Assalammualaikum dan salam sejahtera semua...
Ramai yang sudah menyaksikan kesudahan Juvana TV3 yang menyedihkan...Tahniah untuk Faizal Ishak dan Filmscape yang mengetengahkan kisah seperti ini...Kisah remaja yang terjebak dengan pelbagai kisah sosial dan kelonggaran sistem kekeluargaan yang mengakibatkan mereka dihantar ke Sekolah Wira Bakti. Malam tadi kita meyaksikan bagaimana penyelewengan dan salah guna kuasa yang dilakukan akhirnya tumpas dan berjaya didedahkan. Kisah semangat remaja yang sudah hilang berjaya dipulihkan dan mengenali diri serta tujuan hidup mereka.
Sebenarnya banyak fungsi masyarakat yang boleh mendorong samaada ke arah kebaikan atau keburukan. Setiap manusia melakukan kesilapan dan tidak pernah lepas daripada melakukan kesilapan tetapi peluang kedua masih ada untuk kita memperbaiki kesilapan dan tidak melakukannya untuk kali kedua.
Konflik dalaman Botak yang berjaya di pulihkan oleh Cikgu Zakiah dan kemaafan untuk Botak yang telah menikam Daim. Sahabat setia seperti Apek yang banyak membantu Daim dan tidak meninggalkan Daim dalam kesusahan berseorangan. Semangat berkumpulan dan bekerjasama yang membawa kejayaan.
Sebagai ibu memang cerita ini banyak menyentuh perasaan. Anak-anak saya juga merah matanya menonton cerita ini. Tidak dinafikan medium seperti ini tidak boleh kita "tidakkan" fungsi untuk memberi pengajaran bagi mereka yang berfikir.
Apakah perasaan penonton yang mempunyai anak-anak remaja seperti dalam cerita ini serta apakah penerimaan masyarakat terhadap mereka? Kadang-kadang mereka tidak minta untuk menjadi seperti itu tetapi akibat desakan hidup dan tekanan mereka menjadi begitu. Sebenarnya fungsi sekolah seperti Sekolah Wira Bakti dalam cerita ini adalah untuk membetulkan keadaan dan memulihkan semangat bukannya mereka dihukum. Mengadakan debat seperti saranan Cikgu Zakiah banyak memberi peluang dan membuka mata pelajar itu sendiri tentang peluang dan ruang yang mereka ada.
Waa...panjang juga ya ulasan saya. Ini adalah ulasan peribadi saya dan tidak semestinya sama dengan pandangan orang lain. Kadang-kadang dalam hidup kita akan berlaku perkara yang kita sendiri tidak minta atau sangka seperti yang berlaku kepada Daim yang dituduh membunuh ibunya sendiri tetapi kita lihat hasilnya dimana Daim bercampur dengan pesalah juvana yang lain yang menginsafkan mereka..Kita tidak boleh menidakkan setiap apa yang Allah aturkan untuk kita mempunyai hikmah yang cukup manis jika kita renungkannya...Allah Maha Mengetahui...Semoga lebih banyak kisah yang menjadi pengajaran dapat disiarkan. Syabas....
nice
ReplyDelete