Rupa-rupanya 20 Mei 2013, saya telah kehilangan seorang sahabat yang sama bersekolah di SMVPD. Baru pagi ini saya tahu apabila melihat status kawan-kawan di FB. Terakhir sekali berjumpa dengan Allahyarham sewaktu di Tingkatan Enam Atas di STDUMA. Allahyarham mengambil adik perempuan yang bersekolah di sana. Walaupun satu daerah iaitu Jelebu, tetapi sukar sebenarnya untuk berjumpa, mujur ada FB. Dalam usia 38 tahun beliau pergi meninggalkan semua. 3 Jun ini genaplah usia 38 tahun. Tetapi Allah lebih menyayangi. Perginya sehari selepas Ulangtahun kelahiran saya. Semoga rohnya dicucuri rahmat, diampunkan dosa, dilapangkan kuburnya dan dipermudahkan segalanya. Alfatihah juga untuk semua muslimin dan muslimat yang telah pergi. Tidak dilupa untuk ibu bapa kita samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
No comments:
Post a Comment