Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

October 10, 2010

Virus Komputer

Assalammualaikum...
Hari ini saya ingin bercerita tentang virus komputer yang pernah kita alami yang menyebabkan komputer lembap dan mungkin akan rosak jika tidak dicegah. Virus komputer adalah nama yang diambil dari virus biologi, merupakan program komputer yang berupaya menyalin dirinya sendiri dan menjangkiti komputer tanpa kebenaran ataupun pengetahuan pengguna. Bagaimanapun perkataan virus biasanya digunakan bagi merujuk kepada pelbagai jenis perisian perosak yang berlainan. Virus yang asal mungkin mengubah suai salinannya atau salinan itu sendiri yang mengubah suai dirinya, seperti dalam virus metamorf. Virus hanya boleh tersebar apabila hosnya sampai ke komputer lain, contohnya melalui rangkaian atau perantara mudah alih seperti cakera liut, cakera padat atau pemacu kilat USB. Selain itu, virus juga boleh merebak dengan menjangkiti fail pada sistem fail rangkaian atau mana-mana sistem fail yang dicapai komputer lain.


Sesetengah virus direka untuk menjejaskan komputer dengan merosakkan atur cara, menghapuskan fail, atau memformat semula cakera keras, manakala virus-virus yang lain direka bukan untuk merosakkan apa-apa, tetapi hanya untuk menyalin diri dan mungkin untuk menonjolkan kewujudannya melalui pemaparan teks, video, atau pesanan audio. Walaupun virus yang kedua ini tidak berbahaya, ia juga boleh menimbulkan masalah kepada pengguna komputer kerana ia menelan ingatan komputer yang digunakan oleh atur cara yang sah. Oleh yang demikian, ia seringnya mengakibatkan tindakan yang tidak menentu dan boleh mengakibatkan kerosakan sistem. Selain itu, banyak virus juga mengandungi pepijat yang boleh mengakibatkan kerosakan sistem dan kehilangan data.

Virus komputer kekadangnya dikelirukan dengan cecacing komputer dan kuda Trojan. Kedua-dua ini berbeza dari segi bahawa cecacing boleh merebak ke komputer yang lain tanpa memerlukannya dipindahkan sebagai sebahagian fail perumah, manakala kuda Trojan adalah fail yang kelihatan tidak berbahaya sehingga dilaksanakan. Berbeza dengan virus, kuda Trojan juga tidak memasukkan kodnya ke dalam fail-fail komputer yang lain.
Banyak komputer peribadi kini dihubungkan dengan internet serta rangkaian kawasan setempat dan dengan itu, memudahkan perebakan virus. Ia mengambil kesempatan yang diberikan oleh perkhidmatan rangkaian seperti sistem-sistem Jaringan Sejagat, e-mel, dan pengongsian fail untuk merebak dan dengan itu, mengaburi perbezaan antara virus dengan cecacing komputer. Tambahan pula, sesetengah sumber menggunakan istilah alternatif yang mentakrifkan virus sebagai mana-mana bentuk perisian jahat penyalinan diri.
Mengapa orang mencipta virus???
Para pencipta virus mempunyai berbagai-bagai alasan untuk mencipta dan menyebarkan perisian jahat. Virus-virus telah dicipta sebagai projek penyelidikan, usikan, dan laku musnah, serta juga untuk menyerang produk syarikat-syarikat tertentu, menyebarkan pesanan politik, dan memperoleh keuntungan daripada pencurian identiti, perisian pengintipan (spyware), dan pemerasan kriptovirus.
Sesetengah penulis virus menganggap ciptaan mereka sebagai seni, dan melihat penulisan atur cara virus sebagai suatu hobi yang kreatif. Tambahan pula, banyak penulis virus menentang rutin-rutin yang ditulis semata-mata untuk melakukan pemusnahan. Selain itu, banyak penulis virus juga menganggap sistem-sistem yang diserang oleh mereka sebagai suatu cabaran intelektual atau satu masalah logik untuk diselesaikan. Ini berganda apabila permainan kucing dengan tikus itu terhadap perisian anti-virus dijangka.

Kaedah untuk mengelakkan pengesanan

Untuk mengelakkan pengesanan oleh pengguna, sesetengah virus menggunakan berbagai-bagai jenis penipuan. Sesetengah virus yang lama, khususnya untuk pelantar MS-DOS, memastikan bahawa tarikh "pengubahsuaian terakhir" untuk fail perumah dikekalkan apabila fail itu dijangkiti oleh virus. Bagaimanapun, pendekatan ini tidak dapat menipu perisian anti-virus, khususnya perisian anti-virus yang mengekalkan dan mentarikhkan Kod Lewahan Sekitar apabila fail diubah.
Bagaimana mengesan virus???
Sesetengah virus juga boleh menjangkiti fail tanpa menambah saiz fail atau merosakkannya. Virus ini yang digelar "virus rongga" dapat mencapai perbuatan tersebut dengan menulis ganti kawasan-kawasan fail boleh laku yang tidak digunakan. Misalnya, virus CIH atau Virus Chernobyl boleh menjangkiti fail Boleh Laku Mudah Alih. Oleh sebab fail-fail itu mempunyai banyak sela, virus yang 1 KB panjangnya tidak akan menambah saiz fail yang dijangkiti. Sesetengah virus mencuba mengelakkan pengesanan dengan menghapuskan tugas-tugas yang dikaitkan dengan perisian anti-virus sebelum ia dapat mengesannya.
Ketika komputer-komputer dan sistem-sistem pengendalian berkembang menjadi lebih besar dan lebih rumit, teknik-teknik penyembunyian yang lebih lama perlu dikemas kini dan digantikan. Melindungi komputer anda daripada virus mungkin memerlukan sistem fail anda untuk berhijrah kepada kebenaran yang terperinci dan eksplisit bagi setiap jenis capaian fail.
Cara mengatasinya
Antara langkah-langkah yang perlu kita lakukan adalah:
1.  Memasukkan antivirus
2.  Scan media sebelum digunakan
3.  Jangan membuka autorun kerana ianya akan memudahkan virus masuk.
4.  Jangan buka emel sebarangan dan jika boleh jangan dedahkan terlalu banyak data peribadi terutama akaun bank dan lain-lain...




So..semoga info ini memberikan manfaat untuk kita semua... Jika ada waktu kita akan berkongsi ilmu lagi...
Sumber:Wikipedia

No comments:

Post a Comment