Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

October 20, 2010

Facebook: Kebaikan dan Keburukan..

Assalammualaikum...
Hari ini topik yang saya tulis pasti menarik..Sebut sahaja Facebook..setiap dari kita mempunyai akaun facebook...memang tidak semuanya ada tetapi kebanyakan pasti ada...mengapa kita ada akaun facebook? ada yang akan menjawab untuk menambah kenalan, mencari kembali kenalan yang entah dimana dan bermacam lagi...
Jaringan sosial ini mempunyai ramai pelanggannya..Sudah tentu Mark Zukenberg suka kerana berjaya dan kaya dengan facebook.  Saya sendiri mempunyai facebook...memang ramai kenalan saya dari sekolah rendah hingga U yang ada dalam akaun facebook saya.. Gembira melihat kehidupan teman-teman yang berjaya dan berkarier..ada juga teman yang merantau di luar negara dapat dihubungi semula...Perubahan wajah sudah pasti maklumlah dulu sekolah rendah sekarang sudah menjadi emak dan bapak orang..Wajah anak yang kebanyakan sama..macam fotostat...Tetapi adakah kita sedar ada kebaikan dan keburukannya?  Sudah tentulah kerana ciptaan manusia tidak sesempurna ciptaan ALLAH..
Saya tidak akan menyebut kebaikan facebook tetapi keburukan yang akan saya sebutkan disini.:

Masa mengadap komputer akan menjadi lebih lama.
Maklumlah bila excited, lama tidak bersembang, kita akan menghabiskan masa yang banyak di depan        komputer...akhirnya kerja lain tidak dapat diselesaikan dan mungkin waktu solat juga akan lalai..

Mengabaikan  tanggungjawab
Apabila sudah terlalu asyik dengan facebook, jika bekerja, kerja tertangguh, prestasi menurun, kerja    
separuh hati dan produktiviti terjejas.  Jika Ketua atau Bos suruh buat itu ini tidak akan diendah...Bagi  
golongan ibu bapa pula tanggungjawab kepada anak-anak atau rumahtangga akan terjejas....pasti  
bergolak, masak tidak,  kain baju tidak dibasuh jika sudah terlalu asyik

Anak-anak tidak memberi perhatian untuk persekolahan
Jika tidak dikawal, anak-anak akan lupa untuk membuat kerja sekolah, membaca buku kerana facebook. 
Peperiksaan tidak mempunyai persiapan dan ini menjejaskan pembelajaran anak-anak.. Yang sedih ada   
anak-anak dan ibu bapa sama naik mengadap komputer.

Suami isteri bertelingkah.
Mungkin dalam senarai teman itu ada bekas kekasih dan jika perasaan tidak dikawal, akan berlaku  
pergolakan terhadap kekasih lama.  Bagi yang tidak mempunyai kekuatan semangat, yang berlalu biarlah 
berlalu..semalam kenangan dan yang penting waktu sekarang dan akan datang...biarlah ia berlalu...
Percayalah kepada takdir Tuhan.

Bil akan meningkat.
Facebook juga boleh dilayari secara mobil..Applikasinya boleh dibuat dalam handphone, so bil akan 
meningkat kerana penggunaannya.

Berlaku penyalahgunaan kepada gambar yg diupload.
Yang ini paling ditakuti terjadi..Dengan kemudahan dan kecanggihan teknologi masakini, gambar boleh di salahgunakan..Oleh itu kita perlu berhati-hati dengan gambar yang diupload dan privasi akaun hendaklah ditetapkan.  Perkara ini sudah ada yang terjadi. Ada pula yang sengaja mengupload gambar dalam keadaan yang tidak sepatutunya untuk tontonan ramai...Hilang harga diri..
    
    Oleh itu, setiap perkara perlu ada hadnya.  Apapun jua yang kita lakukan berhati-hati dan yang penting akaun privasi perlu ditetapkan agar kita tidak teraniaya...tetapi bagi saya, lama-lama mengadap facebook boleh mendatangkan kebosanan.  Oleh itu sehari sekali dua sahajaboleh dilayari...jika tidak tertunggaklah kerja yang ada...Semoga ia akan memberi manfaat kepada kita semua...Janganlah pula ada yang marah saya kerana penulisan ini...kita saling ingat-mengingatkan pada perkara yang perlu diberi keutamaan..

  
     

No comments:

Post a Comment