Assalammualaikum....
Lama juga mencari idea untuk menulis sesuatu yang menarik...Fikir punya fikir akhirnya dalam kelembapan suasana kerana hujan melanda, timbullah idea ini. Pengangguran..ya tanam anggur istilah sesetengah orang..Saya pernah mengalaminya..nasib tidak seperti anak muda fresh graduates yang terus mendapat kerja. Nasib saya habis belajar dalam suasana ekonomi, politik yang meruncing tahun 1999. Tambahan pula pendidikan tinggi membuat dua sistem iaitu Sistem Pengajian Universiti (SPU) dan Sistem Pengajian Tiga Tahun (SPTT). Kumpulan saya adalah kumpulan last untuk SPU dan terpaksa bersaing dengan SPTT yang mana konvo kami serentak. Mahu tidak jealous, sudahlah kita 4 tahun, mereka tiga tahun dan grad sama tahun..Ohh mimpi ngeri..Tambahan pula memang ekonomi gawat dan Tun Mahathir waktu itu menjadi PM, serta Anwar yang dibuang dari kabinet..memanglah haru..Lagu kesukaan waktu itu ialah Akulah Pengangggur oleh Arwah Sudirman...memang best gilerr dan memang lagu yang menjadi siulan ramai....
Bukan tidak dapat jika membuat Diploma Pendidikan atau KPLI waktu itu memang mudah untuk dapat tetapi tiada keyakinan diri boleh menjadi cikgu..Apabila berhubung dengan sahabat memang ramai yang tidak mendapat pekerjaan.
Oleh itu, setelah menjalani kehidupan yang agak kelam kabut, ambil keputusan bekerja sendiri dan sehinggalah sekarang. Apabila difikir dapatlah beberapa fakta tentang pengangguran dari sudut orang yang pernah mengalaminya. Jika hanya dari sudut pandangan mungkin berbeza dengan yang pernah mengalaminya.
1. Pengangguran kerana sistem pendidikan itu sendiri-Sebenarnya pada tahun 1999, pengenalan SPTT banyak menyumbang kepada pengangguran 1999 hinggalah sekarang yang mana ekonomi masih lembap. Ramai sahabat yang masih tidak mendapat pekerjaan.
2. Sikap Graduan sendiri- Faktor ini juga banyak menyumbang kepada pengangguran. Ada yang memilih kerja yang sepadan dengan ijazah walaupun tiada penawaran dalam bidang itu. Mereka lebih rela tidak bekerja daripada bekerja sebagai kerani.
3. Tidak mahu bekerja sendiri-walaupun ibubapa mempunyai tanah terbiar, mereka tidak mahu mengusahakan kerana ingin bekerja makan gaji dan duduk dalam penghawa dingin sahaja.
4. Tidak tahu saluran atau tidak mendapat informasi yang betul.-Kebanyakkan mereka tidak tahu untuk dituju kemana apabila menghadapi msaalah dalam mencari pekerjaan. Ramai yang tidak tahu fungsi Jabatan Tenaga Kerja atau Pejabat Buruh seperti sekarang.
5. Perlunya kursus tentang persiapan di alam pekerjaan diterapkan di tahun akhir pengajian.-Ini mungkin dapat membantu graduan untuk mempersiapkan diri apabila tamat pengajian.
Itulah antara faktor logik yang saya fikir sendiri antara penyumbang kepada pengangguran walaupun banyak lagi. Walaupun ada yang mengatakan kursus yang diambil tidak menepati kehendak pasaran tetapi ramai juga yang mengambil bidang lain tetapi mendapat pekerjaan yang berlainan daripada bidang mereka ambil di Universiti. Itu bukanlah penyebab utama kerana pembawakan diri adalah yang utama di alam pekerjaan seperti saya yang juga menjalankan perniagaan yang berlainan daripada kursus yang diambil.. Asalkan sanggup berusaha dan rajin membaca apa yang kita tidak tahu. Ilmu berada dimana-mana asalkan rajin berusaha dan ia tidak berhenti meskipun sudah meninggalkan alam persekolahan atau menara gading. Pengalaman adalah ilmu paling berharga dalam hidup ini dan kepada yang masih menganggur, mungkin jalan untuk mendapat rezeki adalah dengan berusaha sendiri. Mungkin tiada rezeki anda untuk bekerja "gomen" tetapi melalui perniagaan atau bidang pertanian. Itu adalah lebih baik lagi. Semoga fikiran mereka yang masih menganggur sedikit terbuka dengan tulisan saya ini...Dimana ada kehendak disitu ada jalan luas terbentang...Renung-renungkanlah dan kepada keluarga pula berilah semangat kepada mereka yang ingin berusaha sendiri. Mungkin rezeki anak, adik, kakak, abang, anak saudara anda disana..Janganlah melemahkan semangat mereka atau menjuihkan bibir sebagai tanda penghunaan. Rezeki ada dimana-mana dan sokonglah mereka..janganlah membandingkan mereka dengan sahabat mereka yang bekerja menjawat jawatan yang tinggi dalam kerajaan. Fikir-fikirkanlah...buangkanlah stigma lama yang ada dalam minda kita...Semoga lebih ramai usahawan berjaya dapat dilahirkan selepas ini...
jangan berharap pada kerajaan. Percayalah. kerajaan telah gagal dalam menyediakan pekerjaan mencukupi. Ada orang kata, kenapa mesti harapkan kerajaan, tetapi orang itu lupa kerajaan harus menjadi pengurus untuk rakyatnya. Mengurus masalah rakyat. Kalau tak boleh terima pandangan, tukar bagi orang lain memerintah.
ReplyDeleteKalau rakyatnya tiada pekerjaan, memang boleh disalahkan rakyat, tetapi kesalahan pertama kerana gagal menguruskan peluang adalah kerajaan.
Maka kita sendiri kena mencipta pekerjaan untuk mencari rezeki atau sesuap nasi.
betul...perlu ikhtiar sendiri. Kalu dpt tu oklah tp kalu xdpt, kena usaha sendiri utk kelangsungan hidup. Dgr cerita mmg dah tak byk kerja yg mampu kerajaan beri..
ReplyDelete