April 7, 2011
Terima Kasih ye.....
Puaslah kepala berfikir untuk entri hari ini apa yang nak ditulis....Semenjak dua menjak ini, idea banyak tetapi kaku apabila ingin ditulis....Walau apapun, terima kasih banyak kepada yang sudi menjenguk ke blog ini. Bila tengok traffic ada yang dari Malaysia-sudah tentulah wehh.., Brunei, Singapore, Indonesia, India, Jepun, France, US...Terima kasihlah banyak. Ada juga yang menjadi silent reader.......Tetapi berbesar hatilah yang dah otai dalam blogger sanggup menjenguk menjadi silent reader pun tidak mengapa..terasa satu penghargaan apabila sudi singgah. Siapakah dia??? Hanya yang berkenaan yang tahu...Tajuk yang agak popular dari segi ilmiah ialah Teori Putaran Ganas Kemiskinan....Sebenarnya yang saya tulis tidaklah lengkap tetapi atas pemahaman saya yang pernah belajar...mesti ada kekurangan. Penulis yang lebih arif ialah Shamsulbariah Ku Ahmad...bacalah penulisan beliau yang lebih mendalam...Terasa sekarang penulisan atau entri saya agak hambar, sama macam tuan dia yang asyik tiada mood dan banyak sangat perkara yang perlu diselesaikan dan kadang-kadang 2 hari baru sempat menjenguk blog kesayangan ini. Kepada kenalan dalam Shoutmix dan yang meninggalkan jejak di Shoutmix, Terima Kasih dan seandainya saya tidak menjenguk hari ini, saya akan menjenguk bila ada kelapangan. Sekarang saya agak kurang blogwalking....Tetapi saya pasti akan singgah dan melawat nanti...Maaflah banyak..Dunia kita sekeliling pun dah banyak sangat kekalutan, kadang-kadang berfikir, bilalah diaorang nak selesai benda remeh macam ni...letihlah macam ni...Kisah yang menggemparkan tentang Kastam Diraja Malaysia....Tak berkat weehhhh buat macam tu....tidak didunia di akhirat nanti akan dibalas. Bolehkah bersenang lenang dengan rasuah macam tu..biar pun banyak wang tetapi tidak halal tidak akan kemana....Kaya di dunia bukan di akhirat....itulah terjadi apabila wang menjadi raja dan manusia menjadi hamba...Hmmm....cukuplah dulu setakat ini...Terima Kasih banyak ye untuk semua yang sudi menjenguk....Alexa pun dah banyak balik angkanya ..hu..hu....Page Rank tetap "telur" rasanya dah 4 bulan macam tu....Bilalah nak ada angka semula....Oklah, saya mengundur diri dulu...doakan saya ada idea bernas untuk terus menulis...Semoga hari ini lebih baik dari semalam..... Luv u all...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam. semoga telah ada kekuatan. insyaAllah.
ReplyDeleteTerima kasih tuan..
ReplyDelete