sebahagian hidup saya dan hubby kerana kami sama-sama belajar disana. Kereta kami pun bermula dengan huruf "P" untuk jadi adil. Kalau ikutkan saya mesti "N", hubby pula mesti "D". Jadi ambil jalan tengah huruf "P".
Bila saya membaca di laman web USM, masih ramai lagi pensyarah berada di sana. Antaranya Dr Osman Md Yusof, Dr Zainab Wahidin, Dr Syukri Salleh, Dr P. Sundramorthy, Dr Tiun Ling Ta, Dr Zakaria dulunya Tutor Ekonomi dan lain-lain. Maafkan saya jika nama saya tidak sebut, tetapi tetap dalam ingatan. Maafkan juga jika tersalah gelaran. Maklumlah, dah lama tinggalkan USM.
USM dan Pusat Pengajian Sains Sosial sudah banyak berubah. Bangunan pun banyak bangunan baru. Dulu hajatnya teringin juga menyambung Master dan PHD tetapi ditangguhkan dulu. Tak tahulah bila pula boleh bermula. Entah-entah sudah tidak layak. Ada juga antara kawan-kawan yang sudah duduk sama dengan pensyarah yang ada, sudah mendapat PHD. Rezeki mereka.
Kepada adik-adik yang masih belajar, belajarlah bersungguh-sungguh. Apabila kita meninggalkan USM, kita akan terasa rugi jika tidak mendapat keputusan yang sepatutnya. Pasti ada kejayaan bagi mereka yang berusaha.
Kepada mereka yang sudi membaca entri saya, Terima kasih banyak. Kakak adalah pelajar tahun 1995-1999, SPU (4 tahun), Pusat Pengajian Sains Sosial Major Pengajian Pembangunan dan Minor Ekonomi. Kursus ini bukanlah kursus yang rendah martabatnya kerana ia penting dalam kehidupan kita dan berkisar dalam kehidupan kita sehari-hari. Seharusnya kita merasa bangga.
No comments:
Post a Comment