Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

February 17, 2011

Facebook & Aku

Facebook dan Blog ini seusia dan dicipta pada tarikh yang sama.  Jadi tengok blog, samalah juga dengan Facebook.  Memang tujuan membuat Facebook ialah untuk menghubungi kembali rakan-rakan zaman sekolah dan U...entah hilang mentibang mana dah rakan-rakan...Jadi dengan Facebook lama-lama hampir keseluruhan rakan dapat dihubungi walaupun bukan semua..Jadi tujuan murni tidak pernah disalahguna..Mula-mula dulu adalah juga bermain Cafe World..tak lama hanya seminggu.  Huii...tak tahan main game tuh..kalau tak tengok habis makanan ada lalat...tak de faedahnya game tu..terus tak main sehingga sekarang....Sehingga sekarang adalah 170 orang saja rakan yang ada..jangan gelak..kalau orang lain 500, 600..tak kisah janji yang betul dikenali...Tengok sehari sekali.  Tiada kekasih gelap atau secret...suami tahu password..telus dan tulus..kalau cemburu jugak tak tahulah...So far ok saja...Perkara asas yang saya terapkan bukan untuk menggatal atau apa...memang untuk menghubungi rakan lama...Pernah dua kali  diaorang buat reunion tapi tak pernah dapat pergi maklumlah jauh dan masa tidak mengizinkan....Kadang-kadang hairan juga...kerana Facebook dan Blog, ada  suami isteri bergaduh atau berselisih faham..sebenarnya semua atas diri kita   sendiri...jika ikhlas, semua tidak ada masalah....jika suami bebas diluar sana dan ikhlas jujur dalam mencari rezeki begitu juga kebanyakkan isteri...memang  ada kes-kes yang tidak diingini  terjadi tetapi tidak semua...Percayalah...macam lagu Siti oppsss Dato' Siti Nurhaliza....apa yang penting..macam wonderpet..ikhlas, jujur pada diri sendiri....so fikir-fikirkanlah...anda buat anda dapat..(pinjam kata-kata Ustazah Bahyah)...he.he.....

2 comments:

  1. Facebook banyak membantu juga didalam kehidupan seharian..(walaupun dihasilkan orng yahudi)..cuma satu je la,kawal diri kerana ianya melalaikan..

    ReplyDelete
  2. betul...jika terlalu diturutkan, kita akan leka dan lalai akan segalanya...

    ReplyDelete