Assalammualaikum...
Mungkin ada yang pelik mengapa lain macam topik yang ingin saya perkatakan pada hari ini..Tiada yang pelik tetapi melihat kepada keadaan semasa dan sekitaran tercetusnya topik ini. Dulu saya mengambil Subjek Teori Pembangunan oleh pensyarah saya iaitu Dr Halim. Memang menarik subjek itu...kita melihat kedalam realiti alam sebenar...mula-mula memang pening untuk mengingat nama tokoh-tokoh yang banyak tetapi apabila terus diikuti ia menjadi menarik....teringat pulak masa mengaji dulu..dah lama tinggal walaupun ada hasrat untuk menyambung pengajian tetapi terpaksa ditangguhkan dulu..biarlah sehingga ada rezeki lebih...
Teori Putaran Ganas Kemiskinan ini secara umumnya ialah satu keadaan dimana apabila sesuatu masyarakat itu hidup dalam keadaan miskin, ia akan diwarisi oleh anak-anaknya dan begitulah seterusnya sehingga ada yang berusaha untuk keluar dari putaran ganas kemiskinan itu...Itu untuk kita faham dengan lebih mudah.
Apabila kita melihat kedalam kehidupan yang sebenar, memang ia berlaku. Jika kita lihat sendiri kehidupan kita dahulu mungkin ayah kita hanyalah penoreh getah, hidup dengan serba kekurangan, jika tidak ada motivasi dalam hidup dan tanpa bantuan, mungkin kita akan mengalami nasib yang sama akan menjadi penoreh getah juga dan begitulah juga anak-anak kita..Tetapi keadaan akan berlainan jika ayah kita seorang penoreh getah dan dengan azabnya untuk membesarkan anak, beliau akan memberi semangat untuk anak-anaknya supaya belajar dengan tekun agar kemiskinan tidak diwarisi dan akhirnya anak-anak berjaya dan mempunyai pekerjaan yang baik bermakna dia telah keluar dari putaran ganas kemiskinan itu..
Paling penting adalah semangat untuk terus hidup dan berusaha untuk mengubah nasib keluarga. Jika kita tidak berusaha memang tiada jalan yang akan kita temui, tetapi jika kita berusaha, Insyaallah lambat laun Allah akan memberikan jalan keluar kepada kita...Diwaktu susahlah kita lebih banyak mengingati Allah daripada waktu kita senang.
Walaupun masih wujud keadaan seumpama itu tetapi jumlahnya sudah berkurangan dengan adanya pelbagai bantuan. Tetapi janganlah kita mengharap orang memberi kita ikan setiap masa tetapi kita perlu belajar untuk memancing sendiri agar lebih banayk pancingan yang akan kita dapat. Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima...Kudrat ada dan usahalah yang penting. Susah tidak akan susah selamanya dan senang tidak akan senang selamanya...hidup umpama roda....setiap keadaan yang mendatang kita perlu bersedia dari sekarang.
No comments:
Post a Comment