Assalammualaikum...
Ramai yang dah tidak sabar untuk menunggu 30 Okt 2010, sabtu ini di Bukit Jalil, menyaksikan perlawanan semula NS vs Kelantan dalam mencari kejuaraan Piala Malaysia 2010. Tahun lepas, NS menang 3-0 dengan diikuti pelbagai insiden yang tidak sepatutnya dan akhirnya Persatuan bolasepakyang terpaksa menangung segalanya...
Bagi saya, mestilah saya menyokong NS, tetapi jika kemenangan milik Kelantan, saya terima dengan hati terbuka..itu sudah nasib...Hari ini di Kelantan, sudah ada yang bertolak ke KL kerana hari ini hari terakhir bekerja dan bersekolah dalam minggu ini. Saya masih ingat tahun lepas, perlawanan dalam musim banjir di Kelantan tetapi tidak menghalang semangat mereka menyokong pasuka Red Warrior, ramai yang keluar ke KL meskipun banjir. Sehingga ada yang menyebut banjir di Kelantan dan banjir merah di Bukit Jalil. Memang lucu dan menarik.
Tiket untuk tahun ini naik harganya, RM 30 dan RM 50, tetapi tetap laku seperti goreng pisang panas. Kasihan kepada yang tidak boleh membeli. Larangan menjual makanan dan minuman juga sudah ditarik balik. Memanglah tidak patut kerana perlu ada makanan dan minuman disaat seperti itu, jika tidak kasihanlah yang kelaparan terpaksa menunggu perlawnan habis...
Saya???Seperti tahun lepas akan menonton TV sahaja bersama keluarga tetapi tetap meriah...Tetap ada baju merah dan baju kuning...Biasalah nak sokong negeri masing-masing...Hmmm....tapi tetap menerima dengan terbuka setiap keputusan.
Untuk tahun ini saya tidaklah boleh nak jangka siapa tetapi kalau menang mungkin 1-0, 2-1 itu sahaja. Mungkin juga Kelantan akan merampas Piala Malaysia dan mungkin NS tetap mempertahankan Piala Malaysia...Apa-apapun biarlah semangat kesukanan dan keharmonian ditonjolkan..Kepada penyokong, jagalah diri dan jangan emosi mengawal segalanya....
Hoben Jang Hoben dan Gomo Kelate Gomo....
No comments:
Post a Comment