Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

May 21, 2013

Sikap orang kita.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ini saya ingin mengajak kita berfikir sejenak tentang sikap orang kita.  Kita sekarang berada dalam dunia yang serba moden dan canggih.  Segala maklumat berada di hujung jari.  Tambahan pula dengan telefon pintar dan akses internet di merata-rata tempat.
Salah satu keadaan yang sangat menyedihkan ialah memuat naik gambar atau video mengenai sesuatu kemalangan dan yang lebih menyayat hati jika kemalangan yang berlaku adalah kemalangan ngeri.  Kaki entah dimana, tangan entah dimana, kepala entah dimana.  Alangkah malang bagi jenazah yang dipaparkan keadaannya merata dunia tanpa belas kasihan sedangkan kita digalakkan menutup aib orang lain apatah lagi jika sudah meninggal dunia.
 Apakah sebenar yang dicari?  Adakah glamor?  Populariti? Atau ingin nama dikenali seluruh dunia dengan tersebarnya berita begitu?  Sedangkan jika kita perhati wartawan media massa pun jika mengeluarkan gambar adalah gambar mayat yang ditutup.  Kita mempunyai hak terhadap orang lain dan aib orang tidak patut kita dedahkan.  Adakah kita juga inginkan keadaan sama jika perkara sama berlaku?  Ingatan ini juga adalah untuk diri saya dan kita semua.  Gunakan akses internet atau teknologi yang ada dengan manfaat dan sebaiknya bukan sekadar untuk hiburan saja tanpa memikirkan perasaan dan hati orang lain.  Semoga kita sama-sama mengambil iktibar.

No comments:

Post a Comment