Assalammualaikum....
Hari ini satu lagi topik yang akan saya sentuh...kemiskinan bandar...mungkin akan ada yang tertanya, benarkah wujud kemiskinan bandar?Tidakkah hanya dikampung wujudnya kemiskinan?Jawapannya ada...memang wujud kemiskinan bandar dan ianya akan lebih teruk dari kemiskinan kampung..
Kemiskinan bandar terjadi apabila isi rumah tidak lagi mampu untuk menampung perbelanjaan atau kehidupan mereka dibandar. Keadaan hidup dibandar yang memerlukan wang untuk segal-galanya. Tidak ada yang percuma..Lalu apabila keadan tidak mampu untuk ditangani akan berlakulah kemiskinan bandar.
Kelmarin berita menyiarkan tentang kehidupan sebuah keluarga yang tinggal dibawah jambatan di Kuala Lumpur.. Inilah contoh kemiskinan bandar yang nyata dan banyak lagi...
Kehidupan dikampung jika tiada wang untuk membeli keperluan, mereka boleh mencari ubi kayu, pucuk paku dan bermacam lagi untuk dijadikan lauk, menjala ikan disungai atau memancing, menangkap ayam kampung yang dipelihara..mereka masih boleh berikhtiar untuk kelangsungan hidup walaupun tiada wang tetapi di bandar, jika tiada wang, makanan pun tidak boleh dibeli..
Sebenarnya banyak lagi contoh yang berlaku tetapi tidak disiarkan sahaja..Oleh itu, perlulah ditangani segera kerana kita tidak mahu menjadi seperti Indonesia yang mana hidup dibawah jambatan adalah perkara biasa...
No comments:
Post a Comment