Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

February 2, 2011

Cikgu ngajar kat mana?

Soalan demi soalan.......hmm...cikgu ngaja sekolah mana?  entahlah...nak jawab salah tak jawab pun salah...kang tak jawab ada pulak soalan "cikgu ni tak dengar ke?"....Kadang-kadang malas nak menjawab...letih dah....Tapi tak boleh nak salahkan diaorang...Mungkin aura saja yang ada dan maaf...saya tidak berminat....Aik..memilih nampak...tak tahu ke  gurulah yang mulia dan mudah untuk orang perempuan...Semua betul....Tetapi pembetulan..bukan memilih....Saya pernah mengajar tingkatan enam, tingkatan lima, empat dan tingkatan dua...Saya pernah merasainya..oleh kerana pekerjaan itu mulia, maka saya mengambil keputusan untuk tidak menjadi guru..Kenapa???  hilang akal ke apa...Tidak...saya ada sebab saya sendiri...Bagi saya.guru adalah satu kerja yang sangat mulia mendidik anak bangsa dan warga Malaysia menjadi orang yang berjaya bukan saja didunia tetapi juga diakhirat...Pahala guru mengalir hingga ke kubur dengan ajaran yang baik ...tetapi saya tidak mahu menjadi guru hanya kerana itu adalah pekerjaan terakhir setelah tidak mendapat  kerja lain...Betul..saya telah mengecewakan banyak hati...Saya tidak mahu hanya kerana saya tidak berminat, saya tidak mampu menjadi guru yang baik dan akhirnya anak murid saya menjadi mangsa....Kepada yang menjawat jawatan ini, lakukanlah dengan baik dan didiklah anak bangsa menjadi manusia cemerlang....Saya doakan sahabat guru menjadi yang terbaik...mungkin juga bukan rezeki saya dalam bidang ini....tetapi saya gembira dengan kejayaan sahabat guru semua...Ikhlas dan bersemangat...Biarlah saya menjadi guru tidak formal sahaja....Anak perempuan saya bercita-cita untuk menjadi guru dan saya tidak menghalangnya....Mungkin aura saya akan mengalir dalam dirinya...Hanya yang terbaik untuknya...Maaf ye..saya bukan cikgu.....

2 comments:

  1. tapi cikgu dah ajar saya macam-macam....macam mana ni cikgu...hihiihi

    ReplyDelete
  2. apa pulak yang cikgu ajar???biasa aje..he..he..nasiblah dapat cikgu macam ni..he..he...

    ReplyDelete